Followers

December 25, 2012

:: Ayah ~ Part 1 ::


Assalammualaikum...

Mulai hari ni ..aku akan update segala yang berkaitan mengenai kesihatan ayah aku. Mungkin ada diantara follower ada pengalaman yang boleh dikongsi bersama. So, silakan ..okey..

Ayah aku , 3 November 2012 , genap 71 tahun...Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bersama ayah di usia emas ini. Ayah menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dan sekarang buah pinggang ayah disahkan menghadapi sedikit masalah dan perlu rawatan dialisis. Pada awalnya, dia tidak bersetuju dengan rawatan dialisis buah pinggang, tapi tidak sekarang. Minggu depan 2 Januari 2012 , akan ke hospital untuk ujian darah. Insyallah, semoga Allah permudahkan segala urusan kami.
Aminnnn.....



Ni masa bulan May 2012, ayah ditahan di hospital akibat hypoglycemia (kurang gula dalam badan)..

Masa ni la ayah disahkan menghadapi masalah buah pinggang dan perlu rawatan segera.
Masa ni dia masih boleh berjalan sendiri, tapi sekarang untuk mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini, ayah banyak menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Kalau nak buang air , ayah akan dipapah sampai kedalam toilet. 

Semoga ayah cepat sihat , walaupun tidak macam dulu...atleast CERGAS dan BERTENAGA...

Aminnnn.....


December 22, 2012

:: Termenung Ku Sendiri ::

Termenung Ku Sendiri...
Memendam Rindu tidak Menentu..


Haish....tak tahu nak buat ape ari ni...Cuaca kat luar HUJAN...Nak tido, meleborkan badan je kangg..hahahaha...la ni dok layan MAHARAJA LAWAK MEGA 2012... (lawak ke) hahaha...
kompom la lawak....lebih-lebih lagi tengok BOCHIL dari Say Who....
katenya... "DIO~DIO~DIO"........

Dah bape ari tak menghapdet blog.....idea kering kontang..tapi bila dah start merepek....sekali panjang plak entry ni jadinya kangg..hahahaha...takpolah kan...Hujung minggu , tak tau nak kemana...poket dok mengering...next week nak g jejalan ngan pren-pren...Harap-harap cuaca cantik....al-maklumlah sekarang ni musim hujan kan.....

Dah bape ari nie dok memendam rindu je...tak tahu la pada sape..huhuhu..
Yang pasti RINDU kat arwah n family kat seremban...Bulan 12 ni tak berkesempatan nak balik sana. 
Baru-baru ni call  mak kat seremban.....dari suara mak , cam mengharap aku balik sana je...
Insyallah, nanti tiez balik sana bulan depan ...Rindu Mak n family kat sana..

Banyak yg aku dok pikir dalam fikiran ni.....kesihatan ayah yang tak berapa baik...Awal bulan Januari nanti, ayah kene pegi hospital nak ambik darah. Maybe ayah akan wat dialisis buah pinggang.
Tapi kami adik beradik tak pasti lagi, sebab tengok keadaan ayah yang semakin uzur.

Tolong Doakan yang terbaik untuk keluarga kami DAN
Doa terbaik dari KAMI untuk anda SEMUA.....


December 14, 2012

:: Cuti OH Cuti ::


Cuti Oh Cuti...Nak mintak cuti kene tadah telinga , ceramah motivasi ala maki-maki, tapi sebab dah paham perangai bos...tak kisah la, dah fahammmmmmmmmmmmmm sangat-sangat...
Lps puas dia membebel....atleast mendapat gak cuti yg aku dan pren nak..hahahaha..

Nak masuk bilik hantar form cuti jadi kelam kabut...tu gara-gara bos pon nak cuti date yang sama...Menggelupur la gak...dah la Hotel dah berbayar..mane mauuuuuu kann...hahaha
Tengkiyu la bos..syg bangat-bangat....nak dapat cuti yang sama dengan pren memang susah coz dia partner aku kat department tu.....tapi nak buek camno kan..dah lama plak tak bercuti bersama....

