Followers

June 27, 2013

:: RM200~Swiss Garden Hotel ::


Nak bercuti ?? Hotel tak dapat lagi ?? 

Kalau ada yang berminat, anda boleh pilih percutian di ::

Swiss Garden Hotel & Residence, Kuala Lumpur (Deluxe Room)
Swiss Garden Golf Resort & Spa, Damai Laut (Deluxe Garden)
Swiss Garden Golf & Residence, Kuantan (Deluxe Room)

HARGA BILIK :: RM200/mlm
PEAK SEASON :: EXTRA CHARGES

Berminat, Sila tinggalkan nama dan no. telefon anda diruangan komen.
Anda akan dihubungi, Insyallah secepat mungkin.

Tarikh Tamat :: 1 November 2013

Lagi cepat , lagi bagus... urusan bilik akan dibuat dengan segera.

Tapi Harga untuk BILIK SAHAJA, no breakfast...

Terima Kasih.....

KL

Damai Laut, Lumut


Kuantan

June 26, 2013

:: SeNyum~SmiLe ::


Senyuman hari ini adalah berkat kekuatan dari masa lalu. Aku hargai setiap insan yang telah memberikan aku segala kesulitan, kepedihan, kesedihan dan kekecewaan. Tanpa mereka , tidak mungkin akan aku lalui setiap detik-detik itu. Aku pasti tidak pandai menilai antara baik dan buruk.

Adakala tidak terlintas dihati , kekuatan yang ada pada diri ini, berkat kesabaran mengharungi segala dugaan. Mungkin ada diantara mereka lebih kuat dari diriku dan mungkin lebih lemah dari diri ini.



Jadikan sesuatu yang pahit itu sebagai pengajaran untuk kita mengharungi kehidupan akan datang. Yang pasti, setiap manusia tidak akan hidup tanpa diuji. Dan setiap ujian yang hadir pasti ada hikmah disebaliknya.



Fikir yang baik-baik,
Cakap yang baik-baik,
Sangka yang baik-baik

Insyallah...

Yang hadir nanti, Semuanya yang baik-baik.



June 24, 2013

:: Musibah Malam Hari ::

Sebelum nak ucap SELAMAT MALAM... Cermin meja pecah...Prangggggggggggggggggggggggg!!
Mak landing lutut atas meja, sekali terpecah plak...adoiyaii...
Kata Mak " Memang dah nak arwah ".... (Nak sedapkan hati la tu)

Berpeluh mak sekejap.... "BERPELUH NAK KUAR DUIT" ..

hahahaha.....nasib baik tak jadi ape...panggil escort datang nak buang KACA jap lagi...

Okay...Gud Nite olss...
Assalammualaikum




June 23, 2013

:: Happy Birthday @MSH a.k.a Maria Syuhairah Hawa ::



Hampir 3 tahun blog ni, 3 kali jugak ada entry istimewa utk seorang sahabat yang paling dekat dihati.
Seperti biasa, walaupon memang sudah aku katakan hampir setiap tahun...Aku jelak tengok muka dia yang hampir setiap masa ada didepan mata. Memang rasa bohsan gile,tapi nak buat camne....dari sekolah sampai sekarang memang aku tak boleh lari dari hidup dia kot...ke dia yang tak boleh hilang dari depan mata aku... hahahahha...

Esok 24 Jun, hari lahir yang ke 24 tahun (ye ke ........ ) ,semoga MARIA SYUHAIRAH HAWA a.k.a @MSH Evelynmanja (Nama glemer la sgt) diberikan umur yang panjang, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan paling penting dipertemukan jodoh dengan insan yang boleh memberikan kebahagiaan kepadamu Dunia dan Akhirat, Insyallah...

Terima kasih, masih menjadi sahabat yang paling rapat kepada aku selama 21 tahun.. Lama gile kan...kalau orang lain ntah hilang kemana, tapi kita masih bersahabat sehingga kini,dan semoga tali persahabatan ini akan berterusan hingga ke hujung usia.. Insyallah.

Dalam persahabatan , tidak semestinya kami sehaluan. Adakala memang ada perbezaan pendapat. Tapi, Alhamdulillah, kami masih dapat bertahan walaupon.....hahahahaha...



