Followers

July 31, 2012

:: Trip ~ Bandung ~3rd Day ::

Sambungan trip hari ke 3....

Tempat shopping kami seterusnya utk hari ke 3 .. Jalan Cibaduyut. Disini terkenal dengan barangan kulit HOME Industry. Maknanya, mereka buat sendiri dengan kualiti yang bagus. Sempat gak la aku sambar sandal kulit.... tak mahal mane pon...tapi ok la...kannnn


Seperti memang tak biasa...hahaha..pepagi dah pekena sarapan pagi nasi padang. Tapi kali ni nasi rendang ayam dia memang sodap...2kali kami refill...hahahaha... Dari Jln cibaduyut ni, kitorunk gerak ke PASAR BARU, repeat balik apa yang tak dapat semalam...so dapatlah aku  sambar beberapa jenis handbag, telekong dan kain ela...



Kami sempat singgah ke Rumah MODE. Salah satu factory outlet yang memang menjadi tarikan pelancong2 dari luar mahupon dlm negara. Seperti biasa, aku tak la membeli pon...cuma pemandangan diluar tu,hihihi....buat tak sabar nk wat photoshoot...sib baik ada pren yg punye minat yang sama...sampai kena paksa ambik pic aku...hahaha...member2 lain dah berpecah ambik mood nak bershopping kat sini.  Kat sini ada bermacam jenis brand yg korunk pon ado...dari guess sampai la ke gas....Layan kat sini je dah nak masuk kul 530, last makan  sarapan pagi tadi je kt cibaduyut....Member2 yg  lain dok shopping kt dalam, aku dan pren sempat isi perut kt luar...



Dah puas kt Rumah Mode....senang kata la..perut dah kenyang kan....Supir kami "Pak Ujang" bawak terus pegi Jalan Cihampelas....Kat sini banyak tshirt n jeans. Seperti biasa jalan kat sini sentiasa macet dan bising skit. Kalau korunk nak cari tas2 tangan pon ade..Tapi dari segi kualiti agak kureng skit...kami kat sini sume dah kepenatan, so cuma berjalan2 dan bergambooorr aje....hihi


Dari Cihampelas kami terus balik ke hotel....nak berkemas untuk pulang esok hari. Fligt kami dalam pukul 745malam waktu Indonesia. So banyak masa untuk kami utk shopping ala kadar. Tu pon pada yang masih ada duit lagi...hahahah...yang takde...pakat pandang je la...kannn....

Hasil tangkapan kami selama 3 hari di Bandung...








:: Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2012 ::



Kadar bayaran Zakat Fitrah 2012 mengikut negeri-negeri seluruh Malaysia

Definisi ringkas,zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan

Sumber kadar yang disertakan ini adalah menerusi daripada pusat zakat dan juga laman sesawang rasmi majlis agama islam mengikut negeri

Panduan membayar Zakat

  • Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh  Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
  • Pastikan anda mendapat resit rasmi  Majlis Agama Islam Negeri
  • Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya
NegeriTahun 2011 (RM)Tahun 2012 (RM)
Perlis6.006.00
Kedah7.007.00
Pulau Pinang7.007.00
Perak7.007.00
Selangor7.007.00
Negeri Sembilan6.506.50
Melaka6.506.50
Johor5.00/7.505.00/8.00*
Pahang7.007.00
Terengganu5.00/7.00/8.00*4.50/7.00/7.60*
Kelantan7.007.00
Sarawak6.206.50
Sabah7.007.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.007.00

 *Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga,gred dan jenis beras yang dimakan
Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras

July 27, 2012

:: Tazkirah Jumaat ~ 9 sebab kenapa Hati tidak BAHAGIA ::



Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.

Makin tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

July 26, 2012

:: Trip ~ Bandung ~ 2nd Day ::

Salam, Hari ni baru berkesempatan nak sambung cite ke Bandung ari tu. Kalau korunk nak tau, di Bandung kami menginap di POP HOTEL, bersebelah dengan Festival Link. Hotel bajet yang selesa dan cantik. Rege dia untuk 3 Malam dalam RM230. Nak cari makan kat sini pon tak susah, kite leh pegi ke Mall sebelah . Macam2 ado dari Makanan tempatan sampai la ke KFC. Cuma Hotel ni agak jauh dari tempat2 shopping yang kami nak gerak nanti.


