Followers

April 14, 2015

:: Kawen~Kawen~Kawen ::

Alhamdulillah...gamba kawen aritu dah siap hujung bulan lepas. Moh kita kongsi sikit detik-detik manis masa bercinta..ehhhhh..masa majlis berlangsung.. 

Majlis Nikah
6 Disember 2014,tepat Jam 240 petang, akhirnya status bertukar dari Cik kepada Puan. Alhamdulillah, majlis ringkas dan sempurna dengan izin dari Allah S.W.T.
Comel tak ????


Majlis Bersanding
7 Disermber 2014, dengan tema Pink+Grey ....

 IzzBizz Cakes
IzzBizz Cakes
Kek Kahwin ni sponsored by my BFF Hajjah Nieza Dean (Jaja)
Dan yang paling penting Dibuat khas oleh my BFFFFF , Nor Faizah (Pae) owner IzzBizz Cakes.
Cantik sangat-sangatttttt....

Mak dengan cucu-cucu perempuan..
Orang-Orang Kuat Majlis
Asben & Wife

Sahabat dari sekolah rendah (Aiza dan Julia)
Yang Berniqab tu la Jaja

Sahabat-sahabat dari Sekolah Menengah, 
Semasa majlis macam ni la baru ada kesempatan nak berkumpul dengan sahabat-sahabat lama dari zaman persekolahan dulu. Ada yang dah lama lost contact, tapi rasanya dengan adanya FB dan macam-macam kemudahan sekarang, ramai yang kita dapat contact semula. Betul tak.

Terima kasih diucapkan kepada semua, saudara-mara,sahabat,jiran tetangga yang datang meraikan majlis hari tu. Dalam gembira, pasti ada dukanya. Majlis berlangsung tanpa arwah ayah. Dan aku pasti, ayah tentunya gembira, anak perempuan kesayangannya kini sudah menjadi milik orang. Dan itulah hajatnya yang tidak dapat aku sempurnakan ketika hayatnya.

Sebelum kita tutup cerita, nak promote sikit...
Nak cantik macam aku .... kalau korang dok area lembah klang terutamanya port klang...
Alhamdulillah, sangat puas hati.... Tengkiyu Izza & Helmi Jebat..

Sebelum terlupa..
Tengkiyu Henna eren utk inai cantik nie...
 




Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke Jannah, dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. Insyallah..Aminnn...





April 13, 2015

:: Nasi Ayam SweetSmiles ::


Nasi Ayam Sweetsmiles

Jom cuba..Resepi lebih kurang macam nasi ayam yang lain.

RESEPI 

8 PC KEPAK AYAM (Ni je ada kat dlm peti ais) *Di rebus sehingga ayam masak

-Air rebusan ayam digunakan utk sup,sambal dan kicap

(NASI)

1 LABU BAWANG BESAR *Ditumbuk atau Dihiris halus
3 ULAS BAWANG PUTIH *Ditumbuk atau Dihiris halus
2 CM HALIA *Ditumbuk atau Dihiris halus
2 SUDU MARJERIN
5 POT BERAS
GARAM SECUKUP RASA
1 SUDU SERBUK PERASA AYAM KNORR
AIR REBUSAN AYAM (Mengikut sukatan)

Cara-Cara
Panaskan periuk nasi diatas kuali (senang,kalau korang sayang periuk tu guna la kuali).
Masukkan 2 Sudu Marjerin .Tumiskan bawang besar,bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan beras yang sudah dibasuh dan tambahkan air rebusan ayam (mengikut sukatan beras), garam
dan serbuk knorr. Masak dan hidangkan.

