Followers

October 29, 2010

Ermmm......

sakit tekak
sakit tekak...gusi bengkak...sakit tinge....demam...isk..isk..isk

Hari ni aku x bape nak sihat...huhuhuhuuhuhuhuhuhu



October 28, 2010

Anda sudah Mendaftar sebagai Pengundi?



246,962 Mendaftar Sebagai Pengundi Baru
Mstar Online - 28/10/2010

KUALA LUMPUR: Sebanyak 246,962 orang telah mendaftar sebagai pengundi baru semasa tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun ketiga dari Julai hingga September lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berkata dalam tempoh yang sama, 32,494 pemilih sedia ada memohon pertukaran alamat pusat mengundi.
Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun ketiga 2010 telah mula dipamerkan sejak semalam sehingga 2 Nov di 997 tempat pameran di seluruh negara, menurut kenyataan SPR pada Khamis.
Mereka yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan untuk menyemak rang tersebut.
"Mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010, boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B," kata kenyataan itu.
Sementara itu, bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam rang itu boleh membuat bantahan dengan mengisi Borang C.
Antara tempat pameran rang daftar pemilih ialah Pejabat Pilihan Raya Negeri (14 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (457 tempat), kompleks/pejabat kerajaan (103 tempat), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (157 tempat), Majlis Daerah/Perbandaran (52 tempat), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (183 tempat) dan lain-lain tempat (30 tempat).
Selain itu, SPR juga turut mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih.
"Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera/Polis yang bermakna telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya," kata SPR.
Justeru, SPR memohon kerjasama waris untuk melaporkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera serta membawa permit mengubur sebagai bukti kematian bagi membolehkan JPN mengeluarkan Sijil Kematian kepada waris.
"Tanpa memperolehi pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah pun meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-nama pemilih berkenaan daripada pengkalan data Daftar Pemilih," kata kenyataan itu.
SPR juga menasihatkan pemilih-pemilih berdaftar untuk membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih bagi memastikan pemilih-pemilih ini didaftarkan di lokaliti yang betul.
Manakala bagi pemilih-pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di satu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing.
Permohonan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di Putrajaya atau di kaunter-kaunter pejabat pilihan raya negeri.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my atau menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-88856500 atau melalui faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana pejabat pilihan raya negeri.

(Sesiapa yang tak daftar tu..pegila daftar cpt2....rugi woooo....ni tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia... 1 undi anda tu penentu masa depan negara)

October 27, 2010

Adeline Terima Jika Fahrin Jodohnya


Sumber : Mstar Online-27/10/2010
PETALING JAYA: Pelakon Hotel Mania, Adeline Tsen,24, mengakui sedang berkawan rapat dengan pelakon kacak Fahrin Ahmad, malah memberitahu dia tidak takut untuk mendekati jejaka yang pernah dihimpit pelbagai kontroversi cinta itu.
Menurut Adeline, semenjak perkenalan mereka awal tahun lalu, dia mendapati dakwaan negatif yang dilemparkan kepada pelakon lelaki itu adalah tidak benar.
"Kami memang sedang berkawan dan setakat ini tiada apa pun membuatkan saya berasa takut untuk terus mendekatinya. Bagi saya Fahrin seorang yang matang dan penuh dengan nasihat. Dia banyak memberi pandangan tentang lakonan dan dunia artis," ujar wanita berketurunan Cina-Kadazan ini.
Sambil menyifatkan Fahrin seorang lelaki yang mengambil berat, Adeline tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan jejaka tersebut.
"Sebagai lelaki dia seorang yang sempurna, ambil berat dan suka bertanya khabar. Tidak mungkin saya menghindari dia kerana kontroversi-kontrovesi yang pernah dilalui sebelum ini.
"Kita tidak tahu perkara sebenar jadi tak elok jika menilai dia tanpa mengenalinya terlebih dahulu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.
Dalam pada itu, Adeline yang sedang menjalani praktikal di sebuah syarikat perakaunan terpaksa mengurangkan kegiatan seninya.
"Selepas Hotel Mania, saya dapat beberapa tawaran berlakon drama dan filem tetapi terpaksa ditolak kerana menjalani latihan praktikal.
"Selama enam bulan ini saya memang tidak ambil sebarang tawaran berlakon. Perasaan memang sedih tapi terpaksa juga bersabar demi menghabiskan pegajian yang tinggal setahun sahaja lagi," ujar penuntut tahun akhir Jurusan Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor ini.
Menurutnya, dia pernah terfikir untuk berhenti belajar dan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang seni, namun hasrat tersebut dibantah oleh keluarga.
"Tahun lepas saya tangguh pengajian satu semester kerana ingin fokus pada lakonan. Tapi keluarga membantah dan ingin saya habiskan juga pengajian demi masa depan," ujarnya.