Untuk my Lovely Pren, terima kasih.. setia bersama aku dalam saat sukar dan senang. Terutama ketika aku sedang mengalami saat-saat sukar ketika kehilangan dua insan tersayang.

Walaupon aku MUAK..JELAK...BOSAN...nak kuar MUNTAH IJO setiap TAHUN....

Aku tetap sayang ko, sebab kau SAHABAT yang PALING SETIA bersama AKU...

Sayang kau prennnnnnnnnnnnnnnn.....Muuuuuahhhhhhhhh..

"Selamat Hari Lahir"


Mau kenal... "PM me "......






:: Jerebu OH Jerebu ::

Assalammualaikum....Sesak Dado den....Hidung Perit....Gatal tekak...Sume ni gara-gara jerebu. Bau asap dah sampai masuk umah.. Jerebu ni dah jadi acara tahunan plak kat Malaysia ni..Rasanya setiap tahun, ada je yg terbakar....


Tengok kat luar, dah macam dok Cameron Highlands, tapi bukan kabus sejuk...Asap jeer, pakej ngan bau & suhu yang panas....Hujan la hendaknya hari ni...




Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.

Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Panduan Dan Tip Kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.


Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.


Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.


Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.


Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.


Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.


Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )


Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.



Sumber :: www.moh.gov.my



June 21, 2013

:: Yes 4G Promotion ::

 Baru terima sms & email dari Yes 4G , promosi untuk meneruskan kontrak selama 12 bulan . Buat pengetahuan semua, kontrak berokben aku ni akan tamat  bulan 7 nie. Rasanya takde masalah kot kalau nak diteruskan lagi memandangkan promosi yang diterima macam best je...


Aku dah bersama YES sejak bulan April 2011. Tu pon dapat free bila beli lappy. Masa tu aku gunakan perkhidmatan prepaid je. Bulan Julai 2012, aku bertukar pada postpaid. Kelajuan memang tidak dinafikan. Pernah sekali YES ni bertukar menjadi NO... hahahhaaha...memang terasa hanginnnn je....
Tapi sejak dua menjak ni....YES bertambah YES YES YES.....


Contoh plan internet yang ada...aku cuma apply utk SUPER 68 (4GB)  je....Ok kot, cuma online utk facebook & blog je..kalau dok layan Youtube, memang abisla gamaknya....


Offer yang aku dapat dari YES 4G...
Kalau sebelum ni SUPER 68 cuma 4GB....la ni dah upgrade to 6GB...

Apa pendapat korang semua....??



June 20, 2013

:: Kemalasan Melanda ::


Bukan MALAS nak update blog...sekarang dah semakin rajin menghapdet...followers, Alhamdulillah semakin ramai berkat dari ziarah BerBlog Walking...dah lama tak buat sebenarnya..sume nye disebabkan MALAS..sekali dah rajin tak berenti pulak...

Pagi-pagi datang dengan MOOD yang teramat malas...sempat singgah petronas, tu pon bila terpandang minyak ni makin susut plak...kalau tang minyak tak leh MALAS nak isi..kot berhenti kat highway kesas sape plak nak menolongku nanti..hahaha...


Bila masuk highway....terasa cam ari sabtu plak......otomatik terpikir... "eh...hari ni SABTU ke "...........mane tak nya....tengok kete menyusut plak....ohhhh ! 
Baru teringat.... "Aku LEWAT lagi rupanya"....




Sampai opis dok menapak tangga sampai tingkat 3 ...adoiyaiiiii..
Semakin MALAS.....
Tapi idak menyusut pon badan ni..bayangkan, setiap hari mendaki tangga...belom kira waktu lunch lagi....
tingkat 3 plak tu.....tapi takpe...tang ni kene SEMANGAT sikit ...sampai atas kang kompom 
Semput...



Ini rutin harian aku dari isnin sampai sabtu.....bila dah terrrrlambat, bos sampai dulu dari staff...hahahaha...tapi takpe, bukan kadang-kadang...tapi SELALU (camne lak tu) ..
faham-faham sendiri suda....


Jom ... nak SAMBUNG KEJE dulu...

TENGKIYU .... yang rajin singgah kat SweetSmiles...jangan lupa tinggalkan JEJAK...ada masa kita singgah blog anda-anda semua... hooookeyyy...