Cuti pegi mane erk??? hahaha...Tungguuuuuuuuuu....nanti kita share cite ..
Okay....




December 11, 2012

:: Ciri-Ciri LELAKI yang BAIK ::


Jom kita berkongsi ciri-ciri lelaki yang baik...



1) Cuba membantu anda dalam keadaan apa sekalipun, walaupon pada hakikatnya mereka tidak mampu untuk membantu anda.

2) MENGHORMATI ANDA, walaupon anda berdua mempunya perbezaan pendapat dan berselisih faham, dan tidak sekali-kali merendahkan martabat anda sebagai seorang wanita dalam keadaan apa sekalipun.

3) Pandai mengambil hati, membuat anda ketawa semasa anda dalam keadaan sedih atau sebagainya

4) Sedia menasihati dan berkongsi pandangan mengenai kebaikan dan keburukan anda. Selain itu mereka juga akan mengakui kesilapan diri sendiri dan cuba menyelesaikan masalah serta berjanji tidak akan mengulanginya. Sikap ini akan memberi peluang kepada pasangan untuk sering meluahkan pendapat masing-masing.

5) Tidak sombong dan merendah diri dan tidak memandang rendah keupayaan diri anda. Sentiasa menyokong apa yang anda lakukan sehingga berjaya

6) Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan diri anda dan tidak sesekali yang akan mengubah diri anda yang sebenar. Mereka akan menerima anda seadanya.

7) Mereka lebih tahu untuk menilai betapa berharganya diri anda dan bijak melayan anda sebaik mungkin

8) Mereka amat peka pada maklum balas anda, apa yang ada kata dan rasa.

9) Merekat tidak akan sesekali melupakan anda walaupun dirinya sudah berjaya. Setiap nasihat dan motivasi yang anda berikan amat mereka hargai.


:: Sweet~Smiles :: Sejujurnya, ciri-ciri diatas juga harus ada pada WANITA yang baik. Setiap apa yang kita lakukan dengan baik pastinya akan membuatkan pasangan rasa dihargai , dihormati dan disayangi.


December 7, 2012

:: M.U.S.I.B.A.H ::


Assalammualaikum

Pagi tadi dekat opis, ada seorang abg kehilangan duit gaji. Baru je kuar dari ATM machine, dia boleh tertinggal dompet kat atas mesin ATM kt bank. Mungkin tgh buat transaction lain, dia terus balik ke opis tanpa mengambil dompet kat atas mesin tu...huhuhu...Sampai je kat opis, baru dia teringat. Dan confirm la bila pergi balik kat bank tu, tak akan adanya DOMPET tu..

MUSIBAH.....atas kecuaian sendiri. Kesian dengan abg opis aku tu. Tapi benda dah nak berlaku, kecuaian tu cuma sebagai penyebabnya saja. Atas dasar perikemanusiaan, kami menghulurkan sumbangan ikhlas untuk mengurangkan beban yg ditanggung. Tapi, yang tak sedapnya...ada la sorang ni, nak menghulur jauh sekali.... lagi boleh cakap cenggini...

"Dia yg hilangkan duit dia, kenapa perlu kita bayar.... "

Masalah disini, bukan dia mintak duit dia hilang...Gunakan lah akal sikit, hulurnya tidak..lagi nak cakap camtu...ape punya bangsa pon aku tak tau....jangankan RM10, seposen pon tak tercampak...
Atleast, terbitkan lah sikit perasaan belas kasihan atau perikemanusiaan ...

Hari ni hari orang lain, esok lusa...kita tak tau......




December 6, 2012

:: Disember oh Disember ::


Sampai tutup-tutup mata...ape yg ko takut..hahahaha....


Assalammualaikum semua....dah sampai bulan Disember kan....pejam celik pejam celik, kita tinggal beberapa hari lagi sebelum 2012 melabuhkan tirai dan 2013 akan datang dengan azam, dugaan dan kehidupan yang baru. Tahun 2012, bakal aku tinggalkan dengan kenangan yang pasti tidak akan aku lupakan selagi masih bernafas di bumi Allah S.W.T.