(Ayam)

3 SUDU BESAR SOS TIRAM (Nak lebih pon bole)
3 SUDU BESAR KICAP MANIS (TAK IKUT SUDU PON BOLE, AKU BELASAH JER..HAHAHAH)
2 SUDU BESAR KICAP MASIN
SEDIKIT GARAM
SEDIKIT GULA

Cara-cara
Perapkan Ayam yang telah direbus tadi bersama semua bahan di atas 1/2jam (setengah jam ye).
Panaskan Minyak dalam kuali. Minyak biar lebih. Goreng ayam tadi. Jangan terlalu lama sebab ayam dah
masak masa direbus. Hidangkan.

(Sambal)

7 BIJI CILI BESAR MERAH (Kalau nak pedas bole tambah cili api) * Blender
2 ULAS BAWANG PUTIH *Blender
GARAM SECUKUP RASA
SEDIKIT CUKA
SEDIKIT AIR REBUSAN AYAM

Cara-cara.
Masakkan diatas  api . Masukkan air rebusan ayam dan perasa dengan garam dan cuka.

(SUP AYAM)

1 LABU BAWANG BESAR *Dihiris
2 ULAS BAWANG PUTIH *Dihiris
5 CM HALIA *Di hiris
GARAM SECUKUP RASA
DAUN BAWANG
DAUN SUP
SUP BUNJUT

Cara-cara
Air rebusan ayam dipanaskan. Masukkan bawang besar,bawang putih,halia ,sup bunjut dan garam
secukup rasa. Tambahkan daun sup dan daun bawang. Siapppp…

(KICAP)

2 ULAS BAWANG PUTIH*Ditumbuk
KICAP MANIS+MASIN
SEDIKIT AIR REBUSAN AYAM

Cara-cara
Tumiskan bawang putih,masukkan air rebusan ayam. Tambahkan kicap manis n masin.
Untuk Hiasan : Timun, salad dan  bawang goreng.


April 12, 2015

Bas Oh Bas


BAS OH BAS…..

Duduk berborak dgn akak opis waktu makan tetiba leh kuar cite pasal bas. Dulu, masa zaman sekolah, bas 
tycoon, express qiara,metrobus adalah yang popular sekitar tahun 90an dekat port klang. Masa tu tambang bas kalau dari depan BOMBA berhadapan SM(P) Raja Zarina, rasanya dalam 60sen kot.



 Lupa plak. Kalau nak sejuk  leh pilih bas express qiara or metrobus. Masa ni bas biasa memang tak pandang la. Lebih-lebih lagi bila munculnya bas tycoon. Rasa macam hebat sangat.Kengkonon bas tu la macam ala-ala moden… zaman tu la ye…hahahahah..moden sangat rasanya kalau compare dengan bas lama yang ado… Untuk aku, peluang menaiki bas cuma masa nak pegi tusyen kat Klang . Pegi sekolah pon arwah ayah yg  hantar. Bagi aku nak merasa berjalan sesuka hati memang takdela. Kecuali masa beraya dengan kengkawan sekolah .



Masa ada satu kes, pemandu bas merogol seorang wanita dekat area Bukit 
Tinggi,Klang (masa tu Bukit TInggi masih dlm pembinaan) ,kami bebudak sekolah 
ramai yang mula takut nak naik bas tersebut. Gila seram….rasa tak selamat 
jer..mesti korang semua ingat kisah ni lagi. Lebih-lebih lagi kami yang dok area
Pelabuhan Klang.

Sekarang, bila dah ada kereta , perkhidmatan bas terus tak digunakan.Pernah 
sekali nak merasa naik komuter pegi KL,tinggalkan kereta kat stesyen komuter
port klang. Balik dari KL beriya2 nak naik bas ke Klang. Sampai klang dah 
tercangak-cangak nak balik ke Port Klang. Tempat menunggu bas dah bertukar.
Orang pon ramai bertukar..hahahaha … Dah rasa macam menunggu bas kat 
Bandung & Jakarta jer…Lepas tu macam tempat dorang plak. Ibarat kita ni macam 
pelancong di tempat sendiri. Kalau korang bebudak klang,mesti paham ape yang 
aku rasa masa tu..hahahahha..Terus tobat takmo naik bas lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...