June 19, 2013

:: Hyper Act. - Hanya Aku [OFFICIAL VIDEO] ::



Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat [*]

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku



Lagu ni semakin popular....Sefofular drama Teduhan Kasih di TV3

:: Kata-Kata Indah~Untuk Si PENIPU ::

Sekadar Berkongsi...Takde kene mengena dengan yg hidup atau yg mati...
Sharing is Caring...






:: 10 Cara utk ATASI si CEMBURU BUTA ::




Alhamdulillah, Kenyang makan tengah hari ni....dok melayan blog... terjumpa satu artikel kat wanista ...

Teringin nak share dengan semua...pasal CEMBURU BUTA ..


Cemburu tandanya sayang, tapi dek cemburu buta, sayang boleh melayang.

Manusia mempunyai sebab berbeza untuk menjadi cemburu dan orang kata cemburu buta itu boleh membunuh dan selalunya perasaan cemburu itu disertakan dengan perasaan amarah. Bunuh emosi atau lebih teruk bunuh secara fizikal. Ya, perasaan cemburu itu normal tapi kalau sudah cemburu yang teramat, itu adalah tidak normal dan boleh mengganggu hubungan. Apabila kita cemburu, kita bimbang jika pasangan mungkin mencari orang lain yang lebih menarik dan lebih baik dari kita. Tetapi lama kelamaan pasangan akan rasa rimas, risau dan cuba mengelakkan diri dari si dia yang suka cemburu buta.  Jika anda adalah seorang yang cemburu buta, sesuatu perlu anda lakukan agar hubungan anda dan pasangan bahagia dan ada persefahaman. Langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu buta.

1. Cari punca sebenar
Anda harus mencari punca sebenar apa yang menyebabkan anda berasa terlalu cemburu terhadap pasangan anda. Adakah anda kurang percaya kepada pasangan kerana sikapnya sendiri? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri. Jangan buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Jika anda memang mempunyai sifat panas baran, anda perlu menenangkan diri sebelum bersemuka dengan pasangan.

2. Beri masa
Beri diri sendiri masa untuk mengatasi sifat cemburu dalam diri. Jika anda memang seorang yang cemburu, anda tidak boleh berharap untuk berubah dalam sekelip mata.

3. Minta maaf
Mungkin pada mata si dia jika anda selalu meminta maaf jika suka cemburu buta, perkataan maaf yang datang dari mulut anda itu mungkin tidak berharga lagi. Tapi ia cukup baik dari anda ego untuk meminta maaf. Jika anda meminta maaf, ia bermakna anda sedar perbuatan anda itu salah dan cuba untuk tidak melakukannya lagi.

4. Komunikasi
Luahkan perasaan anda dan mengenai masalah cemburu anda bersama-sama dengan pasangan.Berkomunikasi bukan bermaksud anda boleh melenting sesukahati tetapi sebaliknya berbincanglah dengan elok dan elakkan dari rosakkan perhubungan anda berdua.

5. Elak salahkan pasangan
Elakkan dari menyalahkan pasangan jika berlaku perselihan faham antara kamu berdua. Anda mempunyai pilihan untuk menyelesaikan dengan cara baik tanpa melibatkan perasaan cemburu buta.  Anda bertanggungjawab dengan perasaan anda sendiri. Menyalahkan pasangan tidak akan menyelesaikan masalah.

6. Sentiasa berfikiran positif
Sekiranya anda berfikiran positif, mungkin perasaan cemburu itu dapat diatasi dan dikawal. Tetapi anda harus ingat untuk tidak sewenang-wenangnya  mempergunakan kepercayaan yang telah diberikan kepada anda. Jika disalahguna, mungkin perasaan cemburu buta itu akan makin bertambah dan mungkin kepercayaan itu akan hilang terus!

7. Ubah diri menjadi lebih baik
Tak rugi jika anda mempunyai azam atau motivasi diri untuk ubah diri sendiri menjadi lebih baik. Minta pertolongan atau nasihat dari pakar jika anda benar-benar ingin buang sifat cemburu buta di dalam diri. Dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan kesabaran yang lebih tinggi.

