Followers

October 23, 2010

'Saya menyesal lari ke Lombok'

'Saya menyesal lari ke Lombok'

BERITA HARIAN
2010/10/23

SEPANG: "Saya sangat menyesal lari ikut kekasih ke Lombok... hanya penderitaan tidak terhingga dan keperitan hidup yang dilalui sepanjang di sana," kata Shafika Marlina Mohd Safie, 16.

Gadis dari Teluk Intan, Perak itu yang melarikan diri pada 4 September lalu berjaya dikesan dan dibawa pulang atas usaha Kelab Putera 1Malaysia dan tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini kira-kira jam 9.45 malam tadi.

"Saya harap keluarga dapat maafkan perbuatan saya menyusahkan mereka disebabkan terlalu mengikut kata hati. Hidup berjauhan dengan keluarga memang perit, saya serik dan amat terasa ketiadaan keluarga,” katanya yang berhasrat meneruskan persekolahan dan melupakan peristiwa lalu.

Shafika dibawa pulang dari Lombok oleh Setiausaha Agung Kelab Putera 1Malaysia, Abdul Khalid Chairul. Turut hadir menyambut mereka di LCCT ialah Presiden kelab itu, Datuk Abd Azeez Abd Rahim serta ibu bapa Shafika, Mazanah Abdul Latef, 38, dan Mohd Safie Sardi, 43, bersama dua anak mereka yang lain.

Mazanah berkata, beliau gembira dan bersedia memaafkan Shafika serta berharap anaknya dapat meneruskan persekolahan seperti biasa sambil berterima kasih kepada Abd Azeez serta kelab Putera 1Malaysia yang membantu menamatkan mimpi ngeri mereka sekeluarga.

“Kami berhasrat mengadakan kenduri kesyukuran di kampung sempena menyambut kepulangan Shafika," katanya.

Shafika Marlina yang juga anak sulung empat beradik dilaporkan tidak pulang ke rumah seperti biasa selepas ke bandar Teluk Intan untuk membayar bil telefon kira-kira jam 9.15 pagi 4 September lalu.

Sesal dahulu pendapatan..Sesal kemudian tak berguna...dah banyak berita n cerita kuar kat dada akhbar mahupun televisyen..sepatutnya dlm usia semuda ni mereka masih sibuk dengan alam persekolahan..tapi dorang ni masih ikut kata hati...siapa yang harus dipersalahkan? Ibu bapa patut memantau sikap anak-anak dirumah...jangan terlalu mengikut kata anak2...kengkonon taknak mengongkong, biar mereka bebas tak seperti zaman 50an-70an yg tunduk n patuh pada family...
 Jika tak kerana kesempitan hidup di Lombok, pasti mereka akan terus melupakan ibu bapa di bumi Malaysia...Bila dah jadi begini, baru teringat keluarga...baru nak menyesal.... "Sayangilah dan Hargai Keluarga Anda" 

2 comments:

  1. saya sangat setuju. kalau nak kawin tu, kawinlah. tapi janganlah menyusahkan hati mak & bapak...

    ReplyDelete
  2. sape yg setuju ni??? hehehehhe....
    cam mahkamah lak rasanye...."saya bantah TUAN HAKIM"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...