Followers

August 28, 2012

:: Riang Raya 2012 ::

Raya Pertama , beraya kt umah Maklong @ Kg Jerang, Durian Tipus
Tentula kt Negeri Sembilan beb.....


Raya Ke 3, melawat rumah pusaka sebelah mak kt Air Mawang, Johol.
Dah 6 tahun tak beraya kat sini, sejak arwah wan meninggal dunia. Dalam perancangan baik pulih rumah. Insyallah, raya akan datang bule la balik sini...



Aktiviti Raya ke 3, Kampung Tulang Rimau, Dangi...
Best gile...bule tangkap ikan...siang ikan hidup2 plak...



Tu DIA, model ikan bakar plak...sume muke dia je yg nak interprem....
Ape pon tak boley...hahahaha




August 22, 2012

:: Menjelang Hari Raya ::

Assalammualaikum...
Selamat Hari Raya semua..dah lama tak menghadpet...Diam tak diam dah masuk raya ke 4 kite yew...hurmmm, sekejap je rasanya...rasa baru semalam kita berpuasa kan?? ... Camner raya sume...mesti hepi kan..yang tak hepi cuma...uwangg mengalir je..hihihi...takpelah...setahun skali plak.....ape salahnye..sesekali bersedekah amal jariah....berkat selamat!!

Menjelang hari raya...dah lama sebenarnya kami tak pulang awal ke kampung sempena raya nie...tapi tahun nie, aku n adik beradik sepakat pulang awal ke rumah maklong kt Kg Jerang,Durian Tipus, Negeri Sembilan...Seronok sangat sebab dapat berkumpul ramai2..buat lemang n dodol...aktiviti yang dah lama kami tak buat sejak arwah wan sebelah mak meninggal 6 thn lepas.
Aku balik ke kampung sehari sebelum raya, gerak dari klang pukul 1230 tgh malam, sampai di rumah maklong kul 3pagi....hurmmm..ngantuk gile plak...sampai2 sahur terus....kang terlajak plak kan....
Ok la, layan je la gamba aktviti menjelang raya kt kampung maklong sayeee ye...
Nak g melaborrrr jap...ahaks....













over kan jantan nie...kengkonon sume keje dia wat....hahahaha....

August 13, 2012

:: Trip ~ Bandung ~ Last Day ::

Hari Terakhir di Kota Bandung

Jam 10 pagi waktu Indonesia, kami sudah check-out dari POP Hotel. Sementara Menunggu Pak Ujang sampai, sempat lagi berphotoshoot kt lobby. Memandangkan flight kami berlepas jam 745 waktu Indonesia, kami sempat lagi bershopping utk kali terakhir. Kami singgah ke KARTIKA SARI utk beli brownies. Rege pon bule tahan. 45000 Rupiah ajeww...aku idakla memborong, cukup beli untuk rasa2 je...






Sekali lagi kami dibawa ke JALAN DAGO , sbb ada yg bershopping bagai kat sini. Dok cari ape yg tak puas2 dari ari kami tiba ari tu..heheheh..Dari satu FO, sempat kami singgah ke Donatello, cantik2 beg n kasut kat sini...tp malangnya duit dah kepupusan plak, lagi satu beg pon rasa2 dah overrrweightt...hahaha...takpe, insyallah...lps ni kalau ade rezki datang ke bandung, Donatello sasaran utama, harga pon ok..xde la mahal sgt.



Selain Donatello, FO DSE pon best gak.. kat sane byk blouse utk org2 comel cam aku..hahaha...rembat gak la selai dua. DSE ni pon aku tahu lepas goggle dari blogger cik nurul pinky . Banyak tips yang dia bagi tuk shopping ke Bandung. Memang berguna sume tu. Selepas kepenatan selama 4 hari di Bandung, hari terakhir ni baru berkesempatan nak ber' massage bagai..hahaha...aku cuma urut kaki je...itu pon tak tahan..bukan tahan sakit...tapi tahan geli...sib baik la  tak ku tendang budak yg  ngurut tu...


