Followers

August 31, 2013

:: MERDEKA ::



Tidak guna melaungkan MERDEKA jika minda anda masih dijajah. Tidak guna melaungkan MERDEKA jika anda tidak bijak menghayati apa erti KEMERDEKAAN.

August 30, 2013

:: Salam MERDEKA 2013 ::



Merdeka DIRI
Merdeka MINDA
1 Jiwa 1 Hati
Hidup bersatu Selamanya

MERDEKA! 
MERDEKA!
MERDEKA!



August 28, 2013

:: Mandi Manda RAYA ::

Lain benor bunyiknya kan....Mandi Manda RAYA...hahahaha....cam best je...tapi memang best.
Sape yang tak follow memang rugi. Orang kampung pegi beraya, kami dok bercanda kat sungai triang.
Salah satu aktiviti bebas (kengkonon) bila balik kampung. Sebenarnya, budak-budak kecik yang dok bising nak mandi sungai, akhirnya yang terlebih suda............yang bosar godang ni!


Air sungai deras gak, tapi masih terkawal....aku tak mandi pon..
Cuma dok semak-semak je kat sini...hahahhaa

bibik tengah melayan budak..hahahah


Rakit pon ado tau...


Selain mandi-manda, kat sini penuh dengan paku pakis, 
so, dah puas mandi, akak sedara aku dok mencari pucuk paku sekitar kawasan ni...
memang fresh....

Perasan Mrs Universe la tu..hahaha

mula-mula sikit je tu....lepas tu ambik tak hengattt...


::Raya,Raya,Raya ::

Assalammualaikum

Lama dah kot tak berhapdet kat sini....Alang-alang tak boleh nak tidor...so jom kita kongsi cite pasal raya.. Sepanjang minggu ada je open house, selagi tak abis raya...selagi tu rumah terbuka ada dimana-mana...hahahaha...

Tahun ni memang terasa janggal nak beraya. Lebih-lebih lagi bila arwah ayah dah takde. Terasa sayu sangat masa mohon maaf dari mak, bila turn nak salam dengan abg yang sulong, lagi la terasa gile....sebab dah rasa along macam pengganti ayah. Ingat lagi, along pesan "Jaga diri"...Insyallah...

Okla takmo sedih-sedih...tahun ni , sebelum balik kampung , petangnya..aku meluangkan masa menziarahi kubur arwah ayah. huhuhuhu...Mengalir air mata (Sedih lak ai )

So, aktiviti untuk persiapan bermula seperti tahun sebelumnya...
Lemang, rendang, dodol sume ada dalam perancangan...Tahun ni sekali lagi kami sekeluarga balik ke kampung Maklong di Durian Tipus, Jelebu, N9

Lemang ( tak puas makan) huhuhu..

Rendang daging 

Daging kobau

Raya,Raya,Raya....

Muke ada senyum

Mak & Along...

Anak sedara semakin membesar...Cepatla2 korang besar..
tak payah acik nak bagi duit raya..hahahah

Raya Ke 3, Rumah Wan sebelah ayah, Kg Tulang Rimau, Johol

Atok sedara (sejibik muka arwah ayah) ... hilang rindu jap

"Giiiyooomii"

Lastly, gambo tuan tanah...hahahha...
Selamat Hari Raya Semua...











:: Wordless #Wednesday #3 ::

#Wordless#


August 15, 2013

:: Dodol Oh Dodol ::


Assalammualaikum..

Selamat Hari Raya...Dah lama menyepi rasanya...sebelum bersarang bersawang, lebih baik update entri terbaru..ari ni nak berkongsi pengalaman buat dodol bersama keluarga..
Aktiviti ni dah jadi acara tahunan keluarga kami.
Tahun lepas kami sepakat buat dodol masa malam raya..
Tapi untuk tahun ni, projek dodol kami diaktifkan semula di petang raya pertama..


Nak berkongsi bahan dah terlepas rasanya, tak tahu la berapa banyak kelapa yang Maklong aku guna 
untuk dodol ni..hahahahaha


Adik ipar lelaki & mak dok mengacau santan dengan tepung 





Akhirnya...

Jom Kita KACAU dodol sampai tak hengattttttttttttttttt !!!


video

August 4, 2013

:: Mingu Terakhir di Bulan Ramadhan ::

Assalammualaikum..

Nak berkongsi aktiviti sepanjang penghujung bulan ramadhan.
Jumaat lepas sempat berbuka puasa bersama rakan seopis di Restoran Segi Seri, Seksyen 24 Shah Alam (Bersebelahan Aeon Big) . Tempat ok, tidaklah berserabut & sesak macam flaming.

Harga RM35++ seorang. Kalau korang datang dengan 10 orang, bole dapat free untuk 2 orang.
Rasa steamboat kat tempat ni pon.. OK....







Semalam sempat shopping tudung kat Pasar Pagi,Kg Sijangkang. Tak payah pegi Jln T.A.R, maupon pasar karat kat depan stadium Shah Alam... Kat sini pon okay gak..Penoh sesak..lebih-lebih lagi minggu ni, minggu yang terakhir sebelum syawal menjelang. Sempat plan dengan pren..kengkonon nak pegi awal pagi...tapi PAGI la SANGAT...hahahahaha


 Suka pren.....dpt tudung murah-murah-murah....



Poh Kong...hahahahha


Comel tak KAK TON......





:: Giveaway Ramadhan & Hari raya datang lagi. syukur! ::



Jom Join Giveaway .... Syarat mudah je....klik je picture kt atas ni....

Dateline :: 20 Ogos 2013.

:: Salam Aidilfitri ::


Salam Aildilfitri untuk semua followers zmanja-sweetsmiles.blogspot.com ..
Semoga Aidilfitri kali ini memberikan kegembiraan dan kemanisan kepada anda semua.
Mohon maaf , jika ada keterlanjuran kata-kata yang mungkin tanpa disedari ada menyakiti sesiapa.

Selamat Bercuti...Berhati-hati semasa memandu.
Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...