Followers

December 15, 2013

:: Kenangan SEMALAM~Dari Sahabat untuk Sahabat ::


Besar Impian . Ingin memiliki seseorang yang betul-betul memahami dan menyayangi diri setulus hati. Besar pengorbanan, sehingga sanggup melakukan apa saja untuk memuaskan hati seseorang tanpa mengira diri sendiri. Tidak pernah mengungkit apa yang dilakukan selama bersama. Hanya satu, agar dia tahu apa yang dilakukan ini, bukti kasih sayang yang tiada tolok bandingan.

Tetapi, kecurangan tetap ada. Bukan 1,2,3,4 tapi ada seterusnya. Setiap apa yang dilakukan seolah Allah SWT memberi tanda. Ada saja petanda yang diterima, hati ini hanya membiarkan sahaja untuk memberi peluang yang entah untuk kali yang keberapa.

Hati sahabat, sampai bila ingin berterusan begini. Untuk apa kita menyimpan perasaan sayang pada orang yang tidak pernah menghargai apa yang telah kita lakukan selama ini. Sampai bila, sahabat ingin terus menipu hati yang sakit dengan setiap perbuatan yang mengguris hati.


Selembut-lembut hati wanita, sampai masanya akan KERAS bila sampai waktu dan ketika.
Dan diingatkan, jangan sesekali kau datang berpaling seperti lelaki yang kurang waras,
menceritakan kekurangan si bunga baru dengan diri sahabatku. Apa yang kau dapat kini, adalah cermin keperibadian dirimu. Sekarang kau nikmatilah kehidupanmu bersama seseorang yang kau katakan tidak seperti sahabatku. 

Si bunga baru, ambillah dia. Sejujurnya sahabatku terlepas dari seseorang yang amat menjengkelkan.
Lelaki yang setia mencari sesuatu yang baru tanpa memikirkan hati yang perlu dijaga.
Kuatkanlah hatimu seperti sahabatku. 
Semoga bahagia ada bersama kamu.


P/s :: Untuk stalker ... TQ berjaya skodeng blog aku ... tak perlu nak cari sangat sape dia, kalau ko nak tau ... dia tak pernah nak mencari dan mengenali siapa diri ko .. Takde apa yang nak dikesalkan,  Alhamdulillah , dia terlepas dari seseorang yang huhhhhhhhh! Tolong nasihat pada lelaki tu, jangan cuba menghubungi dia, memujuk semula untuk bersama... Belajar untuk menerima kegagalan dari sikap buruk dia sendiri.
Peace!

:: Short Trip ~ Nilai Springs Golf Club & Resort Hotel ::


Asalammualaikum..
Selamat pagi. Live update dari Nilai.
Dok dalam bilik menahan kesejukan membuatkan aku masuk toilet tanpa segan..hahahahaha
Short trip bersama adik n family, sponsored by adik ipar ke Nilai Spring.

Dalam hati dok counting days...SHeram lai aii kan...
Semoga dipermudahkan segala urusan kami..
Ape-ape pon....

Kita ENJOYYYYYYY dulu....





December 2, 2013

:: SweetSmiles #3 yrs ::

'


Diam-diam dah masuk 3 tahun blog ni. Yang sedihnya, hari ni baru aku sedor...hahahahaha...
Ape punya tuan tanah la kannnn..Tu bermakna Tuan Tanah semakin bz dengan urusan-urusan diluar.
Rasa bangga dengan blog ni, sebab ada gak yang bertanya...ini blog baru aku ke?
Penat lak menjawab....TIDAK..

Ni la blog yang aku tatap, aku luahkan segala tentang kehidupan aku selama 3 tahun dialam maya.
Wahhhh ... hebat ayat....hahahaha

Alhamdulillah, tabung nuffnang aku pon semakin masyuk..
Biar banyak sikit. Sampai masa kite kuarkan....

Doa dan harapan aku pada Blog ni, agar ia tetap menjadi antara sahabat setia pada diri ini, tempat meluahkan segala tentang susah senang kehidupanku. Semoga blog ini menjadi teman rujukan pada follower yang setia datang bertandang.

Happy Birthday "SweetSmiles"

December 1, 2013

:: D.I.Y Project #1:: Engagement Dais ::

Assalammualaikum..
Dah masuk bulan Disember, seram sojuk lai aiii.....
Preparation untuk hari yang ditunggu....

Ekceli dah banyak aku buat bersama my pren...
Hasil idea bersama...harap-harap tidak menghampakan...
Janji puas hati...ye takkk...