Keesokan pagi kami gerak ke Pasar Baru, masa ni aku dah setat memborong telekung dan kain ela. Rambang mata gak la sampai tak sedar duit dah nak menipis...hahaha...Dah janji dgn kawan esok kene repeat Pasar Baru coz da benda lagi yang nak dicarik kat sini...


Dari Pasar Baru, kami ke TOKO TIGA . Kat sini semua jeans, LEVIS, LEE COOPER, WRANGLER and etc memang Murah. Tapi idaklah sangat2 murah..Rege kalau di convertkan ke RM lebey kurang dlm RM80. Aku dok mengambik gamba je..sebab duit nak simpan tuk Pasar Baru sok pagi..ye takkk... Kat Bandung banyak sangat Factory Outlet yg sangat Murah dan affordale lah. Harganya sangat murah kalau kite compared kat Malaysia. Sempat gak singgah ke BLOSSOM, HERRITAGE tapi idaklah aku membeli.. hahaha..memandangkan ade misi yang tak tertunai lagi...


Fitting Room unik kan...hahahaha


Dah macam2 factory outlet yang aku singgah, Malam tu sempat ke Trans Studio Bandung, sonok gak dalam kepenatan bermain kat atas kami sempat gak wat photo shoot...hahahaha....Main la sangat kannnn!!..Nak cite pasal makan , kami dok layan nasi padang je..tapi rasanya nasi padang kt Bukit Tinggi tetap terbaik...

Okla , nanti kite sambung lagi....mau layan TV jap.....

July 24, 2012

:: Sikap Lelaki yg dibenci WANITA ::



Ehh.....kenapa EGO sangattt...!!!!!!!
Pasti ada yang berdepan situasi ni kan...
eh BOSAN la.....dok layan lelaki camnihh...ape kejadahnya..
Asyik kita yang perempuan ni je yg mengalah kan...
Lelaki ni sebenarnya bersifat sensitif...
depan2 bule la nk tunjuk lagak ala2 pemimpin...
Apa yg kite dok nasihat nie...mcm air lalu je....selisih camtu je....hahaha...

Ape2 pon kaum lelaki harus tau....perempuan pon ade hati..jgn sampai hati perempuan ni  hitam...takut sampai masa tak boleh dipujuk...so say GOOD BYE je..hahaha


Jom kita share sikap LELAKI yang dibenci oleh kaum HAWA...

PENIPU
Sikap ini memang sinonim dengan lelaki. Menipu sekali sekala tidak mengapa tak kira dalam apa jua keadaan tetapi jika sudah selalu, wanita akan mengetahuinya juga. Wanita dapat menghidu segala kecurangan anda. Jangan buat seribu alasan. Ia akan menampakkan anda sangat biasa berbohong.
Penipuan paling besar ialah jika anda sudah berpunya tetapi mengaku solo, tidak kira samada anda sudah berkahwin ataupun sudah mempunyai teman istimewa. Tetapi jika anda tidak mengaku dan wanita dapat tahu selepas itu, sampai bila-bila pun dia tidak akan mempercayai anda!


PERASAN

Ada yang sanggup jalan mendabik dada tatkala lalu dihadapan wanita kononnya dirinya macho. Mulalah 'control macho' tidak tentu pasal. Itulah dinamakan perasan. Lelaki yang tidak perasan akan bersikap low profile dan tidak menunjuk-nunjuk dan akan merendah diri sahaja. Paling penting cara anda menampilkan diri anda dikhalayak ramai. Lelaki kacak tidak semestinya disukai wanita. Ingat juga jika anda berduit, ada wanita yang hanya inginkan wang anda dan bukannya diri anda sebenarnya.


