Followers

January 19, 2013

:: Al-Fatihah ~ Ayah ::

Assalammualaikum

Selamat petang semua. Dah lama tak hapdet blog. Banyak cerita yang dikumpulkan, rasa nak diluahkan hari ni...cuma masa dan keadaan yg seakan-akan menghalang. Takpelah kan, insyallah...kita hapdet sikit-sikit pon boleh..ye tak...

Penghujung 2012, sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Hari yang sepatutnya aku pergi bercuti, bertukar menjadi saat paling memilukan dalam diri ni. Pagi sabtu 29 Disember 2012, ayah dimasukkan ke hospital sebab sesak nafas. Sebelum ni , aku pernah bagitau pasal ayah akan buat dialisis buah pinggang. Tapi saat dimasukkan ke hospital (Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang)  keadaan buah pinggang ayah dan semakin kritikal. Bayangkan perasaan mak , adik & aku waktu doktor hanya memberikan dua pilihan samada ayah akan ditebuk dileher, bagi membolehkan proses dialisis dilakukan yg hanya  10% peluang utk berjaya ATAU hanya diberi ubat penenang (dilihat seakan-akan tidur) sehingga menunggu saat utk PERGI.


Aku dah tak tau nak berkata-kata, hanya air mata ni je yang boleh menjawab segala pertanyaan doktor yang  memberikan masa tak sampai 10 minit untuk kami adik beradik berbincang demi nyawa seorang yg bergelar AYAH. Akhirnya, kami adik beradik meneruskan proses dialisis, yang mungkin ikhtiar kami yang terakhir utk ayah. Alhamdulillah, semua berlaku dalam keadaan baik walaupon kami faham setiap risiko yang bakal kami hadapi setiap kali proses rawatan dilakukan. Sekurangnya ikhtiar itu masih ada. Selama 3 malam , ayah dirawat di ICU, aku dan mak dah menganggap ruang menunggu sebagai rumah kedua kami. Alhamdulillah, dari hari pertama ayah di HTAR , saudara mara, jiran dan sahabat terdekat tidak putus-putus datang menziarahi. Setelah 2 malam berturut-turut dialisis dilakukan, ayah ada menunjukkan respon yang baik walaupon dia masih dalam keadaan lemah. Bayangkan, tangan ayah diikat ditepi katil. Untuk mengelakkan tangan dari mencabut segala wayar dan tiub yang berada didalam mulut sehingga dipindahkan ke wad biasa pada hari yang ke 4.


Hari ke 4, di wad biasa, ayah dah mula sedar sepenuhnya tapi masih dlm keadaan lemah. Proses dialisis dilakukan sekali lagi utk jangka masa 2jam. Akhir sekali, doktor mengesahkan ayah tidak boleh melakukan dialisis kerana keadaan antibodi yang amat lemah dan jika dilakukan hanya boleh menyakitkan. Akhirnya, 3 Januari 2013 kami sepakat membawa ayah keluar dari HTAR, kerana kami sedar tiada apa yang boleh dilakukan. Dari hanya memberi ubat penenang sekali lagi, kami membawa ayah balik dengan perasaan yang sukar untuk digambarkan. Rumah kami sekali lagi penuh dengan kedatangan saudara mara, sahabat handai dan jiran-jiran. Usaha kami membantu ayah tetap diteruskan, setiap detik dan setiap malam bacaan yassin dan Al-Quran tidak pernah putus. Hari terakhir, ayah menujukkan respon yang amat positif seakan-akan dia akan terus sihat seperti dulu. Tapi bagi aku, seakan menidakkan apa yang aku nampak ketika itu. Hati ni semakin tidak keruan. Mungkin disebabkan sudah ada tanda-tanda ayah akan pergi.

Akhirnya, ayah menghembuskan nafas pada hari Rabu, 9 Januari 2013, pada jam 0130 pagi disaat aku dan adik membaca surah yassin yang kali ini diajar oleh mak berhenti disetiap perkataan "MUBIN" dan berdoa .......

Semoga Allah Menyembuhkan Penyakit Ayah
Semoga Allah meringankan BEBAN Ayah
Di ampunkan Segala Dosa-Dosa Ayah
Sekiranya Allah ingin mengambil ayah ku, Kami REDHA.....

Alhamdulillah, ayah pergi dihadapan kami dalam keadaan yang amat tenang. Kami juga melihat sakaratul maut berlaku dihadapan kami dengan amat jelas. Bergerak dari bawah, sehingga keluar melalui ubun kepala.

Ya Allah, Besar sungguh kekuasaanmu. Sungguh Jelas dihadapan kami.

Arwah ayah meninggalkan aku seminggu sebelum ulangtahun kelahiranku yang ke 34 tahun.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH ARWAH AYAH
DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

AL-FATIHAH
TN. HAJI HUSIN BIN  HAJI IBRAHIM
03.11.1941 ~ 09.01.2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...