Followers

June 27, 2012

:: Lesung Pipit Ku ::

 Lesung pipit ?? ape tu ?? ooo yg ade kt pp tu ke....comel ke ?? hahaha .. katenye CACAT plak....Kalau korunk nak tau, dlm adik beradik yg 5 orang ni...cuma 3 orang je da lesung pipit nie...tapi la ni dah berkembang ke anak2 sedara aku...Tapi betulke lesung ni menambahkan kemanisan dalam senyuman (perasan plak) betul la kot kan ... Sweet Smiles plak katenya...hahaha....perasan lagii...

Lesung pipit bisa muncul di kedua pipi atau hanya di salah satu pipi saja dan biasanya akan terlihat dengan jelas di wajah seseorang ketika ia sedang tersenyum, makan , berbicara atau tertawa. Beberapa orang memiliki lesung pipi yang dalam dan sangat terlihat, sedangkan yang lainnya hanya terlihat samar-samar.

Fenomena lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen lesung pipit yang dominan. Jika salah satu orangtua atau memiliki lesung pipit, maka ada kemungkinan lesung pipit ini akan diturunkan ke generasi berikutnya. Anak-anak yang terlahir dari salah satu orangtua dengan lesung pipit akan memiliki kesempatan sebesar 25-50 persen.

Seperti dikutip dari NCTimes, Rabu (29/12/2010) Dr Joel Pessa, seorang ahli bedah plastik di University of Texas Health Science Center dalam makalah yang diterbitkan jurnal Clinical Anatomy tahun 1998, menuturkan lesung pipit disebabkan oleh kecacatan dari otot zygomaticus utama. Lesung pipit yang muncul pada wajah seseorang diakibatkan oleh otot zygomaticus utama yang lebih pendek daripada ukuran sebenarnya atau otot ini terbelah menjadi dua, kondisi ini menyebabkan adanya lekukan pada pipi.


haha..ambik ko...cacat plak katanya...tapi yang cacat ni yg bule wat senyuman bertambah manis...lagi plak ade yg nk buking2 lesung pipit nie...kot boleh ku lekokkan kt pipi korunk takpe la...hahahaha. Ape pon bersyukur dgn adenya LESUNG PIPIT ku.....sebab tak semua yang ade tau....


lesung pipt aku ala2 pretty zinta.....kannnnnn..hahahaha....

:: Sakaratul Maut ::

sumber :: lenggangkangkung.blogspot

Sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir kematian.
Setiap kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti.
Sakaratul maut adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan.

Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut.
Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air, kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)

Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti.

“Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”.
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menhadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkom. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”.

Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”.

Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut “LA ILA HA ILLALLAH” di saat genting sakaratul maut nanti.

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432].

Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan “LA ILA HA ILLALLAH”, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "

Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita.

Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul hotimah).

Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul hotimah).

Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul hotimah.

“Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab”
(Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.)

“Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah”
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk)



DOA RINGKAS SELEPAS SOLAT ::

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

June 26, 2012

:: Info~Penyakit Kayap ::



Mengalami gatal-gatal di badan pasti merimaskan, tambahan pula kesakitan yang mencucuk-cucuk sehingga timbul bintik-bintik kemerahan di bahagian berkenaan.

Kemunculan bintik-bintik tersebut biasanya berlarutan selama 2 atau 3 hari sebelum menggelembung dan pecah mengeluarkan cecair dengan bau kurang menyenangkan. Malah ada juga yang mengeluarkan nanah di bahagian yang gatal itu, disusuli pula dengan sakit yang menyengat.

Bagi yang memandang remeh, pasti menganggap bintik-bintik tersebut sebagai masalah gatal biasa tetapi sebenarnya ia adalah sebahagian daripada simptom

penyakit kayap.


Rawatan Segera
Jika terdapat simptom tersebut, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan dengan segera. Ini kerana serangan kayap ini sangat menyakitkan kerana ia melibatkan urat saraf, selain membahayakan kesihatan.

Keadaan ini jika tidak diberikan rawatan awal akan menjejaskan kesihatan, lebih-lebih lagi jika ia menyerang pada bahagian-bahagian sensitif seperti
mata.