PELUPA

Ini adalah satu masalah yang sering melanda lelaki. Mereka sering lupa segala hal berkaitan dengan tarikh harijadi atau ulang tahun menyebabkan wanita sering merasa kecil hati. Lelaki sering memandang remeh temeh hal-hal sebegini tetapi lain bagi wanita. Lebih-lebih lagi jika tarikh harijadi atau ulang tahun tidak diambil kisah. Wanita akan cepat marah kerana bagi mereka, jika tarikh pun susah nak ingat, bagaimana pula dengan hal-hal lain yang lebih besar dan berat. Oleh itu kaum lelaki jangan ambil ringan hal ini.


PANAS BARAN

Ini adalah satu sikap yang sememangnya tidak disukai oleh mana-mana wanita. Mereka cukup takut jika terpilih teman lelaki yang panas baran kerana silap gaya diri sendiri yang merana. Lebih-lebih lagi jika lelaki yang mudah angkat tangan setiapkali hal yang tidak disukai berlaku. Ingat!

wanita bukan tempat untuk melepaskan geram dan anda tidak berhak menampar atau menendang sesuka hati. Jika tidak dapat menahan geram, tumbuk sahaja dinding batu, baru tahu mana yang lebih kuat, tangan anda atau batu.Tubuh wanita bukan tempat sandaran. Jadi sangat malu jika wanita yang anda kasihi sentiasa dikeji atau dimaki. Lebih baik jangan mengasihi jika diri sendiri tiada sifat penyayang itu. Jadi gentlemen dan bukannya gangster.Amat malu jika anda melayan wanita sebegitu rupa jika dibandingkan dengan kekuatan anda. Silap gaya anda sendiri akan dibawa ke lokap kerana wanita sekarang lebih bijak. Banyak badan kemasyarakatan yang bertindak jika mereka didera. Jadi fikirkanlah.... jika tidak mahu merasa tidur dilokap, jangan biarkan sikap panas baran anda itu merasuk fikiran anda.



PENGOTOR

Sesetengah lelaki tidak sedar bahawa mereka sebenarnya pengotor. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan amalan itu dulu. Antara perbuatan yang dianggap pengotor ialah tidak mengemas misai, bulu hidung panjang, meludah, batuk, membuang kahak merata-rata, mencungkil gigi, membuang putung rokok bersepah, bau ketiak yang tidak menyenangkan, memakai baju yang sama setiap kali keluar bersama. Ada juga yang berbau rokok setiap kali bercakap. Itupun sudah dikira pengotor. Jadi tukarkan penampilan anda yang pengotor itu jika ingin menambat hati wanita yang anda sukai.

AWAS lelaki, walaupun anda merasa ia perkara biasa, ia tidak bagi wanita.............dan paling wanita tak suke....lelaki yg suka kuat maki...hahahhaa....slmt beramal.....




July 23, 2012

:: Trip ~ Bandung 1st Day ::

Assalammualaikum...

Slmt Malam warga blogger..hari ni genap 3 ari kita berpuasa. Alhamdulillah, tahun ni aku dapat menunaikan solat terawih bersama pren. Sebelum kita berpuasa sebenarnya, aku dapat terbang sebentar ke tanah seberang pada 15-18 Julai 2012. Aku ke Bandung bersama pren-pren gak....Alhamdulillah, percutian kami sukses seperti dirancang.

Flight seawal jam 645 pagi waktu Malaysia , selamat mendarat 1 1/2 jam di Bandung. Perjalanan bermula ke Tangkuban Perahu (sebuah gunung berapi) , 25km dari Kota Bandung. Sampai2 je hidung ni dah terbau sulfur. Hidung ni bukan sesak je, tapi rimas hati ni dek karenah rakyat tempatan yang dok datang jual strawbery, keychain dan pelbagai tanpa rasa putus asa. Demi rezki yang halal, mereka2 nie tanpa rasa kenal penat dok datang pada kami dan paksa beli...hehehe...tapi tak kubeli gak....hihi




Dari Tangkuban Perahu, kami singgah di Kampung Daun, menikmati hidangan tengah hari. Memang terbaikkkk wokkk...sambal nasi ayam penyet dia podeh giler...meleleh air hidung ni....hahahhaa..Harga pon ok, murah gakk...

