Followers

November 26, 2010

Aduiiiyaiiiiii..

Ari ni malas betol arrr.....keje berlambak pagi tadi jer...waktu2 camni mulalah mata ni dok terkebil-kebil mengantuk giler babonnnnnn.....keje dah takde.....huhuhuhu


kat luar plak cuaca dh mendung giler....jap lagi mesti hujan lebat....kompom punyerlahhhhhhhhhhhh.....aduiyaiii


aku nak wat pe erkkkk.......nak balik tak boleh ...masa belum time...hihihihi.....oh ya! sebelum aku terlupa, sok aku nak balik kampung....adik sepupu aku kawin...

.

kalau korang tanye bile aku nak kawin....date tu dah ada....perancangan sume dah baikk....nanti la..kene bincang dulu dgn empunya diri...tp aku jemput dulu la...sbb date ni mcm cantik jer..hahahaha

nikah          : 11.11.2011
bersanding : 20.11.2011

amacam boley....korang standby baju baru sume..hehehehe..berangan2 plak ptg nih....sah mmg takde koje...



aduiiiyaiiiiiiiiiiiiii....



November 25, 2010

SUKAN ASIA 2010 - 9 EMAS


TERCAPAI... Pasukan skuasy negara (dari kiri) Datuk Nicol David, Low Wee Wern, Sharon Wee dan Delia Arnold meraikan kutipan pingat emas kesembilan selepas memenangi acara berpasukan wanita di Sukan Asia ke-16 di Guangzhou. -Mstar



TAHNIAH..akhirnya target pasukan negara nak dapatkan 9 emas dapat gakk...lps kecewa dgn skuad BADMINTON, aku tak sabar nk nengok skuad HOKI plak....
MALAYSIA BOLEH!!



November 24, 2010

Harian Metro: ANAK HAMIL DIKELAR MENANTU

myMetro

Anak hamil dikelar menantu

Oleh Salman Hamat

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.
Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga.

Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.

Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang.

“Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.

Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.

“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami.

“Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab.

“Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami.

“Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya.

Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca.

Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca.

“Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan,” katanya.

Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai.

Inilah manusia JAHIL AGAMA..Manusia dah semakin hilang pedoman..Jadikan ini pengajaran kepada kita semua..Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...AL-FATIHAH

November 23, 2010

Rahsia Warna Kegemaran

Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu
bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman.
Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta
kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

Warna Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat
romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman.
Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta
kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat
dipercayai.

Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.
Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang
muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong
merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah
meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah
seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu
tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu
pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang
kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Warna Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke
dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun,
sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,
senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Warna Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada
dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu
selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut
cinta kamu.

Warna Merah
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan
bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang
meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu
termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.












Kenangan Terindah......

1st REUNION (04/04/2009)
Hot Piper Sunway Pyramid






1st Frenz Family Day (11/12/2009)
Bagan Lalang






Megat's Family Day (29-31/5/2010)
Tiara Beach Resort,PD







dlm byk2 kenangan terindah ni....yg paling2 indah dlm yg terindah yg amat indah (brp punyer indah).....hahahahahaha
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Luv F.A


Aktiviti malamku....






aktiviti malam??? hehehehe...jgn pk negetip erkk....aktiviti malam aku ni yg sihat2 aje...suke "berlepak" kt padang2..mane2 tempat yg leh lepak lah....janji aku suke.....kalu nk cari aku..g kt shah alam or kompleks sukan pandamaran..bkn bersukan tp "berlepak" (bak kate marsya)..sambil lepak menambahkan lemak tepu dibadan..hahahaha..

November 21, 2010

Elyana- Khairul Terkejut dan Terharu Dinikahkan Bapa



ape lak nak terkejut....itulah yg semolek2nya....pengantin ppuan dinikahkan sendiri oleh bapa kandung...semoga Elyana berbahagia hingga ke akhir hayat.

November 19, 2010

HEPI BESDAY "FAEZ".....

   

Ya ALLAH..
Panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dgn nur pancaran iman, tetapkanlah hatinya,perluaskan rezekinya,dekatkanlah hatinya kepada kebaikan dan jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik dalam hajat agama,dunia dan akhirat...


Ya ALLAH..
Kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak


Amin...

"31 thn gak ko........lambat sungguh...aku dh nak jejak lagi satu angka...huhuhuhu"



November 15, 2010

SALAM AIDILADHA 1431H


Salam AidilAdha buat semua umat islam di seluruh dunia (ada ke yg baca blog aku nih), kepada semua blogger yang aku kenal atau tidak dan tidak lupa pada pembaca blog aku sendiri...

Marilah kita sama-sama merenung dan memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.

Semoga kita diberikan keberkatan, keampunan dan kebahagiaan oleh Allah S.W.T di dunia dan akhirat.

November 11, 2010

ALPHA LIPID testimoni...



Aku nak kongsi pengalaman dgn sume ayah aku pengidap kencing manis...so tau jerla.....dulu kaki ayah aku bengkak dan ade kesan luka...tau ajer la....kencing manis kan sensitip sikit...kesan luka tu akan jadi hitam.....tp bila dia dah setat minum alpha lipid....ade la kesan baik yg aku rasa boleh kongsi bersama....nk tgk kesan2 dr ALPHA LIPID ni... ayah aku setat minum 25may 2009...so ni pic masa mula2 dia minum..







10 jun 2009


nampak tak.....kesan ni dulu warna hitam jer...lps minum dia bertukar camni


14 jun 2009








masa ni kesian gak kt ayah aku....dia dah fedup giler...yerla...dah la kaki dia jadi camni...lps tu mula tumbuh bintik2 merah kt badan....menurut kata, tu sume kesan dari minum alpha lipid...org yg tgk pun takut...sampai tak berani nak minum.....sib baik ayah aku terel n stedi...hehehehe...nak baikkan....




                                            21 JUN 2009
nampak tak..kesan hitam tu dah ilang....jadi bersih

kulit yg menggelupas tu pon ilang gakkk




tu la hasilnya...alhamdulilah lps minum...kencing manis ayah aku ok...sampai ke ari ni...ayah aku masih minum alpha lipid....dulu ade gak kira bape tin...la ni dah tak terkira plak...hehehehe..kot ade family2 korang yg pernah dengar atau berminat nak minum tp takut dgn kesan2 selepas minum ..aku nasihatkan jgn la takut....bolom coba bolom tau...bak kata aku


"NAK BAIK KANNNNNNNNNNNNNNNNNN"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...