Followers

September 16, 2013

:: Spaghetti Sweetsmiles ::

Rajin la sangat kan...tapi nak buat sesuatu tu biar ada mood yang baik..Insyallah semuanya menjadi...

Hasilnya....

Resepi ... mudah jer... hentam gile...
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 
(tumbuk bahan diatas)
1 biji bawang Holland (potong dadu)
1 paket sosej
1 pek daging cincang (Ramly)
1 Tin kecil tomato puri
4 Sudu besar cili boh (ikut suka , kalau mau pedas)
2 sudu sos tomato 
1 pek spaghetti
2 ketul kiub ayam
2 cawan air
Garam secukup rasa


Cara masak (Spaghetti)
1. Rebus air dalam periuk
2. Masukkan sedikit minyak supaya spaghetti tidak melekat
3. Rebus spaghetti sehingga lembut (kalau tak paham, kt belakang pek spaghetti ada cara-caranya)

Cara masak (Sos)
1. Tumiskan bawang besar & bawang kecil yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, biarkan sehingga cili betul-betul  masak.
3. Masukkan daging cincang, sehingga masak..
4. Masukkan bawang holland & sosej
5. Masukkan air
6. Masukkan kiub ayam & garam secukup rasa...
Biarkan sampai pekat & boleh dihidang...



Mudah je kan....tak perlu sos prego...
Sebelum ni pernah guna sos spaghetti kimball, tapi pren dah ajor wat sendiri...
so buatla..sebab nak rasa yang lebih melayu (kataku)..

Nak mencuba...Silakan....


Bersepah ko... takpe..ni namanya SENI..hahahaha







September 15, 2013

:: Layan Steamboat ::



Semalam dok layan Steamboat Antarabangsa, Harbour Place, Klang..
Kepuasan tak terhingga menikmati steamboat berempat dengan member opis.
Tak ramai macam bulan pose ari tu..Sesak, Sempit, Panas...Selera lapar pon leh hilang...huhu..
Dengan harga RM27/seorang kami menikmati keenakan Steamboat disini...Hebat ayatttt




Kat sini boleh grill depan mata....guna aluminium foil tu je...tak macam tempat yang aku pegi masa buka puasa ari tu..Kami pilih kuah tomyam....Okla, not bad kata omputeh..



Walaupon tak bape meriah tapi tetap meriah sebab kami memang tengah lapar....Pilihan air cuma satu je iaitu Teh O Ais Limau.. yang penting bole refill....Kat sini jugak, ada macam-macam pilihan sayur, mee, ice cream & jeruk....jerukk ok..tapi aku idakla makan.....


Hebat bincang tu...sambil menunggu nak makan..



Kalau nak cuba apa yang kami rasa...Singgah la kat Stemboat Antarabangsa, Harbour Place, Klang...


September 9, 2013

:: UPSR 2013 ~ All the Best ::


Kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR esok, semoga sukses dan berjaya. Buat yang terbaik dan semoga tenang semasa berada didalam dewan peperiksaan. Jangan lupa berdoa sebelum menjawab soalan tau. Buktikan apa yang telah adik-adik pelajari selama ini. Insyallah, semoga dipermudahkan segalanya.


September 8, 2013

:: Trip ~ Langkawi ~ Part 2 ::

Sambung cite.............

Memandangkan tak pernah drive di langkawi, so kami memerlukan perkhidmatan GPS ( Tengkiyu PAPAGO ) ... Rasanya 4 hari di Langkawi , abis satu pulau tu kami pusing.. dari tepi laut sampai la kekaki gunung.... hentam sudah... pusing-pusing tetap di Langkawi...tak mungkin sampai Kuala Pilah, ye tak ????

Ini kali ke 2 aku ke Langkawi. Seperti sebelum ni, aku join company lama yang selalu buat trip. La ni aku pon dah berhenti, tak semestinya tak boleh terbang sana sini..ye tak??? Kunjungan kali kedua lebih best, dari travel bersama bos-bos....hahahaha...lebih explore kata omputih...


Hampir setiap malam kami singgah di sini...setiap kali singgah yang pasti HUJAN. Haji Ismail group sekarang dah ada pusat membeli belah sendiri...Besar gile... Dan macam-macam ADO...






Sarapan pagi kami tak susah nak dicari. Sebelah Cosy inn ada kedai mamak 24jam.
Insyallah kalau sekali lagi ke Langkawi, mungkin Cosy inn pilhan yang strategik disebabkan berhampiran dengan kedai-kedai serbaneka. Yang paling best, Rams Home Decor ada kat belakang bangunan je....


Dok survey magic pan kat Rams Home Decor..

Sebelum shopping, sempat menziarah makam mahsuri.. Sebelum ni tak berkesempatan nak kesana. Bolehlah belajar tentang sejarah Langkawi disini. Sebelum masuk bayar tiket dulu ye.. RM7 untuk orang dewasa.


Baca...jangan tak baca....

Al-Fatihah...

sejuk air telaga nih....

Selebihnya kami bergambar sakan disini...pantang nampak tangga...kompom kami ade disitu...termasuk my omak...hahahahha..So, layan je la erkk....





with my pren


 Dari Makam Mahsuri ke Beras terbakar....terus shopping di Idaman suri...
Menggila my omak membeli belah.. Sehobi plak dengan my pren...mau diazankan kat telinga je rasanya...
hahahaha

Omak den punyo

Yang atas ni pon..mak den punyo...

Hasilnya...penuh bonettttt....

Betul tak mereka ni punya hobi yang sama....Layannnnn berdua jer... aku dok tepi



Sehobi & seminat... Pengsan......
Ok stop dulu...nanti kita sambung lagi.....






September 7, 2013

:: Trip ~ Langkawi ~ Part 1 ::

Terbang ke langkawi 1 September 2013 dalam cuaca hujan yang lebat dari Subang Airport memang menggerunkan..huhuhuhu....dah ada pengalaman naik kapal terbang pon leh gerun gak...tak kena tak tahu....
Sampai pramugari terpaksa duduk tak boleh nak layan disebabkan kapal terbang dok langgar awan tebal je....Kepala tiba-tiba jadi ting tong..hahahhaa

Alhamdulillah, walaupon flight delay .. kami sampai tepat 1 jam selepas penerbangan pada pukjul 540 petang. Kebetulan dalam flight pon kurang dari 15 orang. Almaklum hari ahad. Orang dok pikir esok nak keje, tapi kami dok pikir shopping, shopping, shopping.... 





Penginapan kami di cossy inn berdekatan pekan rabu. Bertiga cuma RM110/malam. Ok la kan...Dok tempat bajet je kali ni, sebab dah kira bajet untuk yang lain.

Cosy Inn...Okla kan.....murah jerkk..

Sewa kereta, keje my pren.....awalnya kami pilih Saga. Bila sampai kat airport langkawi, diberitahu Saga masih digunakan, so diberikan kami kereta Nissan Sentra sport dengan harga RM200 untuk kegunaan kami selama 4 hari 3 malam di Langkawi. Horeyyyy...Kenapa murah?? oooooohh...ada kabel kuat kat sini....tengkiyu pren!


Bermulalah pengembaraan aku,pren & my omak di Langkawi.....
Yippie~~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...