Lepas tu kami gerak ke Jalan Dago... aku tak beli ape2 pon...jalan2 je...sebab dok nunggu nak pegi pasar Baru...hihhihi...Kira dok survey2 je...coz balik nanti leh ulang balik kat Jln Dago....

Okla...nanti kita sambung lagi...k....bubaiiii

:: Perjalanan ROH di Bulan Ramadhan ::


Assalammualaikum...

Something to share di Bulan Puasa yang Mulia nih..

Menurut Hadith Rasulullah S.A.W, menceritakan apabila tiba di bulan Ramadhan, semua Roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kpd Allah S.W.T utk kembali ke Bumi. Ada Roh yg dibenarkan pulang ke bumi dan  ada yg tidak dibenarkan . Roh yg dibenarkan pulang adalah krn amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin2 yang mendoakan mereka. Manakala Roh yg tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan  mereka semasa hayat mereka & akan terus dipenjara di Luh Mahfuz.

Apabila Roh dibenarkan pulang, perkara pertama yg mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan utk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka & ke rumah org yang mendoakan mereka dgn harapan org yang mereka lawati itu memberi hadiah utk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kpd jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dgn bekalan yg diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Wallahualam…. Al-Fatihah

"Jangan lupa mendoakan mereka2 yang telah mendahului kita. Semoga kita dapat membantu mereka dia alam sana, Insyallah "


:: Kelebihan Solat Tarawih ::


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam PertamaDiampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam KeduaDiampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam KetigaPara malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam KeempatOrang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam KelimaAllah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


6. Kelebihan Solat Tarawih Malam KeenamAllah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


7. Kelebihan Solat Tarawih Malam KetujuhSeolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Kelebihan Solat Tarawih Malam KelapanAllah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam KesembilanAllah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam KesepuluhAllah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam KesebelasIa meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


12. Kelebihan Solat Tarawih Malam KeduabelasIa akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


13. Kelebihan Solat Tarawih Malam KetigabelasIa akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


14. Kelebihan Solat Tarawih Malam KeempatbelasMalaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam KelimabelasSemua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


16. Kelebihan Solat Tarawih Malam KeenambelasAllah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam KetujuhbelasAllah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam KelapanbelasMalaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


19. Kelebihan Solat Tarawih Malam KesembilanbelasAllah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam KeduapuluhAllah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satuAllah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh duaIa akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tigaAllah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empatAllah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh limaAllah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enamAllah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuhAllah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapanAllah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilanAllah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam KetigapuluhAllah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

July 13, 2012

:: Tazkirah Jumaat~ Menggembirakan Orang Lain ::

Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.

Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga
amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.



Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.



Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka

July 11, 2012

July 10, 2012

:: Bahasa Rojak dlm Penulisan Karangan Bahasa Melayu ::

Assalammualaikum..

Selamat tengah hari . Semoga anda semua diberi keberkatan hari ini. Tajuk catatan terbaru saya hari ini adalah Bahasa Rojak Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu. hihihi...agak skema ayat ari ni kan...tengok tu...dah kuar tulisan rojak plak...hahahaha...bukan satu isu baru tetapi isu yang sering dibangkitkan..kalau tak percaya, cuba tanya cikgu-cikgu kat sekolah yg dok check kertas peperiksaan. Ada tak yang dok gune bahasa rojak/sms ni...kompom ade kan.....ok serius k...

Bahasa rojak / sms atau sebagainya bukanlah satu isu yang baru kita dengar. Sebelum ini memang telah kedengaran masalah penggunaan bahasa rojak atau sms dalam penulisan karangan dikalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Untuk pengetahuan semua, pelajar-pelajar sekolah kerap menggunakan bahasa singkatan seperti  x (tidak), ske (suka), pegi (pergi), skola (sekolah) dan lain-lain dalam penulisan pesanan ringkas dan laman sembang siber atau chatting , sehingga mereka terbawa-bawa penggunaan bahasa tersebut dalam penulisan karangan di sekolah.