Masih teringat lagi setahun yang lepas di bulan Disember, untuk pertama kali aku bawak arwah datang berjumpa keluarga dirumah....Kenangan oh Kenangan....

Jun 2012 - Bulan keramat, mengingatkan aku perginya seorang insan yang pernah bertakhta dihati. Masih jelas diingatan setiap kenangan aku bersamanya. Hurmmm, tak baik kan mengenang orang yang telah pergi. Aku yang masih hidup ini, akan meneruskan kehidupan ini dengan semangatnya. Aku tau, dia pasti gembira melihat aku yg semakin tabah dlm meniti kehidupan tanpa dia disisi. 

time kasih la bagi semangat...hahahahha

Januari, sekali lagi bersama arwah, untuk kali pertama dan terakhir menyambut ulangtahun kelahiran...hurm, terasa sangat-sangat ketiadaannya. Terima kasih Ya Allah, walaupon cuma sekali sahaja kesempatan yg kau berikan kepadaku, ianya cukup membahagiakan. Nampaknya usia aku akan meningkat lagi..hahahaha...cuma angka je kan, tapi walaupon angka....SEMAKIN HAMPIR~SEMAKIN BERDEBAR....

Semakin muda plak rasanya...hahahaha...tapi tetap comel....






December 2, 2012

:: SAHABAT SEJATI ::

BAGAIMANA UTK KITA MENGENALI SAHABAT YANG SEJATI 

Jika kita berbuat baik , dia pasti melindungi kita.

Jika kita memerlukan pertolongan , dia akan membantu kita.

Sentiasa menghargai segala kebaikan yang kita berikan.

Jika kita melakukan kesalahan, dia pasti menegur dan memberikan nasihat.

Jika berselisih faham dengannya, dia pasti akan mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.



Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik ada pada kamu, dia pasti akan menutupnya.

Jika ada kita dilanda musibah, dia akan datang untuk menghulurkan bantuan.

Dia mendorong untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.







December 1, 2012

:: Trip ~ KUCHING 2012 ~ Part 4

Last entry for KUCHING, hari ke 3 (16/11/2012) aku dihalau kuar dari Margharita Hotel selepas 3 hari 2 malam menginap disini. hahahaha...ye ke halau?? agak2 la kan....dari mula kami dah merancang nk tido kat TUNE HOTEL sebab hari terakhir ni kami kene check out awal dari HOTEL, so.....xmo la rugi sangat...tapi sebenornya rasa cam xpuas je dok hotel mahal2 nih....Lepas breakfast sesuka hati, kami rehat jap dalam bilik ...tido...sampai check out dalam pukul 1 camtu....Dan memulakan langkah keluar dengan berjalan kaki SAHAJA ye...hahahaha...sebab dekat je pon.....kami ke TUNE HOTEL.

tengok pren.......tepi jalan pon leh posing lagi tawwww...hahaha

TUNE HOTEL,KUCHING

Sampai saje di TUNE, satu trajedi buah epal berlaku. Rupanya pren tersilap booking kat agoda. Sepatutnya, kami check in kat sini 16hb....tapi terrrr booking date nak balik iaitu 17hb....sib baik la masih ada kosong.. So, terpaksa la bayar 2 kali.. huhuhu...Rasanya harga TUNE ni compare dgn AGODA , murah lagi rasanya...hurmmmm...xpelah.....2-2 cuai ...kan pren....aku yg pegang resit agoda sekian lama pon leh tak perasan date check in tu 17hb....


WATERFRONT,KUCHING

Lepas check in, kami kuar menuju waterfront...teringin rasanya nak naik sampan 50sen tu...tapi pren,dok ajak naik boat tradisional....okayla, dengan RM19/seorang..kami mengelilingi sungai sarawak selama 1jam.
Gerun gak sebenarnya dok naik bot nie...cuba bayangkan, budak bergerak sikit je...bergoyang bot ni..huhuhuu...nie kan kami yg semangattttt nihhhh...tapi seperti kukata pada pren, PENGALAMAN.... bila lagi nak rasa nak naik....(kalau ko takut, aku pon takut) hahaha....