Bagi pesakit yang terkena kayap di bahagian mata, mereka seharusnya dirujuk kepada pakar mata untuk memastikan tidak ada perkara-perkara serius yang berlaku kepada pesakit tersebut. Kayap boleh membuatkan seseorang itu buta jika tidak dirawat.




Menjalar
Serangan kayap biasanya dikesan melalui kesan tompokan kemerah-merahan pada kulit dan menggelembung serta berisi air. Bagaimanapun terdapat juga yang mengandungi nanah serta menyebabkan kulit menjadi hitam-kehitaman serta menjalar berselerak ke bahagian badan yang tertentu.

Pesakit yang mendapat kayap akan mengadu sakit yang mencucuk-cucuk atau kebas di atas lingkaran tersebut. Malah pesakit juga boleh merasai mereka seperti diserang sakit
jantung jika lingkaran itu merebak.

Gelembung-gelembung berair juga akan timbul di atas lingkaran tadi. Dalam tempoh seminggu gelembung itu akan pecah dan kering lalu mengeruping.



Jangkitan Virus
Kayap adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster dan bertindak menyerang seseorang yang mempunyai daya ketahanan badan yang lemah.

Kebiasaannya golongan warga emas menjadi sasaran utama penyakit ini kerana golongan ini lazimnya mempunyai sistem imuniti yang agak lemah. Bagaimanapun terdapat juga golongan kanak-kanak yang dijangkiti kayap biarpun peratusannya terlalu rendah iaitu sekitar 5%.

Serangan kayap biasanya berlaku pada bahagian pinggang ke atas. Bagaimanapun ia kadangkala juga berlaku pada bahagian sulit.

Malah kajian membuktikan sebanyak 55% kejadian kayap berlaku di bahagian pinggang ke atas, 20% di bahagian muka, 15% berlaku di bahagian bawah pusat ke bawah manakala 5% berlaku di bahagian sulit dan punggung.



Rawatan
Pesakit akan diberikan ubat mematikan kuman serta ubat tahan sakit. Kebiasaannya ubat anti virus perlu dimakan selama 7 hari bagi memastikan kuman tersebut betul-betul hilang.

Sekiranya pesakit dalam keadaan yang kritikal, ia akan diberikan suntikan. Bagaimanapun, yang penting ialah diagnosis penyakit harus dipastikan terlebih dahulu.

Rawatan segera sangat diperlukan bagi mengurangkan kesan buruk kayap khususnya yang terkena pada mata dan mengurangkan kesan sakit.



Ular Dalam Tubuh
Kepercayaan bahawa penyakit ini disebabkan oleh ular dalam tubuh pesakit adalah tidak benar, begitu juga kepercayaan kononnya bila lingkaran bertaut pesakit akan mati.

Semua itu adalah karut. Hakikatnya keadaan itu berlaku kerana ia berpunca daripada urat saraf yang terdapat di badan pesakit tersebut.







June 25, 2012

:: Renew Pasport ::

Assalammualaikum n Selamat Makan Tengah hari sume...

Risau gak pasal renew pasport nie...mane la taukan....ekceli pasport aku expired 14.02.2013, so ade 7 bln sebelom had maksima. leh gak wit gune tuk benda lain...balik dari zam zam alakazam baru la renew kan..yela..tuk next trip plak...hahahaha...

Tak puas ati punye pasal...aku sanggup call Jabatan Imigresen..bkn ape..tuk kepastian, ye tak...Kalu nk renew pon bole katanya..hahahaha...lps balik nanti la yeeee...xcukup call, aku email gak...saje je...kasi bertambah2 puas dihati...

Untuk informasi mengenai pasport antarabangsa ... jom kite jengah sini JABATAN IMIGRESEN


Permohonan Gantian Pasport Melalui Kaunter
Buku pasport baru akan dikeluarkan kepada permohonan gantian pasport.