Mungkin ada diantara pelajar sendiri keliru dengan penggunaan bahasa akibat kerap menggunakan bahasa rojak dan sms. Perlu diingat, penulisan dalam Bahasa Melayu mempunyai standard tersendiri. Tidak salah menggunakan bahasa rojak/sms seharian dalam pertuturan kita (aku pun sama gak). Tetapi jangan lari dari konteks penggunaan bahasa yang betul dalam penulisan karangan mahupun dalam urusan-urusan rasmi .

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? 

 1)Pendidikan


semua pihak perlu menjadikan pendidikan sebagai wadah untuk membina sahsiah generasi kita, termasuk dalam soal penggunaan bahasa dan kecintaan kepada bahasa warisan bangsa, sekalipun kita tetap perlu mempelajari dan menguasai bahasa asing. Di sekolah dan di institusi pendidikan yang lain, penekanan perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa rasmi, di samping penguasaan pelbagai ragam lain untuk keperluan dalam kehidupan. Pelajar mesti diberi kekuatan menggunakan bahasa yang baik, teratur dan berkesan.

Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Guru pula patut dapat menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur. Di maktab dan di universiti pun penguasaan bahasa yang baik perlu terus diberi penekanan. 

2)Penguatkuasaan pihak berwajib
pihak berwajib untuk memastikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Jika ada keperluan menggunakan bahasa asing atas sebab tertentu yang munasabah, maka bahasa Melayu mestilah diutamakan, baik dalam pengacaraan majlis, dalam ucapan dan juga pada latar pentas dan sekitaran majlis.

3)Dewan bahasa dan pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyerahkan draf Garis Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan dan Majlis Rasmi kepada Menteri Pelajaran dan diharapkan agar garis panduan itu dapat diluluskan oleh Jemaah Menteri sebagai panduan penggunaan bahasa yang baik, sama ada daripada sudut pengutamaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi mahupun daripada sudut mutu bahasa yang digunakan.

Mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas. Dalam penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu, badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas. Sebagai contoh, Undang-undang Kecil Pengiklanan di Tempat Awam mensyaratkan pengutamaaan bahasa Melayu dan bahasa Melayu yang digunakan mestilah yang betul, malah disyaratkan supaya mendapat pengesahan DBP lebih dahulu. 

4)Bidang penyiaran


Bidang penyiaran pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  telah bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mestilah dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swasta dan di samping itu mestilah dalam bahasa Melayu yang terkawal.DBP  juga telah menawarkan khidmat nasihat bahasa, memberikan kursus bahasa terus-menerus, mengirimkan surat teguran dan juga memberikan anugerah.

Ini bukan satu isu yang remeh. Cuba kita bayangkan, sekiranya penggunaan bahasa rojak/sms ini terus berleluasa untuk 10 hingga 20 tahun akan datang . Apa yang akan terjadi ? 


  1. negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik
  2. Menurunkan kedudukan bahasa Melayu.
  3. Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.
  4. Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
  5. Pembelajaran dalam bahasa Melayu di sekolah terjejas sehingga mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
  6. Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang

Untuk adik-adik dibangku sekolah, banyakkan membaca akhbar-akhbar harian yang sedia ada bukan komik atau majalah hiburan . Para pelajar perlu mengambil inisiatif sendiri untuk berlatih dalam penulisan dan penggunaan bahasa Melayu standard. Hal ini kerana, kebanyakan pelajar mengambil enteng subjek bahasa Melayu di sekolah. Subjek bahasa ini sering diambil mudah kerana ianya digunakan dalam pertuturan harian. oleh itu, para pelajar perlulah sedar dan mengambil inisiatif sendiri untuk memperbaiki diri. Kesimpulannya, penggunaan bahasa melayu standard akan terus dilupakan dan kerosakan bahasa akan terus kekal jika semua pihak termasuk diri kita sendiri mengambil ringan masalah ini.

"Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,yang baik itu budi, yang indah itu bahasa".

