Besar Impian . Ingin memiliki seseorang yang betul-betul memahami dan menyayangi diri setulus hati. Besar pengorbanan, sehingga sanggup melakukan apa saja untuk memuaskan hati seseorang tanpa mengira diri sendiri. Tidak pernah mengungkit apa yang dilakukan selama bersama. Hanya satu, agar dia tahu apa yang dilakukan ini, bukti kasih sayang yang tiada tolok bandingan.
Tetapi, kecurangan tetap ada. Bukan 1,2,3,4 tapi ada seterusnya. Setiap apa yang dilakukan seolah Allah SWT memberi tanda. Ada saja petanda yang diterima, hati ini hanya membiarkan sahaja untuk memberi peluang yang entah untuk kali yang keberapa.
Hati sahabat, sampai bila ingin berterusan begini. Untuk apa kita menyimpan perasaan sayang pada orang yang tidak pernah menghargai apa yang telah kita lakukan selama ini. Sampai bila, sahabat ingin terus menipu hati yang sakit dengan setiap perbuatan yang mengguris hati.
Selembut-lembut hati wanita, sampai masanya akan KERAS bila sampai waktu dan ketika.
Dan diingatkan, jangan sesekali kau datang berpaling seperti lelaki yang kurang waras,
menceritakan kekurangan si bunga baru dengan diri sahabatku. Apa yang kau dapat kini, adalah cermin keperibadian dirimu. Sekarang kau nikmatilah kehidupanmu bersama seseorang yang kau katakan tidak seperti sahabatku.
Si bunga baru, ambillah dia. Sejujurnya sahabatku terlepas dari seseorang yang amat menjengkelkan.
Lelaki yang setia mencari sesuatu yang baru tanpa memikirkan hati yang perlu dijaga.
Kuatkanlah hatimu seperti sahabatku.
Semoga bahagia ada bersama kamu.
P/s :: Untuk stalker ... TQ berjaya skodeng blog aku ... tak perlu nak cari sangat sape dia, kalau ko nak tau ... dia tak pernah nak mencari dan mengenali siapa diri ko .. Takde apa yang nak dikesalkan, Alhamdulillah , dia terlepas dari seseorang yang huhhhhhhhh! Tolong nasihat pada lelaki tu, jangan cuba menghubungi dia, memujuk semula untuk bersama... Belajar untuk menerima kegagalan dari sikap buruk dia sendiri.
Peace!
No comments:
Post a Comment