Terjumpa lak yang sama dengan ilham kami....hahahah
Ilham la sangat kannnn



Tengoklah hasilnya nanti...
Kerja keras kami selama beberapa hari kat opis...
Curik masa lunch untuk mengadap benda nie...
Done!

Allhamdulillah....




:: Baru, Baru dan Baru ::


Bulan terakhir 2013, teringin lak nak wat header baru...
Sekali dah tukar, kira azam baru la ni...sebelum tahun 2014.. ye tak??
Harap-harap lepas ni rajin la jejari temban ni menghapdet..
Okla...

Gud Nite semua..

Salam Hari Pertama di Bulan DISEMBER ...

November 30, 2013

:: Sepi Sekejap ::

Salam semua,
Lama dah menyepi kat sini....hampir berabuk kot blog ni..hihiihi
Sepi sekejap kerana kebizian melanda diri.
Alhamdulillah, sekarang sedang menghitung hari, bakal dirisik seseorang yang disayangi.
Insyallah, diharap followers semua dapat mendoakan agar segalanya dipermudahkan oleh NYA.

Macam-macam aktiviti yang dibuat selama dok sepi ni. Semalam, sempat buat suprise party untuk hari lahir mak yang ke 62 tahun. Tiada apa yang diharapkan selain dari mendoakan Mak dikurniakan umur yg panjang, kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kebahagiaan didunia dan akhirat.


Kek dan pulut kuning ni akak ipar yang buat.
Sodap... hadiah dari menantu untuk mentua..hahaha




Mak dengan cucu-cucu kesayangan......

Nak share dengan korang semua, kek bawah ni hasil kerja tangan IzzBizz Cakes
Projek dengan kawan...

Sesape yang nak teringin nak order , khususnya yang duduk di area Port Klang, Pandamaran, Bandar Putera, Bandar Puteri, Klang, Shah Alam atau yang berdekatan boleh la contact kami.









November 17, 2013

:: Selamat Hari Lahir S.A.H.A.B.A.T ::


Ucapan khas untuk seorang Sahabatku Nor Faizah @ pae, Selamat Hari Lahir, Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat, Insyallah..

Mengenalimu, sebagai seorang SAHABAT yang setia bersama disaat sukar dan senang. Terima Kasih menjadi SAHABAT yang sedia mendengar keluhan rasa hati, yang sememangnya ada masa menyakiti hati. Semoga ikatan persahabatan kita kekal sehingga akhir nyawa. 

Kami mengenali sejak Sekolah Menengah lagi. Kebetulan kami satu kelas masa tingakatan 4 dan 5. 
Mungkin keserasian yang kami ada, menyebabkan dia antara salah satu SAHABAT yang paling rapat dihati.

18 November, bertambah lagi USIAMU.....

"HAPPY BIRTHDAY PREN"...







October 19, 2013

:: AidilAdha 2013 ::

Assalammualaikum...

Baru berkesempatan nak update malam ni..bukan takde mood..tapi kebizian melanda...
Sebelum tu, nak ucapkan Salam Aidiladha untuk semua follower...
Maaf, terlewat sedikit..takpe kot.....

Ni yang nak cerita nih....tahun ni agak meriah sikit sambutan Aidiladha...seperti biasa, masak sekadar makan-makan untuk sekeluarga...tapi mengalahkan raya pose..hahaha..
Dalam pada tu, teringat arwah ayah..kalau arwah masih ada, tentu ayah yang mula merancang nak membeli apa yang nak dimasak tuk raya nih...

Kalau korang terus layan gambar kat bawah ni, kompom terkeliur kot...hahahaha..
Masak dari petang senin sampai pagi esoknya...masih masak...masak..dan masak...

Juadah tuk kali ni...
1. Nasi Impit
2. Ketupat
3. Rendang ayam pencen
4. Ayam masak merah
5. Jelatah (timun & nenas)
6. Nasi beriyani
7. Kuah Kacang
8. Kuah Lodeh

Meriah tak....????? amik ko......dah macam open house kat umah..
Kebetulan my uncle yang sejak dari raya pose tak berkesempatan nak datang beraya, kali ni dapat join sekali menikmati juadah yang.........betul-betul mengorbankan diet...hahaha




 Ketupat ni..akulah yang menganyam....(leh caya ke).. hahahha

Nasi Beriyani..



Ayam masak merah & Jelatah...

Rendang ayam pencen....mavelesssss..


My sister dok masak nasi...

Pakteh & Family....






October 10, 2013

:: Ku terima Walau Shakiittt ati ::


'
Selamat petang semua....
Best kan layan lagu nih...Lirik dia kompom ada makna..takkan buta-buta buat lagu ye tak??