July 9, 2012

:: Isteri Prof. Diraja Ungku Aziz Meninggal Dunia ::


Azah Aziz meninggal dunia hari ini
berita harian :: 1549pm

KUALA LUMPUR: Tokoh budayawan, Azah Aziz, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Seri Zeti Akhtar Aziz meninggal dunia hari ini.

Allahyarham berusia 84 tahun. Sementara itu, difahamkan jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.
-------------> berita harian



Al-Fatihah

:: Kisah Aku~ Part 2 ::



Assalammualaikum

Hepi mandei morning sume.....hari yg sangat mendung ari nie...tenang je jiwa nak g keje walaupon penat tak hilang.. sabtu lepas masih berkesempatan pulang ke seremban jumpa mak arwah...Lepas rindu...hihihi...tacing dapat sms dari adik arwah 2x sebelum aku balik sana...SMS rindu arwah abg n akak...adoiyaiii.....tak tau nak cakap camno...semestinya aku rindu semua tu... Untuk kali pertama aku ke Seremban tanpa DIA disisi... Memang amat terasa kehilangan dia .. Rindu semua kenangan bersama dulu.

Petang aku bersama mak n adik g melawat pusara arwah...hurmmm...masih berbekas kat hati ni..tak tau nak luahkan camne...terasa cam ade benda je yg dok tersepok dalam hati...beratt je...huhu....KUAT... kena KUAT gak.... takmo sedey2 lagi... DIA dah ade tempat disana, semoga DIA ditempatkan bersama orang2 yang terpilih.

Sekurangnya kehadiran aku dikalangan keluarganya dapat mengubat rindu mereka pada arwah. Aku tau, mak, abah, adik dan yg lain sume mmg rindu sangat pada arwah. Sama seperti aku yang teramat rindu pada DIA. Bila berada disamping mereka semua, aku dapat lepaskan perasaan rindu padanya , begitu juga mereka. Tak ade lagi layanan dari arwah utk aku. hihihi...ingat lagi....bila mak ajak aku makan.. DIA cuma bawak pinggan nasi DIA je...pada masa yg sama DIA ajak makan...tp nasi yg dia bawak utk diri DIA sorunk...camno tu..?? SEBUMBUNG lak nasi tu..hihihi....kenangan.....

Kenangan yg dia tinggalkan mmg cukup banyak. Insyallah, akan aku simpan dgn baik seumur hidup aku. Semoga ALLAH tidak menarik nikmat aku dari terus mengingatinya. Sebelum balik ke klang, aku sempat janji pada mak, aku akan ganti DIA dlm keluarganya. Hurmmmm (La ni Mengalir lak airmata..huhu). Walaupon tiada jodoh kami, sekurangnya dia tinggalkan CINTA dia pada aku utk Keluarga baru aku. Terima kasih Ya ALLAH, besar Hikmahnya utk aku. Alhamdulillah..



Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan sebaliknya. Alasan yg kadang-kadang sukar utk dimengertikan, namun percayalah bahawa ketika DIA mengambil sesuatu, DIA telah mempersiapkan sesuatu yg lebih baik untuk diberikan.

July 6, 2012

:: Tips~Menggembirakan Hati yang sengsara,sedih dan kecewa ::


  • Bagaimana untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa.


  •  

    Pelbagai cara dapat dipraktikkan untuk menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran anda. Di sini, terdapat 7 tips asas untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara-cara untuk berdepan dengan emosi tersebut.

    1. Latih minda melupakan kenangan pahit.
    Melatih minda melupakan kenangan pahit perlulah diaplikasikan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu. Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan. Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak, maka haruslah dilakukan secara berperingkat dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri.

    2. Buang perasaan risau yang melampau.
    Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.


    3. Belajar rajin bersyukur.
    Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada, misalnya ucap syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri anda.


    4. Belajar menjadi pemaaf.
    Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik ketenangan datang pada diri anda.


    5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
    Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara semulajadi. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.


    6. Ubah fikiran
    Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Fikiran yang buruk akan mendapat akibat yang buruk. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat atau dikenali ‘Law Of Attraction’.


