Followers

January 28, 2011

Suami Pelakon "Filem Pasrah" Meninggal Dunia


Suami Pelakon Wilma Meninggal Dunia
skodeng : mstar
 
 
 
PETALING JAYA: Suami pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku, di sini, Khamis, dipercayai akibat serangan jantung.
Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
“Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.
“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya.
"Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.
Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat.




kalau dah lupa, Wilma ni dulu pelakon filem citer PASRAH..dulu dia seksi...tapi lepas kahwin dah bertudung..Takziah dan AL-FATIHAH utk arwah suaminya




.:jejariku:.



4 comments:

  1. takziah tuk wilma..moga arwah d tmpatkan d tmpt org2 beriaman..amin..

    updated entry : accident+icu+pencen

    ReplyDelete
  2. dah2 la tnjuk gmbar seksi org 2..org 2 da btaubat,jtoh aib die org laen tgok..saham dosa pon dpt x pzal2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...