4 Hari 3 malam aku di Bandung, ceritanya berlabuh disini. Bukan niat nak bershopping sangat, tetapi pengalaman melihat, dan mengetahui cara hidup masyarakat setempat, sekurangnya membuka mata dan hati kita. Walaupon ada diantara mereka hidup dalam kesusahan, tetapi mereka masih kuat menggunakan tulang 4 kerat untuk mencari rezeki yang halal.


:: SweetSmiles :: Bangga Jadi Rakyat Malaysia.






August 12, 2012

:: Salam Aidilfitri ::



Salam Aidilfitri utk semua pembaca blog SweetSmiles. Andai ada kata yang mencalar hati, Salam dihulur Maaf dipinta. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

August 11, 2012

:: Bila Raya nak Menjelma ::

Assalammualaikum...

Tajuk entry tu bukan dok tanye bilalah raya nak menjelma...tapi BILA RAYA NAK MENJELMA........ so, bila kupanjangkan titik-titik tu, macam2 leh korunk sambung...hahahaha...Untuk aku...

Bila Raya Nak Menjelma ........................
1. Dok pikir nak mencari baju raya, kuih raya ...
2. Dok standby duit raya untuk insan2 bertuah ....hahaha
3. Mula lah jadi drebar tuk mak aku nak shopping, katenya baju takde....sekali beli 4 helai jubah (kalah aku)
4. Mula la, mak gakkk....dok ejas ati nie, beli perabot baru....yg lama dah tak elok (katenyaaaaa)
5. Dok pikir nak servis kete, nak balik kampung plak kan....(dah sampai time servis plak)

Adoiyaiiii.. Sume disebabkan Bila Raya Nak Menjelma...ape2 pon puas ati la kan, setahun sekali je..sib baik bukan setahun 2-3 kali..hahahahha..pengsannnnnnn!!!!





:: SweetSmiles :: 1st Time raya tanpa insan tersayang .. Rindu arwah sangat2...Al-Fatihah


August 10, 2012

:: 10 Sikap Wanita yg LELAKI harus ambil tahu ::



1. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

2. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

3. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam dia memberikan respons positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah2 tidak berminat, tetapi sebaik saja gagang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan2nya akan tahu berita tersebut. Perempuan suka jual mahal!!

4. Jika sidia menghubungimu atau menunggu panggilan daripadamu, teruskan usaha untuk memikatnya sehingga dapat.

5. Selepas seseorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. Dia lebih baik daripada bekas kekasih aku!

6. Gadis yang telah jatuh cinta juga ada egonya!! So, lelaki kenalah ambil langkah seterusnya untuk memikat hati gadis itu. Takkan la gadis tu nak mulakan langkah seterusnya!! Itu namanya perigi cari timba beb!!

7. Satu ucapan 'hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. Bayangkan kalau setiap pagi, kamu menelefon mengucapkan 'selamat pagi' ataupun 'dah makan' dan diakhiri dengan 'sweat dream' sebelum tidur. Nampaklah sikit yang kamu tu ambil berat tentangnya!

8. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. Jalinkanlah hubungan baik bersama teman rapatnya. jangan 'tersangkut' dengan teman rapatnya sudah la!

9. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya, sekadar hadiah, bunga atau mungkin kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setukus hati. Percayalah. dia tidak akan cari lain!

10. Tidak susah menjaga hati wanita. Dia cuma mahu kamu menyayanginya sepenuh hati. Kalau benar kamu mencintainya, lihatlah bagaimana dia membalas segala kecintaan kamu itu.


:: SweetSmiles :: Tidak sukar untuk memahami kehalusan hati seorang WANITA. So,kaum Adam...jaga hati pasangan anda.

:: Kakitangan awam curi tulang ::

Kakitangan Awam Curi Tulang


Putrajaya:  Ramai kakitangan awam dikesan ponteng kerja dengan membeli-belah ketika waktu bekerja pada bulan Ramadan sekarang . Selain Kompleks beli-belah dan pasar raya, mereka mengunjungi bazar Ramadan berhampiran pejabat, dipercayai untuk persiapan Aidilfitri dan membeli juadah berbuka puasa.

" JPA meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat kebenaran terlebih dulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk sebarang urusan peribadi."

sambung baca ---------> Berita Harian


:: SweetSmiles :: Untong la..Bonus dapat..leh curi tulang plak...Meriahlah raya tahun nie...ahaks..

