Followers

May 12, 2013

:: Selamat Hari Ibu ::


KEAJAIBAN DALAM HIDUP, ADALAH LAHIR DARI RAHIM MU,
SEORANG WANITA YANG TELAH MEMBERI KAMI CINTA DAN PENGORBANAN,

SELAMAT HARI IBU





:: Cerita PRU # 13 ::

Dah seminggu baru nak bercerita pasal PRU 13... hahahha...ok la kan....tahun ni, kali ke 3 aku mengundi di Sekolah Rendah Kampung Idaman, Pelabuhan Klang. Bangga tau, almaklumla dah masuk kali ke-3 aku mengundi....ada yang 50 tahun ke atas, baru nak mengundi..tapi ok la kan...dah ada kesedaran tuk mengundi....


Aku mengundi di saluran 4, beratur punya ramai...


Balik mengundi, jadi driver kat mak lak.....Mak mengundi kt DUN PANDAMARAN, so terpaksa la hantar ke SRK Tengku Bendahara Azman ..Kalau nak tahu, ni la sekolah aku masa darjah 1 sampai ke darjah 6. Bayangkan dah bape puluh tahun tak menjejak kaki kat sekolah ni...


 Terjumpa abg aku yg sulong plak.....


Depan rumah penuh bendera..



Semua dah tahu keputusan penuh pilihanraya di SELANGOR. 
Masih di bawah pakatan rakyat...Sesiapa pun yang menang, diharap dapat menjaga kemakmuran negeri dan negara.

Akhir Sekali...


 Tolonglah tengok sikit keadaan jalanraya sekitar Kampung Idaman, dah macam naik unta rasanya...Dok lubang sana, sini.....ahaks....

Tengkiyu...Terima Kasih

May 1, 2013

:: Serba Baru ::

Assalammualaikum

Gud Morning semua.. Mood pepagi baik...dok ngadap blog .. elok sgt la tu kan...satu keje pon tak buat hari nie..al maklum la...MOOD BERCUTI.... macam cuti lama sangat.... satu ari je pon....
Dari malam tadi dok mengejas  blog..dari blog header sampai le ke background....

Dan ini la hasilnya....


Blog Header ... tq nukilan gadis kampung ...dok belajar dari blog awk....hihihi...
ok la kan....baru dok belajar nak buat sendiri....


Pejam celik...Kita dah hampir setengah tahun...sekejap je...Bulan depan, 5.6.2013 genap setahun pemergian arwah Raez..rasa seperti semalam je arwah pergi...Arwah ayah pon dah hampir 4 bulan. Semoga roh arwah Ayah dan arwah Raez dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...

Okla.....Selamat bercuti untuk semua. 
Manfaatkan hari cuti bersama keluarga dan insan tersayang.

Dan...

Jangan lupa keluar mengundi 05.05.13 nanti.

Bye.......


April 30, 2013

:: Selamat Hari Pekerja 2013 ::


Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua rakyat MALAYSIA dan PEMBACA BLOG.

"PEKERJA PEMANGKIN TRANSFORMASI NEGARA"


Yang Penting..ESOK CUTI...Yeayyyyyyy!!



April 25, 2013

:: Wabak~Gwiyomi ::

Gwiyomi...fenomena baru selepas Gangnam Style & Harlem Shake (nie aku tak berkenan bebenor). Memula dok dengar anak sedara dok Gwiyomi..Gwiyomi...dgn tgn ape kejadahnya..then soh aku bukak youtube , carik....hahahaha.....baru ler tau...ape mendenye tuhhhh....

Sejak dari tu, bermulalah PARODY untuk lagu ni..paling cute bila tgk artis NORA DANISH baru-baru ni turut melakukan video parody lagu nih....Cute gile...

video
Kita ENJOY.....

April 24, 2013

:: Planning L.A.G.I ::


Tgk muka pren sebelah tu...terbayang muke kapal terbang....hahahahahha...teman sekapal, sebilik, sebantal, segala-galanya lah....tahun ni ada planning tak?? diam sokmo je......Tahun ni, kalau boleh kasi lepas gian satu kali naik flight lagi tau pren.....tahun depan dibekukan...ada plan lagi penting, Insyallah....

Berdua sudah...kalau ramai-ramai , susah plak nak handle...macam-macam hal...Takut gak, kot ada yang tak puas hati dengan apa yang cuba kita buat. Kadang-kadang kita pikir dah buat yang terbaik...Susah untuk kita puaskan hati orang lain. Betul tak..?? Kita bercuti untuk release tension, bukan bagi menambahkan tension...hihihi...apa yg aku merepek ni....

Oklah, dah masa untuk tido...esok keje...hari-hari lambat...tapi takpela, janji datang...hahahaha....

Gud Nite Olls...


April 22, 2013

:: PRU #13 ::

Pilihanraya semakin hampir. Proses penamaan calon sudah diadakan pada 20hb yang lepas. Ini bermakna setiap parti politik yang bertanding diberikan 15 hari BERKEMPEN untuk parti masing-masing sebelum proses pilihanraya yang bakal diadakan pada 5hb Mei 2013.


Untuk yang masih belum menyemak status tempat mengundi , anda bole ke laman web SPR . Caranya mudah sahaja, cuma masukkan no kad pengenalan anda.

Sebagai RAKYAT MALAYSIA yang bertanggungjawab, anda wajib tahu peranan dan tanggungjawab sebagai RAKYAT MALAYSIA. 1 Undi adalah penentu masa depan negara. 
Kesedaran untuk mendaftar sebagai PENGUNDI adalah tanggungjawab sendiri. 

JOM MENGUNDI~Caiyok~Caiyok...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...