Muka lega pren lepas turun dari bot tradisional...hahahaha.....menguap ke mengucap???


Kami sambung meronda sepanjang waterfront sampai ke malam, sebelom lepak kt tempat minum petang kami .. yg nyummmm..nyummmm


Malam tu sempat singgah di TOP SPOT (seafood). Memang dah rancang dlm itenari perjalanan , kami akan makan disini . Sampai je kt atas tu...makkkkkk aiiiii, xde ramai lagi ke??? huhu....memang penoh....teringin nak singgah kt gerai yang blogger dok cite....tapi disebabkan ramai dan rasa lapar menguasai perot....sampai2 je pintu masuk sebelah lif, ada budak perempuan dok cakap, kakk, kedai kami je yg melayu kat sini..malas nak ronda..aku n pren terus duduk dan mengorder.....

Untuk pengetahuan anda semua, kedai makanan disini disahkan HALAL dari pihak berwajib. So,tak perlu la anda risau k.....cuma aku je, malas sebab melihat kesesakan manusia yang bersesak-sesak kat sini...huhu...
Apo laei...MAKANNNNN



Yang tengah tu umai (isi ikan), rasanya seperti kerabu...mmg shedappp....harga tuk sepinggan kecik RM18.
Sepinggan kecik, tapi boleh makan untuk 4-5 orang kot.....kami order, sayur midin belacan, sotong goreng tepong, udang goreng butter, tomyam campur dan ketam black paper (pren mkn sorang) ..hihihi
Harga utk makan RM65 dan air buah dalam RM10 ...murah kan...
Yang tak boleh lupa, tomyam dia....huhuhuu...SEDAPPPPP weihhh...

nie tempat nyum nyum kami di waterfront

Hari terakhir kami, 17hb..seawal jam 8pagi, kami check out dari Tune Hotel bergerak ke Pasar Serikin. Sebelom tu sempat singgah ke coffee o corner berdekatan pasar satok untuk sarapan pagi. Pren cuba mee kolok, sedap gak. Rasa seperti megi tulang..Aku seperti biasa nasi lemak dan kami berkongsi roti canai..hahaha...sikit kannn???? makanan disini mmf sedappp...




PASAR SERIKIN


Pasar Serikin terletak bersempadan KALIMANTAN mengambil lebih kurang 1 jam perjalanan dari bandar KUCHING. Pasar disini hanya buka pada hari sabtu dan ahad sahaja. Beruntung la gak, aku dapat peluang pegi ke sini. Sebelom ni tak sampai pon....Kebanyakan peniaga disini berasal dari Indonesia. Macam-macam yang korang nak beli ada disini dari Beg, telekong, baju dan macam-macamlah...
Harga disini boleh ditawar, so pandai-pandai la bajet ok...

Alhamdulillah, cuaca mendung disini..menurut kata di pasar serikin ni cuaca panas lain macam sikit..tu pasal aku dok pakai baju putih...hahahaha


Dari Pasar Serikin, kami sempat singgah ke GUA ANGIN. Mulanya rasa macam nak masuk kedalam, tapi bila dikenangkan berdua sahaja. Kebetulan aku dalam keadaan tidak sihat, so terima kasih je la..hahaha...kata pemandu kami perjalanan di dalam gua angin memakan masa selama setengah jam...nak masuk kena la bayar , dan akan diberi lampu suloh .... tq terima kasih...hahahaha


Sempat singgah di Tasik Biru utk bergambar sahaja...hihihi



PASAR SATOK

Shopping terakhir kami berakhir disini...aku dok carik terubuk ikan masin yang sememang popular di sini.  Pasar Satok disini dibuka selama dua hari iaitu pada hari sabtu dan jumaat ahad. kalau dah berkenan ikan masin yg korang suka, jangan takut bila nak bawa balik coz dorang dok bungkus cantik-cantik...khas untuk hand carry.....cam beg lagi...hahaha.