Jika pemohon ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum tamat tempoh sahlakunya , baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam Pasport lama akan dimasukkan ke dalam Pasport baru dengan syarat-syarat berikut:

a. Bukan kes hilang atau rosak
b. Bukan kes dalam siasatan
c. Bukan permohonan gantian pasport untuk tempoh sahlaku dua(2) tahun


KategoriDokumen yang diperlukan
Pemohon bawah 18 tahun
  • Sama seperti dokumen yang dinyatakan pada kali pertama permohonan kecuali sijil lahir yang hanya diperlukan jika anak di bawah usia 12 tahun bagi tujuan dokumen pengenalan diri.
  • Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm
  • Kehadiran ibu/bapa/penjaga sah untuk tujuan kebenaran permohonan.
Pemohon atas 18 tahun
  • MyKad Pemohon
  • Kad Pengenalan Sementara (Resit JPN.KPPK 09 atau 11)(sekiranya tidak memiliki MyKad)
  • Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm

June 23, 2012

:: Happy Birthday~MSH ::












" Selamat Hari Lahir utk sahabat saya ... MARIA SYUHAIRAH HAWA .. Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan HATI..Terima kasih menjadi sahabat saya selama 20tahun...tempoh yang agak lama...walaupon pernah berkecik hati sesama sendiri...tapi kite wat bodo je kan...hahahaha...terima kasih menjadi sahabat yg sentiasa disisi disaat suka,gembira dan AIRMATA " ....   24 JUNE ~FRENZ FOREVER~



June 22, 2012

:: Tazkirah Jumaat~Fadilat Jumaat ::


ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Siapa yang
membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.



Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Siapa membaca pada pagi Jumaat
sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.



Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.


Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.


Nabi Muhammad bersabda:
Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

June 21, 2012

:: Beruntungnya Perempuan mempunyai RAHIM ::

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM


- Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

- Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

- Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

- Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

- Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. 
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,
dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, 
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. 
Di dunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

 - Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, 
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita &
 isteri agar tidak derhaka denganNya..


P/s : 
Saya copy artikel ni dari fb..

:: ~Kisah Aku~ ::

Assalammualaikum n slmt tengah hari..

Hari nie 1 Syaaban, so tinggal lagi sebulan je kita nak berpuasa kan..Hari nie juga genap 17hari Dia pergi. Alhamdulillah , aku semakin ok n dapat semula semangat yg dulu. Tapi ada masa , hati n kepala nie dok teringat2 kenangan bersama arwah. Hurmmm, disebabkan tu aku skrg cuba sibuk2 kan diri.

Aktiviti aku terkini...hadpet blog tak abis2..hahaha...dok nolong kwn baking membaking...kalau boleh, aku nak ade orang disekeliling supaya aku lebey leka. Bila sunyi, pikiran ni mula la ....Bukan niat nak melupakan terus tau.. tapi aku juga perlukan ketenangan. Kenangan bersama ttp aku simpan rapi dalam hati.

Nak dekat pose nie teringat plak kenangan g shopping sama...walaupon diberi kesempatan shopping raya, beraya, sambut besdey bersama cuma SEKALI. Aku tetap Bersyukur. Arwah yg kukenali seorang yg happy, suke tawa kuat2 n ada masa je garang cam harimau... hihihi.. tu pon sebab aku yg degil katanya.. Ape pon dia seorang yg amat menyenangkan dan menyakinkan .Tapi sayang , Ajal dah menjemputnya pergi.
Semoga dia dilindungi dan ditempatkan dikalangan org yang beriman. Al-Fatihah.

Kalau pose tinggal sebulan je, aktiviti zam zam alakazam aku tgal bape minggu je nih..hihihi... tak sabar rasanya nk naik tikar terbang lagi sekali. La ni dok pk nk kene renew passport ke idak. Nak renew kene duit lagi, tapi bila difikirkan tmpoh tu cam cukup2 makan je..dari aku terkandas kt negara pasir berdengung, baik aku renew kan...hahahaha.... Play Safe... ahaks..

Sepanjang minggu nie bz sangat rasanya. Start dari minggu ni sampai la ke minggu zam zam alakazam mmg bz.. sume dah ade plan. Yang pasti bulan depan aku naik nak balik SEREMBAN jupe family arwah.. Rindu kt adik dia...huhuh... Nur Aishah nt kite jupe k....kite g kubur abg sama2 k....tgu akak tau...






Mood :: Nak Senyum sampai Tinge .. hihihi

:: Orang-Orang Yang Akan Menanggung Dosa Seorang Wanita ::


Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:

‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:
  • Suaminya.
  • Ayahnya.
  • Saudara lelakinya.
  • Anak lelakinya.

Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?

Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:

Sahabat
Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.

Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:

Tegur dengan tangan jika terdaya.
Tegur dengan mulut jika terdaya.
Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.
Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?


Orang yang melihat
Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.

Jurufoto
Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.

Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.
Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.

Penjual/ penyebar
Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.

Pembeli/ pembaca
Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.

Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.


Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah….

June 20, 2012

:: Tips~Berdepan Boss yg Cerewet & Pemarah ::

Berdepan Boss Yang Cerewet dan Pemarah

Definisi boss bermasalah: cepat marah, tidak sabar, kuat mengarah, banyak cerewet, susaah untuk dipuaskan, menyibuk dalam semua aspek kerja anda. Ada orang boleh tahan dengan semua ini dan masih terus menjalani kehidupan normal. Namun ada yang menjadi stress lalu kehidupan mereka terganggu.
Image Detail
=gmbar dia atas adlh Mr.Kelam-kabut
Artikel ini ialah untuk golongan itu. Jadi terus baca kalau anda ialah salah seorangnya.
Image Detail
1. Kenali boss anda. Kalau boss memang sudah memeningkan kepala anda, buat apa nak kenali dia dengan lebih dekat? Percaya atau tidak, seseorang itu melayan kita seperti mana dia melayan dirinya sendiri.
Boss bermasalah ini selalunya tidak tahu bagaimana untuk menghargai diri sendiri. Jadi mereka menyerang self-esteem orang bawah untuk buat mereka rasa kuat dan dihargai.
Nak mengubah manusia memang kita tidak boleh. Boss kita pun tidak ada bezanya. Jalan terbaik ialah menyesuaikan diri dengan corak peribadi dan emosi boss kita supaya kita tahu cara untuk memuaskan, atau sekurang-kurangnya mengelak, ego boss kita.

2. Bila sudah kenal boss, cari sisi-sisi peribadi atau hidupnya yang anda mungkin boleh suka. Paling penting, layan dia seperti anda mahu diri anda dilayan.
Anda tidak perlu membodek boss untuk buat dia suka pada anda. Itu tidak jujur. Kesetiaan dan komitmen lebih penting. Kesungguhan ialah emosi yang merebak dan boss anda pasti akan menghargai anda sekiranya anda menunjukkan kesungguhan dalam kerja.
3. Kalau tidak boleh juga jadi lah boss sendiri. Ada orang memang tidak akan berubah walau sebaik manapun kita cuba berbaik dengannya. Jadi jangan buang masa. Tukar kerja.

Tips Utk Bos jenis Pemarah.
Image Detail

Tips 1: Bersangka baik dengan sikap panas barannya.

Biasanya bos yang panas baran ni dia orang yang “high expectation”. Citarasanya tinggi. Dia agak cerewet.
Sepanas-panas baran dia tu, kat dalam hati dia sebenarnya baik, cuma cakapannya kekadang sedikit kasar kerana emosinya sensitif pada perubahan situasi disekitar tempat kerja. Sebab tu asal ada saja yang tak kena, dia akan cepat melenting.
Untuk mengambil hati seorang bos yang panas baran, Anda perlu mencapai ekspektasi yang dimahukannya. Anda kena tunjukkan dia kerajinan Anda, professionalisma Anda juga kecekapan Anda bekerja supaya dia sedar yang Anda akan kelebihan tersendiri.
Berikan dia idea-idea bernas dari kepala Anda. Beranikan diri memberi pendapat di kala rakan-rakan sekerja Anda teragak-agak untuk mengutarakan pendapat mereka.
Stand out from the crowd! sikap panas baran tu jika dipandang dari sudut lain sebenarnya mendesak Anda untuk memajukan diri sendiri supaya prestasi Anda sama seperti prestasi cemerlangan yang dimahukan oleh bos Anda.

