Followers

March 29, 2012

:: Jika diri Dikeji ::


~Sharing is Caring~

Jika diri dikeji... telitilah, muhasabahlah... adakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat?

Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai “teguran” daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera.

Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!

Hadapi emosi si pengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakanmu kelihatan “mentah”. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!


Dipetik dari Majalah Solusi
Melalui ruangan Intipati

March 20, 2012

:: Foto~ Fazura Dan Tunku Mahkota Johor ::

Menjengah mediamalaya.com . Ada plak gamba Fazura n Tunku Mahkota Johor. Memang sama cantik sama hensem sama padan...berpadan-padan..ahaks...





:: Mengatasi perasaan M.A.R.A.H ::

 

M.A.R.A.H~ amarah timbul disebabkan oleh pelbagai faktor, lazimnya dikaitkan dengan peristiwa atau sesuatau yang berlaku yang memberikan ancaman kepada diri seseorang individu.

CARA ATASI ATAU KAWAL PERASAAN MARAH
Seperti yang dinasihatkan dalam Islam, salah satu cara ialah mengubah posisi. Jika semasa marah sedang berdiri, ubah kepada kedudakan duduk (boleh juga berbaring atas katil, boleh terus lena..). Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

‘Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring’ –Riwayat Muslim–

Berwuduk boleh dijadikan senjata dalam menghadapi perasaan marah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
‘Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk’                –Hadis Riwayat Abi Daud–
Minum air jika bukan dalam keadaan berpuasa. Jika berpuasa, jawabnya batallah puasa hari tu..

Mendiamkan diri ketika marah. Ini kerana jika mulut berbicara dalam keadaan marah, sudah pasti pelbagai kata sama ada kesat atau pun tidak keluar dari mulut.

Berlindung kepada Allah dari syaitan. Maka bacalah doa-doa, ayat Al-Quran atau pun zikir-zikir yang membantu diri tenang dan jauh dari bisikan syaitan

Berfikiran positif. Sebagai contoh, marahkan pemandu yang memandu dengan tidak berhati-hati, buat kesimpulan bahawa dia sakit perut tu..

Bawa bertenang. Boleh lakukan aktiviti menarik nafas atau aktiviti yang boleh melegakan diri sendiri.
Senyuman dikatakan mampu meredakan kemarahan, maka dengan itu senyum lah. Jangan terlebih sudah.

Belajar menyampaikan kemarahan secara positif, jangan memekik atau bertindak melebihi batas.

Luahkan perasaan yang berkaitan dengan marah dan selesaikan masalah dalam keadaan yang sesuai.
Belajar kwal perasaan marah ni tak rugi, kita juga yang beroleh keuntungan.. marah yang ditonjolkan memang boleh diberi kemaafan, tetapi kesan akibat marah itu belum tentu dapat disembuhkan

Setiap pada kita pasti mengalami perasaan marah..bohongla kalau ada yang terlalu sabar sehingga sebesar kuman pon tak marah...kan...kan...kan...Kawal perasaan marah kita, kerana ia akan merosakkan satu perhubungan. Takut bertukar jadi angry bird plak...hihihi

March 19, 2012

:: Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak ::


Sekadar berkongsi, tanpa kita sedar mungkin segelintir ibu bapa ada melakukan kesilapan dalam mendidik anak-anak.     

Antaranya ::

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.


6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.


7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9. Kurang melahirkan kasih sayang.

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.

18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39. Tidak tegas mendidik anak-anak.

March 16, 2012

:: 1 Amah 1 Tugas utk 1 Malaysia ::


Satu amah , satu tugas…huishh…best tu…kalau macam nie , ramai yang memilih nak jadi maid…hahaha
Dgn gaji minimum RM700 utk satu tugas. Contoh,kalu maid tu jaga budak, jaga budak je (bukan jaga bapak budak sekali..hahaha) kalau jaga org tua kite..itu je tau, xdenya dia nk jaga anak2 skali…jangan harap nk soh mengemas or tolong memasak bagai..kalu camtu, kene ambik 2-3 org amah…hahahaha ..camni kalau gaji 5000 pon xcukup…watpe la kerajaan dok dengar cakap org seberang tu…betol gak kate caller kt HOT FM pg tadi…rakyat Malaysia ni yang dok mendorong “memanjakan” maid2 dari Indonesia nie…
Belajar2 la uruskan rumahtangga sendiri, wat pe nak susah payah keje, bagi orang wit senang2…leh gak gune wit tu utk shopping…lain la pak2 menteri or orang kaye raye …banyak uangg atau yang terlebey uang…..kalu wife benti keje, dok umah…tak tentu lagi dapat RM700 tuk semua keje umah yang dia wat kan…tu lom lagi maid yang wat hal…sendiri mau ingat la….
" Terbaca kt satu blog tu~ "Amah Kaye...Bos Kayap" ..betol gak tu....hahaha


March 14, 2012

:: Keputusan SPM Diumum 21 MAC ::

Assalammualaikum...