Alhamdulillah, kesempatan berada di bumi Sarawak, sekurangnya dapat membuka sedikit hati dan minda. Belajar untuk mengetahui sesuatu yang baru untuk diri sendiri. Yang istimewa, Bumi Sarawak masih hijau. Dan rasa bangga dapat menjejak kaki disini untuk kali kedua. Bagi aku, kunjungan kali ini lebih luas dari yang pertama. Banyak tempat yang aku dapat kunjungi kali ni.

Seperti pernah aku kata sebelom ni, aku suka melihat tempat orang lain. Semoga aku diberi peluang utk ketempat yg belum aku kunjungi.

Tengkiyu pren.....HOLIDAY paling best, walaupon kita berdua aje....


~END~










November 25, 2012

:: Malang Tidak Berbau ::

Bukankah MALANG itu TIDAK BERBAU .... benar, memang MALANG itu TIDAK BERBAU...kalau berbau, mungkin kita sudah bersedia untuk mengelak segala bencana yang akan menimpa diri.. Rabu lepas (20/11/2012) my pren eksiden....eksiden melibatkan diri sendiri jew.... Aku rasa eksiden ni dah mcm acara tahunan dia coz tahun lepas pon dia jatuh motor gak..

Alhamdulillah, dia masih dipelihara ... Pren, jatuh motor masa on the way nak pegi keje...boleh la claim socso prennnn....Jatuh motor berdekatan kompleks sukan pandamaran, dia sempat call gurlpren kt opis...ape lagi my gurlpren yg agak cuak muka msa menjawab panggilan yg aku sendiri xtau dari sape, then bagi messenger kat aku ckp boypren eksiden ...huhuhu...terkujat aku, teringat kat arwah....seriau aku dengor pasal eksiden-eksiden ni......



Balik keje aku terus menyusul pren kt HTAR, Klang.... tengok bengkak tu kt bahu......korunk jangan silap plak erk...tu bukan halkum dia...hahahaha


cian ko pren......tu sape kt sebelah?? apek ngan apex...hahaha


pren dapat mc 15 hari....lepas ni kene g kat doktor sakit tulang.....


nampak tak x-ray tu......tulang kt bahu dia ?? huhu....sakitttkan pren....kesian ko...
tapi ALHAMDULILLAH, takde apa-apa yang merisaukan....kecuali menahan kesakitan....huhuhu


tgk tu...gurlpren mithali.....sempat lagi balik tukau baju.....ngok tol...hahahahaha
kesian gak gurlpren.....kene tolak motor lagi.....untong ade awekkk....
hahahahahhaa.....

:: Trip ~ Kuching 2012 ~ Part 3 ::

Hari ke 2 di Kuching betul-betul mencabar kehausan dan kepenatan. Kebanyakan tempat yang kami pergi jaraknya agak jauh dari bandar Kuching...Bukan selalu dapat pergi ye tak. So, kene la sabar, penat atau tak...balik nanti baru kite cite..hahahaha...

KEK LAPIS DAYANG SALHAH

Sempat gak singgah disini, beli pon tak banyak...sebab tau memang xbape nak makan. hahahaha..
aku pilih kek yang lapis yg xberapa nak manis.....sampai ari aku update ni pon...kek lapis ade lagi kt umah... kalau bawak kt opis kompom laku...



JONG's CROCODILE FARM & ZOO

Aku rasa, buaya kt Sarawak ni lebih besar kot dari buaya di tempat lain..Tapi memang betol kot...driver kami pon cakap cenggitu gak. Disini seperti biasa akan dikenakan bayaran RM16 untuk pelancong luar. 

Kalau kad pengenalan korunk lahir di Sarawak, dapatlah murah sikit. Masuk je dah ade macam2 bau..hahahaha..nama pon zoo..tapi cam kurang penjagaan je....ade gak binatang len tapi ade pon mcm xde.....sebab keutamaan disini BOYE....