(Mau meraung aweks2 yg dok menunggu F.A......kot2 aku skali...hahaha...yg penting aku tau da pren sorang yg tumpang meraung skali.......hehehehehhe..jgn mare prenn)

huhuhuhuhuhuu......

My Mood Clock...



ada tak yg lebih kurang sama jerkk...cam aku....hahahaha

October 26, 2010

Agak2 korang kan.....................



Tinggal 2bln lagi jer.....sblom nak tambah lagi satu angka....byk betol keingineiiii yang tak tertunai tahun ni...hehehehe...agak2 korang ada peluang tak angka tu menurun a.k.a berkurang ke...tiba2 thn dpn jadi 29thn....hahahahahahaha

"Di hadapan org yang kita cinta........"



Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.
Di depan orang yang kita cintai, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukan image yang sebenarnya.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

(Bile ternampak statement kt ateih ni...teringat lakk kt seseorang yg mulut busuk a.k.a bangkai...hahaha...ko tukar id, ko tukar jantina ke....aku still leh kenal bile kuar ayat2 cinta lagi skema nih......)

Akan Ku Jumpa - Azfar

Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki kita penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui


Ku takkan pernah cuba berhentiLangkah ku mencari cintaYang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia


Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu


Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara


Cinta jangan sembunyi
Mataku ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu

"KENAPA LELAKI PENIPU.."

MEMILIKI pasangan yang jujur dalam segala segi adalah impian setiap manusia. Begitu juga dengan keinginan untuk mengetahui kejujuran dan keikhlasan pasangan masing-masing. Ia merupakan perasaan biasa yang bertunas secara semula jadi dalam diri setiap manusia. Yang menjadikan ia berbeza ialah cara perasaan itu dilayan. Ada orang tidak begitu melayaninya manakala yang lain pula mungkin mengambil serius sehingga mendatangkan masalah kepada diri sendiri.

Tidaklah sukar bagi kita mengesan kecurangan pasangan yang secara terus terang memberitahu yang dia tidak menyayangi kita lagi. Kita juga boleh menjangka ada sesuatu yang tidak kena jika si dia secara terang-terang menunjukkan sikap dingin yang berulang-ulang kepada kita.

‘Body language’ atau bahasa badan mungkin merupakan salah satu cara untuk mencari jawapan. Dengan mengamati bahasa badan seseorang kita dapat mengagak sama ada seseorang itu bercakap benar atau tidak. Kalau betul-betul cekap kita mungkin boleh meneka dengan tepat apa yang dibuat dan apa yang dia sembunyikan. Tetapi berapa orangkah yang mahir dengan bahasa badan? Berapa keratkah orang yang pernah mempelajarinya? Yang pasti terlalu ramai tidak pernah mendengar istilah bahasa badan itu sendiri.

