Followers

June 26, 2012

:: Info~Penyakit Kayap ::



Mengalami gatal-gatal di badan pasti merimaskan, tambahan pula kesakitan yang mencucuk-cucuk sehingga timbul bintik-bintik kemerahan di bahagian berkenaan.

Kemunculan bintik-bintik tersebut biasanya berlarutan selama 2 atau 3 hari sebelum menggelembung dan pecah mengeluarkan cecair dengan bau kurang menyenangkan. Malah ada juga yang mengeluarkan nanah di bahagian yang gatal itu, disusuli pula dengan sakit yang menyengat.

Bagi yang memandang remeh, pasti menganggap bintik-bintik tersebut sebagai masalah gatal biasa tetapi sebenarnya ia adalah sebahagian daripada simptom

penyakit kayap.


Rawatan Segera
Jika terdapat simptom tersebut, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan dengan segera. Ini kerana serangan kayap ini sangat menyakitkan kerana ia melibatkan urat saraf, selain membahayakan kesihatan.

Keadaan ini jika tidak diberikan rawatan awal akan menjejaskan kesihatan, lebih-lebih lagi jika ia menyerang pada bahagian-bahagian sensitif seperti
mata.

Bagi pesakit yang terkena kayap di bahagian mata, mereka seharusnya dirujuk kepada pakar mata untuk memastikan tidak ada perkara-perkara serius yang berlaku kepada pesakit tersebut. Kayap boleh membuatkan seseorang itu buta jika tidak dirawat.




Menjalar
Serangan kayap biasanya dikesan melalui kesan tompokan kemerah-merahan pada kulit dan menggelembung serta berisi air. Bagaimanapun terdapat juga yang mengandungi nanah serta menyebabkan kulit menjadi hitam-kehitaman serta menjalar berselerak ke bahagian badan yang tertentu.

Pesakit yang mendapat kayap akan mengadu sakit yang mencucuk-cucuk atau kebas di atas lingkaran tersebut. Malah pesakit juga boleh merasai mereka seperti diserang sakit
jantung jika lingkaran itu merebak.

Gelembung-gelembung berair juga akan timbul di atas lingkaran tadi. Dalam tempoh seminggu gelembung itu akan pecah dan kering lalu mengeruping.



Jangkitan Virus
Kayap adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster dan bertindak menyerang seseorang yang mempunyai daya ketahanan badan yang lemah.

Kebiasaannya golongan warga emas menjadi sasaran utama penyakit ini kerana golongan ini lazimnya mempunyai sistem imuniti yang agak lemah. Bagaimanapun terdapat juga golongan kanak-kanak yang dijangkiti kayap biarpun peratusannya terlalu rendah iaitu sekitar 5%.

Serangan kayap biasanya berlaku pada bahagian pinggang ke atas. Bagaimanapun ia kadangkala juga berlaku pada bahagian sulit.

Malah kajian membuktikan sebanyak 55% kejadian kayap berlaku di bahagian pinggang ke atas, 20% di bahagian muka, 15% berlaku di bahagian bawah pusat ke bawah manakala 5% berlaku di bahagian sulit dan punggung.



Rawatan
Pesakit akan diberikan ubat mematikan kuman serta ubat tahan sakit. Kebiasaannya ubat anti virus perlu dimakan selama 7 hari bagi memastikan kuman tersebut betul-betul hilang.

Sekiranya pesakit dalam keadaan yang kritikal, ia akan diberikan suntikan. Bagaimanapun, yang penting ialah diagnosis penyakit harus dipastikan terlebih dahulu.

Rawatan segera sangat diperlukan bagi mengurangkan kesan buruk kayap khususnya yang terkena pada mata dan mengurangkan kesan sakit.



Ular Dalam Tubuh
Kepercayaan bahawa penyakit ini disebabkan oleh ular dalam tubuh pesakit adalah tidak benar, begitu juga kepercayaan kononnya bila lingkaran bertaut pesakit akan mati.

Semua itu adalah karut. Hakikatnya keadaan itu berlaku kerana ia berpunca daripada urat saraf yang terdapat di badan pesakit tersebut.







1 comment:

  1. health tips should b follow..
    thanks pren.
    -vish

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...