Followers

February 5, 2013

:: Suka Duka JANUARI 2013 ::

Januari 2013 bermula dengan dugaan yang paling besar dalam hidup aku. Hampir 34 tahun, akhirnya aku kehilangan insan yang paling aku sayang iaitu arwah ayah. Cepat benar rasanya masa ni berputar. Hari ni dah sebulan ayah pergi. Hanya Allah je yang tahu perasaan dalam hati ni. Tak tau camne aku boleh jadi kuat menerima dugaan kali ini, mungkin aku sudah bersedia. Atas nasihat teman karib yang sentiasa mengingatkan aku supaya bersedia dan redha sekiranya terjadinya sesuatu yang tidak diingini. Aku redha. Ingat lagi malam terakhir aku membaca yassin untuk ayah, aku menangis...tapi aku terus senyap dan terdiam bila melihat arwah ayah sudah tiada lagi. Sampai hari ni, aku mengelak dari menangis depan mak. Kadang-kadang bila adik bercerita tentang ayah, aku akan cepat-cepat berpaling jika air mata mula keluar. Ya Allah, rindunya..... AL-Fatihah untuk arwah ayah, semoga rohnya terpelihara dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


16 Januari setiap tahun merupakan tarikh keramat tuk diri aku. Happy Birthday to Me...hahahaha....
Sedihnya, tahun ni aku kehilangan arwah ayah seminggu sebelum tarikh lahir. Dugaan.......Apa-apa pon, terima kasih pada semua family, member opis dan my bff yang merancang sesuatu untuk ulangtahun kali ni..

34 tahun dah umur ni, harapan dan doa , semoga dipanjangkan umur , diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan dibukakan luas pintu jodoh untuk diri ni....Aminnnn..


sambut besdey dengan mata sepet.....sakit mata plak...huhuhu....

4 comments:

  1. alfatihah untuk arwah ayah...

    sedih saya dengar..ayah saya pun dah 60..alhamdulillah masih sihat...sll doa agar dipanjangkan umur..cuma kdg2 dalam hati wujud kerisauan...

    be strong ye...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih...dulu pon saya pernah ada perasaan yg sama macam awk...Ajal itukan salah satu rahsia ALLAH. So, kita diminta tuk bersedia walau dlm keadaan apa sekali pon..

    ReplyDelete
  3. Kita sebagai ank pasti Akan merasakn pergalaman mcm yati. Cepat dgn lmbt jer. Akk pon takut mengalami setuasi seperti ni. AlFatihah buat arwah ayah yati.

    Akk pon baru jer baik Dari sakit mata. Happy Baleted Birthday Yati.. Semoga jodoh diketemuakan.. Amin.

    ReplyDelete
  4. Thanks akak.....Smg kita semua bersabar dlm menempuh setiap dugaan dar Allah S.W.T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...