Tips 2: Dalam dia marah-marah tu, mesti ada waktu untuk dia ‘cool’ seketika.Orang yang panas baran ni, hatinya tetap baik. Bawa dia bercerita pasal family, anak-anak, ahli keluarga dia, majlis-majlis tertentu, sukan rekreasi yang dia selalu main dan bawa dia bercerita tentang kisah hidupnya. Seorang bos akan merasa bangga apabila ada staff dia yang nak tahu cemana dia berjaya hingga dapat memegang jawatan sekarang ini.
Sudah tentu dia akan menceritakan pengalamannya dengan senang hati.
Bila dia sudah senang hati, mudahlah untuk Anda berdepan dengannya bila-bila masa. Anda boleh dekati dia. Dia juga akan merasa selesa berdekatan dengan Anda.
Tips 3: Bila bos Anda marah Anda, biarkan saja dia marah Anda semarah yang dia boleh marah.Orang panas baran ni dia ada perasaan sakit hati pada situasi-situasi tertentu dalam hidup. Semua perasaan sakit hati tu terkumpul lama dalam ingatannya. Makin lama makin menambah, makin membanyak. Mugkin dia ada masalah kewangan, masalah perhubungan atau simply merasa tertekan dengan timbunan kerja.
Bila dia ada peluang untuk marah, dia akan lepas semua perasaan sakit hati yang terkumpul. Apabila Anda berdepan dengan bos yang pemarah, panas baran dan cepat naik marah, biarkan saja dia marah selagi mana dia marah.
Beri dia peluang untuk lepas kesemua yang terbuku kejap di hatinya. Dia gunakan kemarahan pada anda sebagai cara untuk dia lepas geram. Elak untuk memberi apa-apa respon pada kemarahannya.
Lama kelamaan bila marahnya sudah reda, bila geramnya dah hilang power dia akan menjadi seseorang yang amat baik.
Masa nilah Anda boleh gunakan untuk mendekati dia. Pastikan suasana ketika itu sunyi, bebas dari apa jua gangguan. Beritahu bos Anda yang Anda faham dengan situasi-situasi sukar yang dihadapi olehnya. Pasti hatinya luluh dengan keikhlasan Anda.
Bos Anda akan menganggap Anda seorang kakitangan yang boleh dipercayai. Selepas itu, setiap kali Anda berdepan dengannya atau duduk berhampiran dengannya, Anda akan merasa selesa – tak ada takut-takut atau segan-segan.
Setiap orang yang kena marah memang akan susah melupakan rasa kemarahan itu, melainkan kita anggap yang kita sedang memberi peluang kepada bos kita untuk melepaskan tekakan yang dah lama terbuku di hatinya, seperti yang dikatakan tadi.
Inilah cara untuk kita tahan kena marah. Bersangka baiklah dengan kemarahannya.


Tips ni aku gugel dari laman web motivasi..sharing is caring bak kataku.. Nasihat aku, agak2 xleh tahan dgn  bos korunk...TUMBUK je..hahahahaha....

:: Kisah & Tauladan~Hargailah Air Mata Wanita ::



Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Karena aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan kapan pun ia butuhkan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."

:: Sinar~Duda diperdaya gadis sunti ::


Mohd Adnan menunjukkan laporan polis yang dibuat.

REMBAU – Seorang duda nekad membuat laporan polis bagi menuntut ganti rugi terhadap seorang gadis dikenali Fidah berusia 16 tahun setelah menyedari dirinya ditipu dengan janji-janji manis gadis berkenaan yang mahu mengahwininya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).
Setelah membujang kira-kira 29 tahun, duda berkenaan, Mohd Adnan Hamid, 60, dari Kampung Rendah, di sini, akhirnya terpaut hati kepada gadis yang dikenali Februari lalu di sebuah kedai makan di pekan berkenaan sebagai pekerja kedai makan.

Menurutnya, dia seolah-olah berasa bertanggungjawab untuk membantu gadis berkenaan dan atas dasar itu, dia menghulurkan bantuan kewangan kepada gadis berkenaan setiap bulan bermula Februari lalu.
sambung baca ------------->>> sinar


" Cinta tak mengenal usia...cian atok...tapi aku dok heran...budak 16thn, sekolah pon x abis lagi....akal pon tak cukup..rasanya dia gunakan atok nie tuk kepentingan peribadi...g ambik SPM dulu dik...byk benda nk wat lagi dr dok menipu org..lebey2 yg kurang kasih sayang ...ape pon tak boley "

:: Rahsia Tahi Lalat ::



Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.

