Followers

June 25, 2011

::Juara Maharajalawak SEPAH::




Tahniah kumpulan Sepah....mmg lawak dorunk terbaikkkkkk tadi...tak sia2 aku pegi...

June 23, 2011

::Hepi Besday My Best Pren::


Nak tau camne aku kenal ppuan ni..?? lama dah rasanya sejak thn 1992....sblom tu kami ni g sekolah satu bas..walaupon dulu skolah rendah x sama..tp bas ttp sama "ISMAIL DOL" hihihi..naik form1...aku sekolah kt SMP Raja Zarina, Port Klang..1st day aku masuk, ppuan ni tak dtg...mmg muka ponteng..sbenarnya aku ni dari sekolah lain...seminggu lewat je masuk SMPRZ.....terpikir gak...sape la yg duk sebelah aku ni..baru seminggu sekolah dah ponteng monteng...hahahaha..Esoknya, dia dtg..sekali pandang..MAKKKK Aiiiii...(dlm hati "satu bas ni")..sejak dari tu...aku berdua cam xleh dipisahkan....sampai cikgu pon leh gelarkan kami ROMEO n JULIET....hehehhe..tu kisah zaman sekolah.

Kalau orang lain lepas sekolah lost contact dgn kwn2...tp aku dgn dia xpnah lagi rasa camtu...dulu mane da internet menet ni...hp jauh sekali....nak kuar naik bas aje....malas la pulak....tiap2 thn antar kad raya...sampai naik jemu..tu lom lagi kisah bg surat...hahaha...sampai satu masa, dia boleh plak interview kat tmpt keje aku...so dah rapat menjadi jamu perapat..hahahahha....masa ni dia keje bawah aku...tp sekarang sudah terbalik...aku lak keje kt tmpt dia...bawah dia lak..hahahahhaa..
Tu la citer serba sedikit pasal my prenn nih......Tiba2 rasa baik lak nak citer pasal dia lebey2...

Tu sume intro aku jeer....sebenarnya,esok 24.06.2011..tarikh keramat setiap tahun tuk dia...so dgn rasa hepi gembira aku nk ucapkan SELAMAT HARI LAHIR yg KE ?? hahaha..tak kisah la yg keberapa sekali pon..

"Happy Birthday Pren, semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki, dipertemukan jodoh dgn insan yang boleh membahagiakan ko..walaupun aku naik jelak tgk muke ko dari dulu, dari sekolah sampai keje...ko x abis2 ada depan muke aku...kekadang webcam kt umah lagi....mmg nak kuar muntah hijo rasanya..lom lagi citer perangai ko yg kekadang menjengkelkan aku...hahahahhaa...sebaik2 perangai ko atau seburuk2 perangai ko pren.......Aku ttp sayang ko dunia akhirat...harap kite ttp berkongsi segalanya ....walaupon aku mmg confirm nak kata kat sini...aku BOSAN dgn muke ko...hahahha.....Luv U , Maria Syuhairah Hawa........







"Friendship 4 ever"

June 21, 2011

::Pengacara Imam Muda Cedera::

Pengacara Imam Muda Cedera, Kereta Langgar Lori


 Pengacara Imam Muda musim kedua (IM2), Dzulkarnain Hamzah atau ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, ustaz Dzul mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori kelapa sawit. meh kite baca mstar online

::KL Gangster~Lepasi RM10 Juta::

KL Gangster Cecah RM10.3 Juta, Yusof Akur Idea Syamsul



Kejayaan KL Gangster sebagai filem Melayu paling tinggi mengutip sebanyak RM10.3 juta selepas 10 hari ditayangkan di 80 buah pawagam seluruh negara sejak 9 Jun lalu amat membuka mata banyak pihak.
Pengarah Urusan Skop Production dan penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam, akur dengan idea anaknya Syamsul selaku pengarah filem itu walaupun sebelum ini mereka selalu bertelingkah pendapat.  meh sambung baca mstar online

"Tahniah...Filem Melayu Pertama melepasi sasaran RM10 juta....sib baik x kalahkan filem 2 alam (RM40juta)...hahahha"

::Siapa Nak Jadi Bakal Ister Iqram::

Iqram Dinzley
KUALA LUMPUR: Pelakon Iqram Dinzley sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan memberi tempoh kepada dirinya dalam masa dua bulan untuk mendapatkan calon isteri yang sesuai.
Kata Iqram, sudah tiba masanya untuk dia memberi komitmen membina sebuah keluarga dan jika gagal menemui calon yang sesuai, dia akan menyerahkan tugas 'pencarian' itu kepada ibunya. meh sambung baca mstar

June 20, 2011

::45th Besday::




For My lovely sistaaaa "ShamSiah Shamsudin" Selamat Menyambut Hari Lahir
Semoga dipanjangkan umur Dimurahkan Rezeki Dipermudahkan Hidup Dunia Akhirat..
Tuo Kau Kak.....hahahahahah...
meh pilih kek kat bawah ni.....jgn rebut2 dgn yana lak.....