Kami sampai disini sebelom waktu makan bagi buaya-buaya yg sememangnya lapaaaarrrrr , rakus , ganas ..gerun giler rasanya....kalau aku yang jatuh dalam tu...kompom kenyang boye2 tu...hahahahhaha ..Kalau tak silap waktu makan buaya jam 330 petang. Buaya ni dah pandai, bila sampai je penjaga kat tempat bagi makan tu...si Boye2 semua dah dok rapat-rapat.....Bijak-bijakkkkkk 

Lebih menggerunkan bila sang boye yg tak menyabor nak dapat makan dok langgar bangsal (tempat penjaga tu dok berdiri) yang tak berapa nak kukuh jerk....kot la sang boye dok pakat sedara mara pegi langgar bangsal tu...mauuuu runtuh...huhuhuhu


Cubaan sang boye melompat lebih tinggi dengan badan yg agak besar....memang kesian la nengoknya bila tak dapat menikmati ayam gantung.....aku dok tergelak bile da budak kecik jerit2 dari tempat duduk .. siap cakap "tu bukan ayammmmm...tu khinzir"... hahahaha...adoiyaiiiiii....xkan peha khinzir cam ayam dik oiiiii


KILANG PASU

On the way balik dari menengok sang boye, sempat singgah di Kilang Pasu. Pren mulanya cam nak beli, sib baik la xde pekerja tempat ni nak melayan. Kalu idak kompon dia bawak balik..memberatkan beg je..hahahahah...

Persinggahan kami untuk melihat-lihat saje keadaan sekeliling kilang pasu ni...sambil bergambarrrr...



Balik dari jenjalan, kami dah dapat port yg baik utk lepak sambil menikmati keindahan waterfront..
Nescafe ais, milo......order utama....mmg sodap...
haishhhh...tingin plak nk mkn kat situ....









November 24, 2012

:: Trip ~ KUCHING 2012 ~ Part 2 ::


Kampung Budaya Sarawak
Seawal jam 8 pagi...transport yg aku sewa dah sampai....nak sarapan beriya2 sangat pon tak berani sebab takut nanti nak membuang air besar....so breakfast aku di hotel ala kadar sahaja..Alhamdulillah, sekali lagi cuaca di Kuching baik. Takde la risau sangat, faham-faham jer la....Musim hujan dari Semenanjung bawak ke Sabah dan Sarawak. Risau tetap ada. Doa kami kat sana, kalau nak hujan pon biarlah waktu malam, waktu tidur.......



Harga tiket masuk disini RM60 utk Dewasa (Warga Semenanjung) ...huhu..tak patut...kata 1 Malaysia...
Untuk Sarawakian adalah separuh harga. huhuhu...tak patuttttt lagi....Aku soh driver , Azhar belikan tiket, so...dapat la gak rege RM55....diskonn ....ok la kannnnn


Setiap pembelian tiket akan diberikan pasport. Tujuan pasport ni utk dapatkan cop dari setiap rumah yg bakal dikunjungi...ada la bukti korunk masuk setiap rumah kt dalam tu...
AKU???? tak copp ponn..hahahahha







Dok ambik gamba mamat ni sebenornya...hensem plak....adoiyaiiiii....

Disetiap rumah yang terdapat disini, pengunjung akan dapat melihat aktiviti harian setiap suku kaum .



Kalau dah berkunjung disini, pastikan dapat menonton persembahan kebudayaan untuk kita mengenali tarian tradisi kaum-kaum yang ada di bumi Sarawak...Persembahan selama hampir 45 minit nie,  diadakan 2 kali iaitu pada jam 1130 pg dan  430 ptg. Amat menghiburkan, so jangan lepaskan peluang utk menonton hingga akhir...Lebih2 lagi mata dok memandang penari2 yg hensem n cantik belaka....hahahaha...




Mata dah semakin mengantok....sok2 kita update lagi k....
gud nite...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...