Bahagian Badan & Firasat

Bibir atas kanan : Banyak rezeki, pandai

Bibir atas kiri : Ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan : Disegani orang, ramai yg suka

Bibir bawah kiri : Pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan : Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri : Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah : Tercapai cita-cita

Biji mata kanan : Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri : Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan : Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri : Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan : Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri : Malas dan suka duduk

Betis kanan : Suka berhibur, boros

Betis kiri : Rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan : Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutut kiri : Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan : Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri : Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang : Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan : Cerdas dan cekap

Kening kiri : Cerdas, sopan santun

Tengah kening : Keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan : Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri : Suka berpoya-poya

Ketiak kanan : Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri : Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan : Suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri : Kehendak kuat

Batang hidung : Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung : Banyak rezeki

Dagu bawah kanan : Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri : Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri : Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki) : Bakal beristeri 2

Tumit kanan : Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri : Baik budi

Alis kanan : Suka menolong, baik hati

Alis kiri : Ramai yang suka

Pangkal peha kanan :  kemahuan kuat

Pangkal peha kiri : Suka kerja apa pun

Telapak kaki kanan : Tak mudah mengeluh

Jari kaki kanan : Suka menolong

Jari kaki kiri : Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan : Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri : Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan :  Baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri : Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan : Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri : Menepati janji dan rajin

Pipi kanan : Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan : Ramai yg suka

Tengah-tengah pipi kiri : Ramai teman

Ubun-ubun : Kurang jujur

Pusat : Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan : Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri : Beroleh kemliaan

Pinggang kanan : Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri : Disayang pasangan hidup

Dada kanan : Dapat mengatasi masalah

Dada kiri : Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan : Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri : Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan : Kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri : Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan : Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri : Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan : Banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri : Banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan : Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri : Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam : Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam : Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar : Baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri : Murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan : Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas : Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas : Baik budi, ramai yg suka

Kelopak mata kanan bawah : Agak malas

Kelopak mata kiri bawah : Agak bodoh, kurang bijaksana

June 18, 2012

:: Family Day~ Hotel Impian,Morib ::


Awal bulan nie asyik citer sedey je kan..huhuhu..Dlm sedih2 tu..nak gak cite pasal hepi2...yang pergi tetap pergi...bagi yang masih hidup, kehidupan harus diteruskan..kenangan bersama tetap disimpan rapi didalam hati...rindu sgt dia...huhu...Al-Fatihah.

Ok la, cite hepi2 kan....hurmm....awal bulan ari tu..aku join family adik n along ke Hotel Impian, Morib.
Budak2 hepi la dpt suwimm2...nie pon sbb adik aku nk bawak ayah aku g jejalan..yela bohsan dok kt spital....Alhamdulillah, ayah aku kuar awal...so planning antara dorunk ni ON la. Aku yg pada asalnya tak ikut, terpaksa pegi sebab along aku keje...so kene DRIVE tuk akak ipar..xpela....

Kami ambik chalet mengadap ke laut. Tapi jangan salah sangka yew...laut kat situ x leh nak berenang. Chalet ni cuma dipisahkan tembok besar dgn laut. Dok kat tepi tu ok la, nak berenang?? heheh...jangan cari pasal...xde sape nk terjun nanti..hahaha

Chalet rege dia kalau tak silap aku dlm RM250 untuk semalam.Selain chalet hotel ni pon ada menyediakan bilik. So under bajet kene la bawak toto n bantal sendiri. Janji dapat temankan budak2 ni g mandi kolam. Tu je agenda utama dorunk.hihihi

Untuk warga lembah klang, kalau nak bercuti tapi malas nak pergi jauh2 atau punya masa yg terhad bole la datang ke sini.

Jom layan gamba ....
























Hotel Impian Morib
Contact no: Address:Lot 183 & 184, Jalan Morib, 42700 Banting, Selangor
Tel No.:            +603-3198 2070      Fax No. :+603-3198 2346


:: Petua Motivasi Kerja ::


Jom kita menghayati pesanan Dr Fadzilah Kamsah ini sebagai renungan diri saya sendiri & anda semua “Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria. Ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena.”

Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja, Maka hasilnya juga adalah “biasa” saja. Manakala sesiapa yang datang dengan ceria, maka hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Justeru, bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.

Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan dari ALLAH. Amin.
Mari kita renung-renungkan perkara ini ;
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja langsung.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, tapi rupa-rupanya kita jer yang buat ‘KELAM KABUT’.
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya suka MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita hanya nak MENGADA-NGADA .
  7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’
  8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera…tapi manusia tetap manusia..
Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?


Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, Tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan … kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti… tapi kalau kita asyik dengki mendengki…Nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..saper suruh.
Renung-renungkanlah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya “Mengkritik tidak bererti menentang. Menyetujui tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...