Followers

February 28, 2013

:: Bulan Baru~Semangat Baru ::

Assalammualaikum

Dah lama rasanya tak pot pet pot pet disini......kesibukan diri, kekontangan idea, kerosakan berokben dan macam-macam hal.....membuatkan jejari tembum ni tak dapat menari kt sini...hahahaha..ayat tak menahan langsung...

Esok bulan baru bermula, MAC... Selamat tinggal Febuari, yang punya 28 hari..... Muncul bulan baru, dengan harapan dan semangat baru..Insyallah...Alhamdulillah dengan kenikmatan yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. Semoga semuanya lancar dan dipermudahkan....

Hahaha..len macam je ... Insyallah, sampai masa...kita berkongsi cerita.



February 26, 2013

:: 10 Petanda Jika si DIA adalah JODOH kita ::


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa.
Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui bahawa dia memang ditakdirkan
untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,
mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya
bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan
pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling
memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan
yang ditakdirkan untuk kita bersama. Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan
bahawa dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan
cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum.
Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak
kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.

Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila
dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang
sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan,
jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya.
Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya.
Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan
dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam,
ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin
dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.

Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah
mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu,
kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu
menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum
hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran
bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu
apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan
menjadi milik kita.

Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami
dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Dan Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu
dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila
kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia
kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara
satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila
memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat.
Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu
yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka
masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini.
Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama
ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan
meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat
melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat
melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang
memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya.
Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita
sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam
sebarang situasi.

Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang,
“lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai
bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup
ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang
sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang
mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan
kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.

Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu
menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan
di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya
kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi
dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan
dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang
ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam
yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan
deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat
menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan
pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada
ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah Dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya
perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.
Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk
melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila
kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia
pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik.
Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup
di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa.
Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

“Manusia hanya mampu merancang. Hanya Allah sahaja yang menentukannya”

February 5, 2013

:: Suka Duka JANUARI 2013 ::

Januari 2013 bermula dengan dugaan yang paling besar dalam hidup aku. Hampir 34 tahun, akhirnya aku kehilangan insan yang paling aku sayang iaitu arwah ayah. Cepat benar rasanya masa ni berputar. Hari ni dah sebulan ayah pergi. Hanya Allah je yang tahu perasaan dalam hati ni. Tak tau camne aku boleh jadi kuat menerima dugaan kali ini, mungkin aku sudah bersedia. Atas nasihat teman karib yang sentiasa mengingatkan aku supaya bersedia dan redha sekiranya terjadinya sesuatu yang tidak diingini. Aku redha. Ingat lagi malam terakhir aku membaca yassin untuk ayah, aku menangis...tapi aku terus senyap dan terdiam bila melihat arwah ayah sudah tiada lagi. Sampai hari ni, aku mengelak dari menangis depan mak. Kadang-kadang bila adik bercerita tentang ayah, aku akan cepat-cepat berpaling jika air mata mula keluar. Ya Allah, rindunya..... AL-Fatihah untuk arwah ayah, semoga rohnya terpelihara dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


16 Januari setiap tahun merupakan tarikh keramat tuk diri aku. Happy Birthday to Me...hahahaha....
Sedihnya, tahun ni aku kehilangan arwah ayah seminggu sebelum tarikh lahir. Dugaan.......Apa-apa pon, terima kasih pada semua family, member opis dan my bff yang merancang sesuatu untuk ulangtahun kali ni..

34 tahun dah umur ni, harapan dan doa , semoga dipanjangkan umur , diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan dibukakan luas pintu jodoh untuk diri ni....Aminnnn..


sambut besdey dengan mata sepet.....sakit mata plak...huhuhu....

February 4, 2013

:: PETRONAS CNY 2013: Tau Fu Fah ::



Iklan Petronas sempena CNY 2013, menceritakan perjalan hidup seorang penjual tau fu fah yang jatuh cinta dalam suasana penuh romantik. Mesej dalam iklan ini sangat jelas dengan mengajar kita erti jangan berputus asa.

So....ENJOICE!!!




February 3, 2013

:: Hang Out wif Marsya ::

Assalammualaikum..

Bersarang plak blog ni nanti..dah berapa lama tak update. Semuanya gara-gara kebizian dan kerosakan berokben yang terus melumpuhkan segala aktiviti untuk menghapdet. Alhamdulillah semuanya selesai. Ari sabtu berkejaran ke KL Central semata-mata nak menukar berokben...adoiyaiiii.....YES, yang sekarang NO yang lebihnya.......semakin lembab cam cipan...tapi malam ni bertukar menjadi ribut taufan plak kelajuannya. Tak tahu la berapa lama taufan ni kekal. YES or NO ?? hahaha.....

Ke KL CENTRAL dengan anak sedara, Marsya...Budak bising , mulut pot pet pot pet...cam murai...Mula-mula pujuk takmo pegi....katanya tak suka naik ketapi...adoiyaiiii, dia punye citer macam dah penat naik...padahal seumur hidup dia tak pernah dibawak pon melainkan naik kete je.....

Bila 1st time naik....dah terserlah kejakunan dia...hahahahaha...tapi kelakar tengok gelagat dia...

Marsya : Acik, kenapa tak jalan lagi....kenapa slow je ....wahhhhhhhh laju laaaaaaaaaaaaa....

Me : Adik ckp semalam tak suka naik komuter.....

Marsya : Adik cakap je.....sekarang dah suka....

Pergi KL Central semata-mata tukar berokben....dalam 1 jam, dia dah sebok nak balik....dengan niat yang sebenar...DIA TAK SABAR NAK NAIK KOMUTER LAGI...hahahaha.....

Jom Layan gambo CIk pot pett nihh...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...