August 8, 2012

:: Nilai Sebuah Perhubungan ::

Pernah terbit rasa dihati , mengapa kita harus diuji sedangkan kita sanggup berkorban apa saja hanya kerana SAYANG. Mengapa pasangan kita tidak merasa apa yang kita rasa, sedangkan dalam hati kita cuma ada dia seorang. Adakala, kita merasakan ujian dan permasalahan yang kita hadapi tidak mampu untuk kita mengatasinya.

Kunci segala permasalahan adalah SABAR. Tapi pasti terdetik juga dihati, mengapa harus kita yang bersabar sedangkan dia tak pernah punya sifat yang sama. Manusia tidak sempurna, sebab itu kita tidak boleh mencari kesempurnaan seseorang. Mencari kesempurnaan hanya membuka lebih banyak kelemahan yang mungkin membuatkan kita rasa kecewa untuk menerima kelemahan itu. Buka mata dan bukalah hati. 

Indahnya sebuah hubungan itu, jika kita tidak mementingkan diri sendiri. Tidak mencari kelemahan dan kekurangan pasangan. Jagalah hati dan perasaan pasangan bagi mengekalkan keharmonian dalam satu perhubungan. Jangan cuma mengharapkan pasangan sahaja menjaga dan menghormati hati dan perasaan kita, sedangkan kita?? cuma mencari dirinya disaat kita rasa memerlukan. Kita janganlah bersikap ego, tidak mahu mengakui kesilapan diri dan hanya pandai menuding jari pada orang lain untuk menutup kekhilafan diri kita.

Tiada hubungan yang tidak dapat diselamatkan melainkan tiada keihklasan dan kesabaran dalam hubungan tersebut. Hari ini tiadanya perhubungan kerana tiada keikhlasan. Tiadanya satu perhubungan itu kerana tiada nilai kesabaran. Sifat Ikhlas dan sabar, harus ada dalam diri setiap pasangan. Jika hanya sebelah pihak sahaja yang dok menanggung sifat itu, lebih baik putus.  Usah risau, insyallah ada pengganti yang lebih baik. Biar hilang kekasih, tapi jangan hilang CINTA.


::SweetSmiles:: Ini sekadar pendapat saya. Setiap orang pasti punye pendapat dan pendirian masing2 kan.

:: Flaming Steamboat to Mama Kandar ::

Pelik je bunyik entry malam ni kan..hahaha... Sabtu lepas, bercadang2 dgn pren sume nak berbuka puasa kat Flaming Steamboat , Kota Kemuning. Sebenornya ada agenda lain selain berbuka puasa. Kami semua nak celebrate birthday adik n kakak. Tapi disebabkan ketidakselesaaan tempat yg sangat padat hari tu, so kami ambik peluang untuk memenuhkan perut2 kami yang sememangnya lapar...hahahaha..
Puasa lak tu, dah tentu lapar. 

Untuk pengetahuan korunk, harga Buffet Steamboat disini RM28.90 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak2 (4thn - 10 thn). So makanla kami sampai santak..hahahaha...mane larat pon nak makan bebanyak kan..budak2 suke la..leh layan eskrem 10x...hahahaha







Dari Flaming Kota Kemuning terus gerak ke Mama Kandar, Kota Kemuning gara2  Datuk Lee Chong Wei.  Tiba2 leh teringat malam tu ada game plak..Walaupon DLCW main cemerlang malam tu, tapi nak wat camne kan...nasib x menyebelahi..yg penting semangat juang yg ditunjukkan tu.

Kt Mama Kandar nie baru la ade perasaan nk celebrate besday kakak (Syaza nafella) n adik ( Zunu Ryen ) best kan nama dak kecik dorunk nie...kakak dah 7thn n adik baru masuk 4thn. Dak tecik nie anak pada kenalan baik aku. Happy je tengok dorunk nie dok tepek2 cream kek kt muke...hahaha...sampai aku pon kene gakkk...Jahanam gak la tempat tu kami kerjakan...hahahaha...

Untuk Kakak n Adik... 
Happy Birthday, semoga menjadi anak yang baik pada mama.