::Terima Kasih Teman::

Terima Kasih Teman...tanpa teman siapa la aku....aku syg korang semua...utk all my pren Maria, Pae, Yatie , Norzie dan semua yg  mengenali diri aku...Terima Kasih atas segalanya..(cam wat ucapan apew jew..hahaha)



Kesuraman malam ku bagai tiada berbintang
Kerana kesepian tiada berteman
Kemanakah hilangya kejujuranmu insan.. adakah hanya diwaktu keriangan

Punah sudah segala kepercayaan
Terhadap insan yang ku gelarkan teman
Aku tidak mahu lagi diriku dipermainkan
Oleh janji yang tak ditepatkan

Tapi kini kecurigaanku berakhir
Kau hadir di waktu aku memerlukan ketenangan
Walau di mana saja kau berada
Kau pasti tetap bersama sepanjang masa
Kau beriku kekuatan dan keyakinan
Untuk tabah menghadapi masa hadapan

Biarpun kita berlainan pandangan
Ku kira itu tidak menjadi halangan
Asalkan kita jujur sesama insan
Kebahagiaan pasti berpanjangan
Terima kasih duhai teman..


::Tantekk Takk::

Sesekali nak gak nampak blog ni bertukar wajah....hihihi..amacam...cantik tak??? kalu cantik kasi angguk korunknya kepala...hahahahha...lps dah berwajah baru..baru da semangat nk happpdettt....hihii....blog pon kene ikut mood yg tengah berbunga2 nih....hahahaha...

June 19, 2011

::Semalam::

Dah lama tak masuk class vocal 3 jam...semalam baru berkesempatan...berhempas pulas "menyumbangkan lagu"..hahaha.....balik dari class....xtau nak g mane...lepak kt I-City Shah Alam....hahahahaha...nk gelak beso la jap...dok dekat area Klang...tp x penah nyinggah pon....da arr skali mgu lepas dgn abe cyg...tu pon dah kul bape.......xdpt nk masuk dlm...smlm dgn my pren...wat2 la cam owg luar 1st time dtg sana....x sangka la Hot Fm da wt konsert mende ntah.....masa smpai tu, kumpulan Hujan tgh perform...wahhhhh best bangat tuhh...paling best dok beratur nk dapatkan air lipton...hihi.....2x kitorunk beratur gara2 nk dptkan botol air dia.....jom kasi layan..... 











June 14, 2011

::Akulah Kekasihmu::



MooD CinTan CinTun Minggu Nih....Ermmmmmmmmmm

::Bila Cerita Soal Hati::






Bila Cerita Soal Hati....mcm serius je bunyinya kan..mungkin ia..mungkin tidak..bile bercerita soal hati, semua akan perkatakan hal-hal berkaitan cinta..Ermmmm....rumit tul masalah kt sini..masalah sape?? masalah aku...hihihi....mungkin masalah semua orang yg sedang hangat cintan cintun ni..


Harap permulaan satu hubungan yg baru akan lebih baik...Hubungan sape??? Hubungan aku?? hihihi...mungkin hubungan semua orang....Doakan yang terbaik utk aku...dan aku doakan terbaik utk semua sahabatku..


Semoga hari yang indah ini akan terus berpanjangan sampai detik waktunya...hari indah sape?? aku?? mungkin hari utk semua .....Gud nite all my prenss.......



June 13, 2011

::Jangan Menangis Sayang::



Tiba-tiba leh suka lagu nihh...huhuhuuhu...Our 1st Duet....mmg mantoppppp!!!

June 11, 2011

::Nasi Lemak Kopi O::

Assalammualaikum

Selamat pagi semua......pagi2 bangun xpernah nak mengadap rancangan TV9 "Nasi Lemak Kopi O"..tp pagi ni..disebabkan terdengar dari dapur dorunk nyanyi lagu Tan Sri P.Ramlee n ada sketsa dari filem2 beliau, terus aku dok ngadap japp.......Yang bestnya, pengacara lelaki dia...hahahahha...gelak beso lak pagi2 nih...

Pengacara yg tak kuketahui sapa namanya bergandingan dgn Sharifah Nur kot...sbb ternampak nama dia tadi...dok wat segmen pasal Tan Sri P.Ramlee..Yg x bestnya, pengacara lelaki ni cam xpernah tau pasal P.RAMLEE....heheh..tajuk lagu Bunyi Gitar pon tak tau...leh lak tanye kat musician yg main kan lagu tu diawal rancangan....lps tu tersalah sebut pasal watak Sarimah dlm filem Ali Baba Bujang Lapok (MARJINAH) sudah tukarrr jd MARKONAH......hahahahahhahhaa....ape arrr....nampak sgt tak tau....len kali wat la research sikit...filem P.Ramlee dok tayang leh katakan setiap minggu.......buwekkk maluuuuuu yer.....

June 9, 2011

::Akhirnya...GAMBIT MOHON MAAF::


KUALA LUMPUR: “Sekiranya saya melakukan kesalahan, saya mohon maaf,” kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang menimbulkan kontroversi kerana aksi mengghairahkan dalam klip terbabit.
Dia juga menjelaskan tidak berniat untuk memaki hamun peminat, blogger atau sesiapa pun dalam laman sosialnya mengenai isu berkenaan.