Untuk adik2 yang sedang menunggu keputusan SPM .. Info terkini, keputusan SPM akan diumumkan 21 MAC 2012. Amacam berdebar tak rasanya ?? Ank buah aku pon dok nunggu nih, Abg....padan muke ko!!
Tak sabar nak tau keputusan SPM dia...

Baca kat sini ~~~~~> Mstar

March 13, 2012

:: Sijil Peperiksaan Hilang ::

Disini ada sedikit info pada sesiapa yang kehilangan Sijil Peperiksaan . Untuk pengetahuan semua, masih ada cara untuk kita dapatkan salinan sijil tersebut ... Semoga info dibawah ni dapat membantu anda ....

1. Sijil atau pernyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Salinan Keputusan Peperiksaan dikeluarkan bagi menggantikan sijil atau pernyataan yang hilang atau rosak.
2. Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil ( sekiranya ada ) untuk rujukan.
3. Bayaran proses RM10.00 ( Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja ) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos ( Postal Order ) atau Kiriman Wang Pos ( Money Order ) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN’. Cek persendirian tidak diterima.
4. Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar. Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.

LAIN-LAIN1. Semua permohonan, sama ada untuk mendapatkan salinan keputusan atau terjemahan hendaklah menggunakan borang yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Borang permohonan boleh didapati daripada kaunter di aras bawah bangunan Lembaga Peperiksaan, Blok E11, Kompleks E Putrajaya, atau Jabatan Pelajaran Negeri ( Unit Penilaian Dan Peperiksaan ) atau di laman web LP.
3. Permohonan pernyata keputusan PMR bagi tahun 1998 ke atas dan permohonan salinan keputusan SPM bagi tahun 1994 ke atas boleh diperolehi dalam tempoh satu jam sekirannya pemohon datang sendiri ke Lembaga Peperiksaan.
4. Masa dua minggu diperlukan untuk memproses permohonan penyata keputusan PMR bagi tahun 1997 ke bawah dan permohonan salinan keputusan SPM bagi tahun 1993 ke bawah. Begitu juga bagi permohonan sijil SPMU atau SPM Kertas Julai.
5. Permohonan secara pos akan mengambil masa dua minggu untuk diproses (sekiranya maklumat lengkap). Masa dua minggu lagi diperlukan untuk proses pengeposan.
6. Kaunter permohonan dibuka setiap hari berkerja.
Isnin - Khamis :8.15 pagi - 4.30 ptg
Jumaat            :8.15 pagi - 12.30 t.hari
                      :2.45 ptg - 4.30 ptg

7. Permohonan melalui pos hendaklah dihantar ke alamat berikut :
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA
(U/P: UPMPD - UNIT KECIL SIJIL)
Tel: 03 - 88843526 / 3528


Nota*
1. Calon yang tidak pernah mengambil sijil asal tidak dibenarkan membuat permohonan salinan keputusan peperiksaan.
2. Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. Sijil asal boleh diperoleh daripada sekolah di mana calon menduduki peperiksaan atau di Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri.


Borang boleh download disini   Borang Permohonan .

:: Cara mengatasi Kebosanan di tempat kerja ::



Sumber info :: www.qimie.com
  
Memang di akui, kadangkala kita akan berasa bosan apabila berada di tempat kerja, tak kiralah sama ada kita berkerja makan gaji mahupun bekerja sendiri. Jadi macamana nak mengatasi kebosanan ini. Apakata kita berkongsi sedikit info atau tips untuk menghindari dari dibelengu masalah ini.
  • Apakata anda duduk dalam keadaan posisi yang selesa, pastikan tubuh rileks dan tidak tegang. Sandarkan badan anda apabila anda sudah merasa selesa.
  • Pejamkan mata selama sekurang – kurangnya satu minit. Pastikan jangan lama sangat anda memejam mata, nanti tertidur pula. Sebenarnya teknik memejamkan mata ini mampu untuk merehatkan mata
  • Jus Buah – buahan segar mampu mengembalikan mood dan energi seseorang. Buah yang terbaik adalah buah – buahan yang kaya dengan vitamin c, ini adalah kerana ianya mampu mengembalikan kesegaran minda dalam tempoh yang singkat
  • Tarik nafas perlahan – lahan, sekiranya berada di meja kerja membuat anda berasa tidak tenang. Berikan waktu agar dapat membuatkan fikiran kembali tenang.
  • Tidak salah rasanya jika anda mengambil langkah meninggalkan tempat kerja selama beberapa minit untuk mencari ketenangan. Atur langkah ke tempat rehat ataupun tempat yang boleh membuat anda santai di pejabat anda. Sebaik kembali ke meja kerja, pastinya semangat anda akan kembali segar dan berkobar kobar.


***Kalau bosan gak .. bukak drawer .. ambik bag .. kunci kete ~ ~ ~ ~ B.A.L.I.K ***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...