Followers

March 31, 2013

::My Cerita ::

Assalammualaikum....

Panas terik cuaca petang ni..Panas SEHANGAT API... nak hujan kot kat luar tu.. SEHANGAT hati dalam diri..hahahaha..ayat petang2 tak menahan...Hati sekarang dok berbunga-bunga...Alhamdulillah, diketemukan dengan SESEORANG..

Alhamdulillah, hidup yang kosong kini terisi  kembali...tiada apa yang aku mahukan..selain dipermudahkan segala urusan hati. Yang pergi tetap dihati...Insyallah, kekal dihati untuk selamanya walaupon diri sudah ada pengganti. Arwah tetap kenangan terindah dalam hidup ni...Sehingga kini, hubungan aku dengan family arwah masih kuat. Perginya DIA, tidak menjarakkan hubungan antara kami malah mendekatkan lagi. Antara aku dan family arwah seperti hubungan keluarga. Mak , Abah tetap tiez anggap seperti keluarga kandung...


Terima kasih AWAK...






March 27, 2013

:: Hang Out Wif Sista n Niece ::


Dah lama tak kuar dgn adik, akak n anak sedaraku....Kata sepakat nak pegi ke MATTA Fair, tapi memandangkan jalan JAMMED gila....melencong ke tempat lain....kami buat TUDUNG FAIR plak...hahaha


Muka happy....nak g jejalan erk...MEMBUANG DUIT...hahahaha..
Rombongan Cik Jah Ke KOLUMPOR


SOGO cam biasa SALE memanjang....tengok tu, my sista.....rambang bijik mate...
tu belom cite pasal tudung lagi


Kan dah ku cakap tadi...dia pembeli paling SETIA...macam tak cukup-cukup tudung...
sume nak dibeli..hahahaha




Akak dok pikir nak beli ke idak ??? hahahaha.... 

:: BL1M~Bantuan Lesen 1 Malaysia ::

Bantuan lesen 1 Malaysia...hari ni aku ada dapat email dari BL1M mengenai tempat kursus yang akan diadakan pada 31.03.13. Untuk pengetahuan semua ini bukan untuk aku, tapi untuk anak saudara. Aku kan makcik yang baik...sponsor anak sedara plak .....kan..kan..kan...sape yg nak soh aku sponsor....mehhhhhhhh...tapi sorry la.....tarikh pendaftaran dah tamat.

Untuk sesiapa yang telah mendaftar dan telah membuat pembayaran RM199, anda boleh menyemak status terkini dari masa ke semasa di www.myeg.com.my atau bl1m.my . Anda cuma perlu masukkan no kad pengenalan sahaja dan maklumat akan tertera seperti dibawah.

Sekian. Terima Kasih. Tengkiyu.....



March 22, 2013

:: Umrah~Paklong ::


Selamat Pergi dan Selamat Kembali utk Paklong yang sekarang berada di Tanah Suci utk mengerjakan ibadah UMRAH dari 13.03.2013 hingga 28.03.2013.




Bergambar je kejenya....hahahaha...acara wajib plak...kan kann kannnnnn??


Paklong tak selera makan, katanya KENYANG ... Hati dah sampai kt sana katanya...



March 16, 2013

:: Keputusan SPM 2012 ::


 


Keputusan peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2012 akan diumumkan pada hari Khamis , 21 Mac 2013.

Untuk adik-adik, boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pago, hari berkenaan.

Selain itu, calon boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM, jarak , nombor kad pengenalan, jarak ,  nombor angka giliran dan hantar ke 15888.



"Anda akan dapat APA yang anda USAHAKAN. Semoga memperolehi keputusan yang baik. Insyallah."


 






March 6, 2013

:: Rindu ~ Arwah ::

Rindu arwah ayah........


Rindu arwah raez.....


Semoga arwah ayah dan arwah raez ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

AL-FATIHAH

March 5, 2013

:: Fakta menarik~~S.E.N.Y.U.M ::


  • Para saintis mendapati senyum dan ketawa Merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  • Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
  • Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  • Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  • Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  • Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
  • Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.
  • Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  • Dalam kajian di atas dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’.
  • Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  • Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  • Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
  • Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  • Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  • Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  • Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

March 4, 2013

:: Salam Takziah~Perwira Negara ::

Assalammualaikum...

Salam takziah diucapkan kepada keluarga PERWIRA NEGARA yang telah terkorban dalam serangan pencerobohan di Lahad Datu , Sabah. Jasa,pengorbanan dan keberanian mereka ini haruslah dipuji dan dihargai oleh semua rakyat MALAYSIA.

Doakan Keamanan rakyat kita di Sabah , Bukan dengan menabur fitnah sehingga boleh mempermainkan nyawa seseorang yang bermatian membela tanah air tercinta.

Semoga MALAYSIA terus aman. 

March 3, 2013

:: Telor BERLADA ~Kg Kuantan ::

Assalammualaikum..

Dah lama tak cite pasal makan kan....kan...kan....Kalau ikutkan dah lama dok ulang kat kedai nie....la ni baru dok terpikir nak masukkan kt dalam blog..Rasanya ramai kot dah pekena nasi telor berlada kat Kampung Kuantan , Klang....Bukan PAHANG tau...hahahaha

Ada beberapa kedai yg dok jual Nasi Telor Berlado, tapi pilihan aku yang betul-betul berdepan Masjid Kampung Kuantan. Bila time membayar, idaklah kami tau bape rege sebenornya. Tapi baru-baru ni untuk 2 orang makan termasuk orange jus baru RM11.50 ... murah dokkkk??? hahaha....rasanya tak payah cakap la kan...memang sedappppp..marveles katanya......

Jom layan gambo jer....jangan tertelan air liur suda...hahah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...