“Semua yang berlaku itu adalah salah faham kerana ‘bukan peminat’ yang menghuru-harakan keadaan dengan menyampaikan fitnah kepada blogger kononnya saya yang memaki hamun mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, dia hanya membalas kritikan bukan peminat yang tidak habis-habis mengkritik dirinya hingga membuatkanya rimas. Dia berkata, kini lebih 5,000 komen diterima daripada pengguna facebook yang melahirkan rasa tidak berpuas hati kepadanya termasuk daripada bukan peminat yang menghentamnya di paparan peminat laman sosial terbabit.

“Saya kesal menerima maki- hamun yang turut membabitkan ibu bapa dan percaya semua yang berlaku itu bertujuan menjatuhkan reputasi,” katanyajom baca metro


Berhati2 la lps ni....ini bukan AMMMMMAAAAAAREEEEEEKAAAAA!!

::BILA ASTRO NAIK HARGA::



Persatuan Pengguna Ancam Boikot Astro Bantah Kenaikan Caj Langganan
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengancam akan menggerakkan usaha memboikot Astro ekoran langkah stesen televisyen berbayar itu untuk menaikkan caj langganan mulai Julai ini.
Sambil menyifatkan kenaikan itu sebagai membebankan pengguna, Penasihat PPIM Tengku Azwil Tengku Abdul Razak meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyiasat apa yang dinamakan oleh Astro itu sebagai "penyelarasan caj langganan" yang baru.
Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa sebagai pengendali stesen televisyen berbayar eksklusif di negara ini, Astro tidak sepatutnya mengenakan caj tambahan ketika rakyat dibebani kenaikan harga barangan.  mstar


Tak cukup dgn kenaikan harga barang..astro lak nak join sekali naik rege...huhuhu...agak2 arr..dah ler rege skrg tinggi bebenorr....nak boikot...kesian lak ayah aku...tak merasa lak dia nk nengok CHONG WEI..huhuhu..

::SELAMAT MALAM::

Hai...Dah mlm2 ni tak gheti2 nk tido ke?? masih da masa lagi nk layan blog....hahahaha..bkn blog jew...fb pon sama...tu lum lg yg len2....sib baik ni jew aku aktif..kan byk2 beno x terlayan lak...sape nk jwb.......lain la kalu ada "H.A a.k.a Hambi Abdi" tlg ....hihihi

Nak citer lebey malam2 ni pon rasa x best jew kan....sume dah tido...confirm yg kuar air liuq basi menjejeh2....hahaha..x sodarr.....iyer ar, aku paham...sume penat...siang keje..yg mlm pon kene keje...tu lom citer lagi dikerjakan......ermm....semakin merepek lak malam2 ni......alamattttt suh tido arrr tu.........

Ok ar......SELAMAT MALAM sume....khas utk ::NANO:: .jgn bosan malam2...xbaik utk kesihatan......ADIOS.....

June 8, 2011

::Rahsia Bulan Kelahiran:June::

JUN

  • berfikiran jauh dan berwawasan
  • mudah ditawan kerana sikap baik
  • perangai lemah lembut
  • mudah berubah sikap, sangat banyak idea
  • bersikap sensitif
  • otak sentiasa aktif berfikir
  • sukar melakukan sesuatu dengan segera alias suka menanguh-nangguh
  • sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
  • cepat marah dan cepat sejuk
  • suka bercakap dan berdebat
  • suka buat lawak dan bergurau
  • otak cerdas dan berangan-rangan
  • mudah dan pandai berkawan
  • orangnya sangat tertib
  • pandai mempamerkan sikap
  • mudah kecil hati
  • mudah terkena selesema
  • suka berkemas
  • cepat rasa bosan
  • kurang pamerkan perasaan
  • lamabt sembuh bila terluka hati
  • suka barangan berjenama
  • mudah jadi eksekutif
  • kedegilan yang tidak terkawal
  • siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

June 2, 2011

::Gambit...oh Gambit::

Gambit Perjelas Arah Klip Video Unsur Lucah
Gambit Saifullah
PETALING JAYA: Pengarah klip video Marilah, nyanyian Prema Yin iaitu Gambit Saifullah menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak.
Malah menurutnya, klip video yang menggandingkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap 'biasa'.
"Saya tidak rasa ia menjadi kontroversi kerana saya hanya menampilkan adegan pasangan suami isteri yang sudah kehilangan cinta dan mempunyai ego masing-masing.
"Saya rasa ia tidaklah terlalu teruk, mungkin ia menjadi kontroversi disebabkan saya dan Shahz Jaszle terlibat dalam klip video ini," ujarnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.


Kalau nak bawak video ni ketahap mana sekali pon...sensitiviti masyarakat kene la jaga gak.....berpijak la di bumi yg nyata....kalau camtu punyer video pon masih dikatakan tidak lucah....yg betol2 lucah camne lakk?????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...