‘Basic instinct’ atau naluri semula jadi juga satu lagi cara untuk mengesan perlakuan seseorang. Banyak kalangan percaya keakraban hubungan jasmani dan rohani sesuatu pasangan akan menyebabkan mereka mempunyai pertalian yang sangat halus di sanubari masing-masing. Ini membolehkan mereka untuk saling ‘membaca’ kata hati satu dengan yang lain.

dipetik daripada buku 'Kenapa Lelaki Menipu?' oleh Adi Alhadi, 2007, terbitan Edusystem Sdn. Bhd

October 25, 2010

"THANKS MY POLO-POLO...."

SEMANGAT lak rasanya.....thanks to my polo-polo......jengah2 la slalu yer.......nanti wa kasi lu owg sume upah...hahahahaha......

October 23, 2010

'Saya menyesal lari ke Lombok'

'Saya menyesal lari ke Lombok'

BERITA HARIAN
2010/10/23

SEPANG: "Saya sangat menyesal lari ikut kekasih ke Lombok... hanya penderitaan tidak terhingga dan keperitan hidup yang dilalui sepanjang di sana," kata Shafika Marlina Mohd Safie, 16.

Gadis dari Teluk Intan, Perak itu yang melarikan diri pada 4 September lalu berjaya dikesan dan dibawa pulang atas usaha Kelab Putera 1Malaysia dan tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini kira-kira jam 9.45 malam tadi.

"Saya harap keluarga dapat maafkan perbuatan saya menyusahkan mereka disebabkan terlalu mengikut kata hati. Hidup berjauhan dengan keluarga memang perit, saya serik dan amat terasa ketiadaan keluarga,” katanya yang berhasrat meneruskan persekolahan dan melupakan peristiwa lalu.

Shafika dibawa pulang dari Lombok oleh Setiausaha Agung Kelab Putera 1Malaysia, Abdul Khalid Chairul. Turut hadir menyambut mereka di LCCT ialah Presiden kelab itu, Datuk Abd Azeez Abd Rahim serta ibu bapa Shafika, Mazanah Abdul Latef, 38, dan Mohd Safie Sardi, 43, bersama dua anak mereka yang lain.

Mazanah berkata, beliau gembira dan bersedia memaafkan Shafika serta berharap anaknya dapat meneruskan persekolahan seperti biasa sambil berterima kasih kepada Abd Azeez serta kelab Putera 1Malaysia yang membantu menamatkan mimpi ngeri mereka sekeluarga.

“Kami berhasrat mengadakan kenduri kesyukuran di kampung sempena menyambut kepulangan Shafika," katanya.

Shafika Marlina yang juga anak sulung empat beradik dilaporkan tidak pulang ke rumah seperti biasa selepas ke bandar Teluk Intan untuk membayar bil telefon kira-kira jam 9.15 pagi 4 September lalu.

Sesal dahulu pendapatan..Sesal kemudian tak berguna...dah banyak berita n cerita kuar kat dada akhbar mahupun televisyen..sepatutnya dlm usia semuda ni mereka masih sibuk dengan alam persekolahan..tapi dorang ni masih ikut kata hati...siapa yang harus dipersalahkan? Ibu bapa patut memantau sikap anak-anak dirumah...jangan terlalu mengikut kata anak2...kengkonon taknak mengongkong, biar mereka bebas tak seperti zaman 50an-70an yg tunduk n patuh pada family...
 Jika tak kerana kesempitan hidup di Lombok, pasti mereka akan terus melupakan ibu bapa di bumi Malaysia...Bila dah jadi begini, baru teringat keluarga...baru nak menyesal.... "Sayangilah dan Hargai Keluarga Anda" 

Hepi Besday " Nur Marsya Damia".....