8. Kurangkan sifat marah
Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan si dia yang menyinggung hati anda dan membuatkan anda cemburu. Selain dari menarik nafas dalam dalam, anda boleh mandi, solat atau buat aktiviti yang dapat mengurangkan rasa marah dan cemburu anda.

Doa Menghilangkan Rasa Marah :
A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.
Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”

Doa Menghadapi Orang Sedang Marah :
La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab’a wa rabbul ‘arsyil ‘azimi, la ilaha illa anta ‘azza jaruka wa jalla sana’uka.
Artinya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arsy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.”

9. Jangan bandingkan dengan orang lain.
Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain dan seksa diri sendiri dengan perasaan yang negatif. Kalau anda sibuk dengan sikap cemburu buta yang negatif tu, bila masa pula anda nak merasa kemanisan kasih sayang dalam satu-satu hubungan? Bina keyakinan terhadap diri sendiri dengan mengenal pasti kelebihan yang ada pada anda dan yakinlah dengan keistimewaan yang anda ada.

10. Belajar dari kesilapan.
Sebenarnya emosi negatif mempunyai peranan dalam kehidupan kita, dan salah satu pengajarannya adalah ia mengajar kita bagaimana untuk menjadi seseorang yang lebih baik dalam memperjuang dan mengatasi sikap cemburu buta.




June 18, 2013

:: Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree ::






Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





June 15, 2013

:: Kasih Ayah ~ Selamat Hari Bapa ::

34 tahun dulu, kelahiran aku amat dinantikan (kata arwah ayah) ... Anak perempuan sulung dalam keluarga .. Akhirnya termakbul impian arwah ayah untuk dapatkan anak perempuan. Aku lahir kt umah je, rumah flat dekat pandamaran, port klang .

J18....tingkat 1...

Arwah ayah ni tegas pon ada..garang pon ada...kelakar pon ada....semua adalah.. Tapi yang lebih garang rasanya MAK kot...hahahaha...nak mintak apa-apa dari ayah selalunya melalui mak...tak tahulah kenapa...TAKUT kot.....Ingat lagi, dulu....aku selalu cium ketiak ayah.. WANGI ..hahahaha..

comel tak budak tecik tu....hihi

Walaupon aku ada seorang adik...arwah ayah tetap panggil aku sebagai ADIK...tu tandanya, aku ni memang manja dengan arwah....Bila dah besar ni pon, ayah tetap panggil ADIK...Bila arwah dah pergi, terasa rindu semua saat-saat bersama..Mungkin disebabkan aku masih single dan masih menetap dirumah family, so hubungan antara anak dan ayah ni rapat. 

Dalam hati ni, rindu nak tengok tv bersama.....Ejek Mengejek bila ada game bola antara SELANGOR vs N.SEMBILAN.....bersorak bile LEE CHONG WEI menang game badminton....
Semua dah tinggal kenangan...


Walaupon arwah ayah tiada lagi.. Ayah tetap dalam hati kami sekeluarga..
5 bulan dah berlalu, tapi rasa seperti semalam arwah ayah tinggalkan kami...
Terasa sunyi sangat...

Kepada semua, hargailah insan yang kita sayang, di saat mereka masih ada.



" Ayah dan Ibu, itulah permulaan kami..dapat melihat Bulan dan Matahari "..


Al-Fatihah...








June 12, 2013

:: Demam Teduhan Kasih ::



Kan dah kukata...jangan sesekali terjebak....Dah terTONTON...  "DEMAM" pulak...
Kompom korang semua pon sama kan...Paling tak tahan tengok Ady putra berlakon...Bila lah nak dapat lelaki yang SEROMANTIK tu...hahahaha....

Drama adaptasi dari sebuah novel hasil karya MARISSA. Sinopsis drama ni mesti semua dah tau kan.
Sekarang balik keje dok mengejar cite ni.. Kadang-kadang bengang plak dengan iffa ni...baik bebenor sampai leh percaya kat kaklong dia yg gile tu...Sib baik la tak sempat minum air tu tadi....

Zarina Zainuddin ~ Rasa nak kutampal mulut dia....tak pernah tengok dia berlakon mulut SELEBOR tu...



Jangan lupa layan episod seterusnya....kalau tak sabar, beli je novel ni....macam aku...hahahaha





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...