    7. Keraskan hati.

    Keraskan hati anda bermaksud hati anda mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya dan lafazkan dengan nada berbisik, relaks dan tidak terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda dan tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, lebih baik dari sebelumnya.


    :: Golongan Lelaki Yg akan Ditarik ke NERAKA oleh kaum WANITA ::


    Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
    yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


     
    1. Ayahnya

    Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

    (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

    2. Suaminya

    Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

    (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

    3. Abang-abangnya


    Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

    (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
    hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

    4. Anak2 lelakinya

    Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

    (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
    nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

    Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan
    sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

    Sumber dipetik dari :
    Ibnu Yusuf

    :: Tazkirah Pagi Jumaat~Isteri Calon Neraka ::


    ISTERI CALON NERAKA

    -Tidak suka mengerjakan solat
    -Suka bercakap bohong kpd suami
    -Suka berhias utk selain suaminya
    -Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan oleh suami
    -Tidak menghurmati suami
    -Suka mencari musuh
    -Sombong
    -Tidak takut kepada Allah sedikit pun
    -Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
    -Tidak mahu minta maaf kepada suami
    -Tidak boleh dinasihati olih siapa saja
    -Degil dan keras kepala
    -Merasakan diri lebih baik dari orang lain
    -Suka berpoya-poya
    -Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
    -Suka memandang rendah kepada orang lain


    Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda :

    “ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “.

    Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ? “.
    Rasulullah menjawab : “ Karena kekufuran mereka “.
    Rasulullah ditanya, “ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “.

    Rasulullah bersabda “ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “

    Semuga kita semua dijauhkan olih Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah…

    July 5, 2012

    :: Rahsia Tarikh Lahir Dalam Islam ::

    kalau korang nak tengok sama ade personaliti korang sama tak mengikut bulan Islam ni…korang boleh rujuk di bawah..Sekurang-kurangnya kita dapat hafal bulan-bulan Islam ni kan( aku xhafal sebenarnye)
    Nak tahu macam nak tukar masihi ke hijrah sila ke -----------> religious-affairs
    Muharram
    Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
    menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
    sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan
    baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
    yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai
    keinginan yang baik dan selalu berada dalam
    selamat..
    Safar
    Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
    kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi
    menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
    kehidupannya akan menjadi susah di kemudian
    hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan
    sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya
    akan mendatangkan hasil.
    Rabiul Awal
    Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat
    pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau
    kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
    suka. Sifat
    negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya
    keras dan mudah marah.
    Rabiul Akhir
    Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran
    dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
    wataknya, mudah mengangkat tangannya.
    Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat
    buruknya itu. Ibubapa menempuh
    kesukaran dalam mendidiknya..
    Jamadil Awal
    Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
    berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu
    yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
    keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan
    hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
    Jamadil Akhir
    Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
    Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia
    tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
    mengakuinya,
    tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras
    dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya,
    ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar
    terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika
    betul didikannya, masa dewasa ia akan
    menyenangkan kedua orang tuanya.
    Rejab
    Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
    patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat
    menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah
    dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan
    bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
    sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun
    hidupnya selamat dan sentosa.
    Sya’aban
    Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
    rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia
    mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-
    kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga
    semua orang sayang padanya. Masa
    dewasanya dia akan berjaya dalam segala
    kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

    Ramadhan
    Dia baik, pendiam dan suka merendah diri
    Tidak mempunyai sikap angkuh kepada rakan
    yang dikenalinya. Dia juga tidak suka menonjol diri.
    Kehidupannya selalu selamat
    Syawal
    Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak
    suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini
    membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
    perlulah mendidiknya dengan betul bagi
    menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
    kehidupannya menjadi susah kerana perangai
    keras hatinya, dan dia selalu bergaduh
    terutamanya dalam hal mencari rezeki.
    Zulkaedah
    Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik
    pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak
    berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
    mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
    Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya
    kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
    bertindak tanpa terlalu
    banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
    memuaskan.
    Zulhijjah
    Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik
    pula. Dia sering mendapat padah dari
    perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
    perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan
    atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat
    memberikan garis pemisah, dia sukar
    mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
    seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan
    kurang pertimbangan.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...