Tanpa dirancang..tiba2 tergerak plak nk wat suprise kat budak kecik nihh.....mcm2 helah nk elak dari dia..sampai dia tanye apa yg aku pegang dlm kotak tu...aku leh kelentong " nie buah laahhhhh.." ..dia x puas hati siap dok intai2 kt dapur "beli buah ape acik".......hahahahaha


Budak kecik ni anak adik aku...nak tunggu anak aku...ntah bile..hahahhaha..anak tekak ade la.....nama dia NUR MARSYA DAMIA....lahir 22/10/2005...so dah genap 5thn.....bile dia tau aku belikan kek utk dia....bukan main suke lagi.. " ehhhh...hari jadi adik ke?" (tersenyum2 simpul) ...ayat dia paling tak menahan bile tgk kek tu...nak tau ape "KOCIK BONAR"....hehehehe....kasi layanzzzzzz...



"terima kasih acik....."

dah mcm unggun api...hahaha


hepi besday marsya ke 5

"adik syg wan......."






Sabahan Trip Pt 3 (9/10/2010-12/10/2010)

Lps puas mandi manda n snorkeling, kami gerak dari PULAU MANUKAN ke PEKAN KK dlm pukul 330ptg....cuaca nampak mcm nak ujan.....on da way balik, bot kami 2x berenti di tongah2 lautan coz ombak yg tinggi....seriau pon ade gak nih....tp wat selamba....kalu aku takut...kwn2 aku pon takut...hahahahaha


Sampai di Jesselton Point, sempat lagi pose seberapa byk yg boleh...lps tu kami gerak ke Pekan KK....nak cari seveniyer utk dibawa pulang....mcm2 yg kami beli...PAE, awal2 lagi dah memborong udang kering...harga udang kering yg paling murah pon dlm RM30..tu pon kene tawar....sebenarnya leh dpt kurang, tp kualitinya x cantik....dlm pada tu sempat gak singgah JAMILAH JEWELLERY...mmg murah, setiap mutiara yg kita beli akan dapat 50% diskaun....tp harga asalnya "mak datuk........" mahal bonar....terpikir gak..dorang ni up harga lepas tolak diskaun dpt harga asal...hehehe....sekadar cuci mata jer....


Lastly,kami memborong terubuk ikan masin n udang kering kt sebelah pasar filipino..murah ke? agaknya kot...bayar jer....tp sblom tu...kene la ada tawar menawar..lps tu singgah jap kat dlm pasar filipino coz kwn2 nak memborong mutiara lak...ok la, murah gakk.....berhabis kt situ je dh RM***...tak perlu disebut atas sbb2 peribadi..hahahahah....kasi layanzzzzzzzzz.......

cam model lak....hehehehe

cik ODAH gelang dah maiii.....



dah rambang mata....



Esoknya sblom pulang kami sempat lagi beli ape2 yg patut coz flight kami 930mlm....sblum  balik kami rayau2 lagi kt Pekan KK.....yerla, tak tau lagi bile akan sampai......tp insyallah.....kalu ade rezeki, akannnn datang lagi...hehehehe.....Ape2 pon trip kali ni sukses..thanks to pae,maria,yatie's, nozie n family coz merealisasikan impian kita (hahahaha.....ayat x menahan) harap lps ni kita dpt berkumpul lagi mcm ni....sayang korang sume....MUAHHHHHhhhhhhzzzzzz


dari tingkat 10



pelancong asing dari korea.....hahaha

sampai terlelap mata aku......lambat bonar nak snap pic......hehehe

Tiba-tiba terpikir lak........next year nak g maner erkk??? Jeng..Jeng..Jeng....TUNGGUUUUUuuu!!

October 22, 2010

Sabahan Trip Pt 2 (9/10/2010-12/10/2010)

Dgn tema warna hijau...kami merancang nak menikmati keindahan alam (Bumi Hijau).....hehehehe.....
Nak tau kt mane? Kami gerak ke JESSELTON POINT tuk sewa bot ke PULAU MANUKAN...regenya...dh lupa plak...hahahaha....tp ok la..yg penting KEPUASAN.....layannnnnnnnnnnn





















cayokkkkkk....

sana takde....
situ takde....
sinun pun takde...


aku jer la yg masukk....hahahahaha






maskot pulau manukan...hahahaha




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...