Bukan senang nak mencari pasangan yang jujur mencintai kita. 
Bukan senang nak mencari orang yang menghargai apa yang kita buat untuk dia.
Bukan senang untuk kita membuat keputusan meninggalkan orang yang kita sayang.
Dan...itulah hakikatnya..

Bukan sesuatu yang mudah untuk kita melupakan seseorang sekelip mata.
Untuk anda yang pernah disakiti, bangkitlah...kumpulkan kekuatan dan buktikan padanya
Anda masih bertemu bahagia walaupun tidak bersama dia.
Insyallah, langkah yang anda ambil itu adalah yang terbaik untuk diri sendiri.

"Ku terima..Walau sakit hati "

Untuk seorang sahabat....



October 9, 2013

:: Aktiviti M.A.K.A.N ::


Assalammualaikum ..

Demam-demam ni asyik teringat makan je....Ari ni satu hari dok kat umah MC. 
Uiks...kompom la MC panel coz batuk, sakit tekak, selsema lagi...Ingat senang ke nak berlakon jadi orang sakit ni (hahahahah) ...

Cite pasal makan, kalau kat opis ... awal-awal gaji ni memang tengah kayo la kan...Kompom sunyi sepi sebab semuanya kuar g makan..Tapi , kalau ujung bulan...faham-faham sendiri la ye....memandangkan ada orang nak belanja, berbesar hati kami keluar bersama...belanja ke?? hahahah....takpe orang tertentu je tau...

Berebut 


Sukanye diaaa....

Amik ko...licin

Selalunya jugak, kami buat Pot Luck kat opis....tapi ikut kerajinan masing-masing...Kalau aku, memang beli la nampaknye..senang...menjimatkan masa dan tenaga..yang nak makan pon bape kerat sangat....beli sudah...ye tak??

Tapi paling best, kalau si dak opis aku (aiza) wat bubur nasi..memang sodap...
selalu gak request dia buat benda tu...tapi kene la hulur-hulur duit...ye tak?
takkan nak makan free je...untong la....kesian dia kene bangun pagi-pagi...

Ayam masak Merah

Macaroni goreng

Pencuci mulut pon ado....


Ok la kan...sederhana.. tak membazir...yang penting kualiti masa bersama..Bohsan tu asyik mengadap keje je...sekali-sekala kena la wat aktiviti camni tuk merapatkan silaturrahim...



October 8, 2013

:: 1st Giveaway by Miss Fluffy ::



Click picture..



Pemenang akan dipilih melalui random.org
Giveaway ini akan tamat pada 27 Oktober 2013. Good luck kawan!! :)



October 3, 2013

:: Trip ~ Langkawi ~ Part 4 ::

Tak abis-abis cite LANGKAWI...jenoh nak penghabihkan cite....banyak bebenor gambar yang nak dikongsi kat sini..Jangan bohsan okay...Kita berkongsi cite, senang pada korang yang nak pergi bershopping bagai kat Langkawi ni..

Hari ke 3, lepas breakfast .. dah attack kedai belakang hotel (RAMS Home decor)..
Ramai kt umah dok kirim beli magic pan. Lepas survery dari beberapa kedai yang terpilih, mak pilih untuk membeli 5 pcs kat sini dengan harga RM95, jenama New Age (cam gambar bawah ni) ...



Staff Rams tengah wat repacking untuk 7 pcs magic pan yang mak & my pren beli....
Tapi sampai hari ni, dalam kotak lagi duduknya...belum ada kesempatan nak mencuba...hahaha..takpe, nanti kita share kat sini...okay



Seperti hari sebelum ni, kami kuar dari hotel awal pagi dan balik semula hampir tengah malam. 
Memang puas gila berjalan kat langkawi, sampai takde tempat yang nak dituju lagi...hahahaha...
kecik je kan...pusing-pusing kat situ gak...

Kalau ke Langkawi , tak sah la kalau tidak membeli Minyak gamat...ye takk??




Sebelum balik hotel, kami makan besar kat Restoran Nelayan 2, Bukit Malut. Pren yang dok cakap makan kat sini best...tapi....Hampeh.....huhuhuu....




Senyum LAPAR

Tomyam campur, Kangkung belacan, pari bakar, ketam black paper,
sotong goreng tepung yg hangit...hahaha

Rasa tak leh lawan JOM IKAN BAKAR....


Memang menghampakan...tapi dah lapar, kasi belasah suda..
semua sekali RM140. 1st time aku kene paksa makan sampai abis...
Tak terlarat rasanya......huhuhuuhu...


Hari terakhir sebelum balik...ni diaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Hasil tangkapan kami....
"KAYAP"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...