Followers

July 10, 2012

:: Bahasa Rojak dlm Penulisan Karangan Bahasa Melayu ::

Assalammualaikum..

Selamat tengah hari . Semoga anda semua diberi keberkatan hari ini. Tajuk catatan terbaru saya hari ini adalah Bahasa Rojak Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu. hihihi...agak skema ayat ari ni kan...tengok tu...dah kuar tulisan rojak plak...hahahaha...bukan satu isu baru tetapi isu yang sering dibangkitkan..kalau tak percaya, cuba tanya cikgu-cikgu kat sekolah yg dok check kertas peperiksaan. Ada tak yang dok gune bahasa rojak/sms ni...kompom ade kan.....ok serius k...

Bahasa rojak / sms atau sebagainya bukanlah satu isu yang baru kita dengar. Sebelum ini memang telah kedengaran masalah penggunaan bahasa rojak atau sms dalam penulisan karangan dikalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Untuk pengetahuan semua, pelajar-pelajar sekolah kerap menggunakan bahasa singkatan seperti  x (tidak), ske (suka), pegi (pergi), skola (sekolah) dan lain-lain dalam penulisan pesanan ringkas dan laman sembang siber atau chatting , sehingga mereka terbawa-bawa penggunaan bahasa tersebut dalam penulisan karangan di sekolah.

Mungkin ada diantara pelajar sendiri keliru dengan penggunaan bahasa akibat kerap menggunakan bahasa rojak dan sms. Perlu diingat, penulisan dalam Bahasa Melayu mempunyai standard tersendiri. Tidak salah menggunakan bahasa rojak/sms seharian dalam pertuturan kita (aku pun sama gak). Tetapi jangan lari dari konteks penggunaan bahasa yang betul dalam penulisan karangan mahupun dalam urusan-urusan rasmi .

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? 

 1)Pendidikan


semua pihak perlu menjadikan pendidikan sebagai wadah untuk membina sahsiah generasi kita, termasuk dalam soal penggunaan bahasa dan kecintaan kepada bahasa warisan bangsa, sekalipun kita tetap perlu mempelajari dan menguasai bahasa asing. Di sekolah dan di institusi pendidikan yang lain, penekanan perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa rasmi, di samping penguasaan pelbagai ragam lain untuk keperluan dalam kehidupan. Pelajar mesti diberi kekuatan menggunakan bahasa yang baik, teratur dan berkesan.

Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Guru pula patut dapat menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur. Di maktab dan di universiti pun penguasaan bahasa yang baik perlu terus diberi penekanan. 

2)Penguatkuasaan pihak berwajib
pihak berwajib untuk memastikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Jika ada keperluan menggunakan bahasa asing atas sebab tertentu yang munasabah, maka bahasa Melayu mestilah diutamakan, baik dalam pengacaraan majlis, dalam ucapan dan juga pada latar pentas dan sekitaran majlis.

3)Dewan bahasa dan pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyerahkan draf Garis Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan dan Majlis Rasmi kepada Menteri Pelajaran dan diharapkan agar garis panduan itu dapat diluluskan oleh Jemaah Menteri sebagai panduan penggunaan bahasa yang baik, sama ada daripada sudut pengutamaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi mahupun daripada sudut mutu bahasa yang digunakan.

Mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas. Dalam penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu, badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas. Sebagai contoh, Undang-undang Kecil Pengiklanan di Tempat Awam mensyaratkan pengutamaaan bahasa Melayu dan bahasa Melayu yang digunakan mestilah yang betul, malah disyaratkan supaya mendapat pengesahan DBP lebih dahulu. 

4)Bidang penyiaran


Bidang penyiaran pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  telah bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mestilah dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swasta dan di samping itu mestilah dalam bahasa Melayu yang terkawal.DBP  juga telah menawarkan khidmat nasihat bahasa, memberikan kursus bahasa terus-menerus, mengirimkan surat teguran dan juga memberikan anugerah.

Ini bukan satu isu yang remeh. Cuba kita bayangkan, sekiranya penggunaan bahasa rojak/sms ini terus berleluasa untuk 10 hingga 20 tahun akan datang . Apa yang akan terjadi ? 


  1. negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik
  2. Menurunkan kedudukan bahasa Melayu.
  3. Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.
  4. Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
  5. Pembelajaran dalam bahasa Melayu di sekolah terjejas sehingga mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
  6. Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang

Untuk adik-adik dibangku sekolah, banyakkan membaca akhbar-akhbar harian yang sedia ada bukan komik atau majalah hiburan . Para pelajar perlu mengambil inisiatif sendiri untuk berlatih dalam penulisan dan penggunaan bahasa Melayu standard. Hal ini kerana, kebanyakan pelajar mengambil enteng subjek bahasa Melayu di sekolah. Subjek bahasa ini sering diambil mudah kerana ianya digunakan dalam pertuturan harian. oleh itu, para pelajar perlulah sedar dan mengambil inisiatif sendiri untuk memperbaiki diri. Kesimpulannya, penggunaan bahasa melayu standard akan terus dilupakan dan kerosakan bahasa akan terus kekal jika semua pihak termasuk diri kita sendiri mengambil ringan masalah ini.

"Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,yang baik itu budi, yang indah itu bahasa".

2 comments:

  1. gunakan bahasa dgn sempurna sebab
    bahasa jiwa bangsa..
    -zorro

    ReplyDelete
  2. yup...mr zorro...bahasa juga menunjukkan bangsa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...