August 6, 2012

:: Majlis Berbuka Puasa ~ Hot Pindang Kitchen ::

Alhamdulillah, dijemput ke majlis berbuka puasa di Hot Pindang Kitchen,Section 10 Shah Alam.Terima kasih kepada HOT PINDANG KITCHEN kerana sudi menempah cheese tart, pavlova , chocolate moist cake dan red velvet cake dari Izz Bizz Bakery untuk tetamu yang hadir. 




Alhamdulillah, kekenyangan kami hari tu. Kalau ada yang berminat nak merasa keenakan Hot Pindang Kitchen. Jom kite singgah sempena Bulan Ramadhan. Nak tau rasanye, Jengah2 lah k...







FACE BOOK :: Hot Pindang Kitchen

Alamat :: 
No. 11 & No. 13, Jalan Ceongsam 10/11, Section 10, Shah Alam, Selangor

Tel: 03 5523 1259






August 5, 2012

:: Nuzul Quran dan Malam Lailatul Qadar ::


Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
 
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap

Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. 



August 4, 2012

:: Kisah Aku ~ Part 3 ::

Assalammualaikum

Alhamdulillah, hari ni genap 15 Ramadhan kita sebagai umat Islam berpuasa. Mesti ada diantara kita dah mula bz dengan persiapan raya kan. 15 Ramadhan juga mengingatkan aku kepada insan tersayang. Hari ni genap 2 bulan pemergiannya. Dalam menjalani ibadat puasa ni, hati ni masih teringat kepadanya. Alhamdulillah, diri ni semakin semakin semakin semakin kuat menerima ketiadaanya.

Banyak kenangan bersama arwah sepanjang bulan puasa ni. Yang pastinya setiap kenangan bersama arwah adalah yang pertama dan terakhir buat diri aku. Sedih je bila mendengarnya kan. Tak mengapalah, sudah tersurat perjalan hidup kami begini. Aku terima dengan redha.


Al-Fatihah. Semoga Rohnya dicucuri rahmat, serta aman dan tenang disisi ALLAH S.W.T

 

Minggu ni diri ni agak bz dengan izz bizz bakery. Alhamdulillah, rezeki bulan puasa. Persiapan raya utk diri sendiri pon takde lagi. Kalau sebelum ni dok tempah baju. Tahun ni bole pulak terlupa. hahahaha..
Takpe, carik baju siap suda. Duittttnye aje jgn lupe disediakan.

Okla...Jumpe lagi....Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri.

August 2, 2012

:: Mamam ~ Black Canyon Bkt Tinggi ::

Assalammualaikum

Alhamdulillah, hari nie genap 13 Ramadhan kita berpuasa. Pejam celik, dah hampir setengah bulan kita berpuasa. Dah nak beraya sangat la tu...hahaha...pe2 pon puasa jgn ditinggalkan. Lain la ade sebab2 yg sememangnya tak boleh dielakkan terutama kaum perempuan.

Hari ni berkesempatan berbuka puasa di Black Canyon, Bukit Tinggi, Klang. Sebelom pose pon dah bape kali dok layan kat sini. Tapi tak berkesempatan nak berkongsi cite je. Lepas nie, mane tempat yg aku makan, yang sodap ke tak sodap ke...leh la aku cite kat sini kan. Mane la tau, kot2 korunk sume nak cuba ke..



Air bubble tu kami beli kat luar yew...idak la ade kt Black canyon ni...Rege tuk 2 air tu RM10.60.
Kt BC (Black Canyon) mintak air suweyyy je...hahaha...jaga sore dan berjimat sebenarnya...
Jimatla sangat...


Selalu kat sini, kami order set utk 2 orang (RM 46.50) . Selain Tom Yam yg sodap, suke sangat order spicy glass noodle. Tapi hari ni special skit, ada paru sambal. Ye la tu adoooo....Paru sambal tu beli luar gak, ada sorunk makhluk tu nafsu makan dia menggila plak ari nie .. hahahah (sori prennnn). 
Alhamdulillah, kenyang sudah . Duk borak2 sambil cite pasal next trip...hahahaha..
pegi mane???? Tunggu.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...