Followers

January 31, 2012

:: kisah Hati~Alyah ::



Dah beribu kali dgr lagu nih...lom lg citer time karok...berpuloh kali nyanyi lagu nih...telinge ni ttp rase x puas jew...lebey2 lagi bile alyah wat live performance masa AJL26....lasyatttt weihhhhhhhh!!
Tahniah~walaupon sekadar memenangi persembahan terbaik AJL26, vocal n persembahan tidak mengecewakan...cayalah........enjoyyyyyyyy!!

January 16, 2012

:: Sehari~utk lebey Matang ::

Setiap bermulanya tahun baru, aku menghitung hari utk menjadi lebey matang..hahaha...
Ayat nak kaver diri, takpelah ianya cuma sekadar angka. Seingat aku saat paling indah diraikan teman-teman rapat 2 tahun yang lepas. Selepas tu ok la....sampai yang datang dpn pagar wat seperais...hihihi
Untuk 2012, aku berharap akan diberi umur yang panjang, diberi kesihatan yang baik , dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan berpanjangan , Insyallah.

2012, Insyallah permulaan yang baik untuk aku dan dia. Semoga apa yang kami rancang dipermudahkan oleh NYA.

Untuk teman2, doakan terbaik utk kami dan doa kami yang terbaik utk anda semua.
-AMIN-




p/s : tq for my lovely pren~ sblom ko smpai aku da update blog nie~thanks anto kek for 2nd year....




January 13, 2012

:: BR1M~Bantuan Rakyat 1 Malaysia ::



Info terbaru untuk rakyat Malaysia yang memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), pembayaran akan dibuat selama 2 bulan bermula 15 Januari melalui baucer tunai secara berperingkat-peringkat.
Sesiapa yang memohon akan diberitahu keputusan melalui pos atau boleh menghubungi
talian  1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012.

Bagi yang tidak berkesempatan memohon, tarikh tutup permohonan dilanjutkan selama sebulan iaitu pada 10 Febuari 2012.


~ ahaks....cam berita terkini lak ~

:: Kenaikan Pencen RM20?? ::

Panas n3 malam nie...bukan nak menghentam tapi inilah hakikat sebenarnya..Pesara kerajaan yg setelah hampir 16 tahun bersara dengan pencen bawah dari RM500?? Memang masih boleh teruskan hidup, tapi dengan keadaan ekonomi semasa yang serba serbi mahal dan tinggi nilainya, ape lah sangat dgn jumlah pencen sebanyak  tu.

Sepatutnya tetapkanlah pencen minimum RM700 bagi setiap pesara. Untuk tahun 2013 dan tahun-tahun seterusnya , dgn kenaikan 2% setiap tahun, berapa sangatlah kenaikan yg akan mereka dapat.

Jadi tentera gak untung...ahaks...



:: Ape pon tak boley ::

January 9, 2012

:: Mengalah~lebey baik~utk diri sendiri ::

Assalammualaikum

Len mcm je tajuk n3 ari nie..tapi takde ape2 arr..ok jeww...cuma melahirkan sesuatu perasaan yg ntah ape2...Mengalah? pd siapa? tak kira la pada sesiapa pon...yg penting untuk menjadikan sesuatu perkara tu menjadi lebey baik..tuk diri kita or pada org lain....tak salah jika kita mengalah pada sesuatu perkara..

Walaupun mungkin ia amat menyakitkan hati, tak salah kita diam, senyum, dan tak perlu kata apa2...
Bersyukur dgn apa yang kita ada, sekurangnya kita tahu diri kita yang sebenarnya..Banyak benda yang berlaku pada diri ni dari dulu hingga sekarang, membuatkan aku jadi cukup serik dan pada masa yang sama, aku melalui satu proses mematangkan diri.

Syukur Alhamdulillah, aku punya sesuatu yang membuatkan aku amat bahagia,selain keluarga,teman2 rapat dan wujudnya seorang insan yang amat aku sayangi..yg pada aku, Dia seorang yang amat memahami dan ikhlas menerima aku dlm hidupnya. Aduiiiiyai..tacing lak tetiba (nak nangis nih)

Jangan salah sangka, cuma terasa diri nie ingin berkongsi sesuatu mengenai KISAH HATI yang pernah buat diri aku terasa JAUH HATI satu ketika dulu...

utk 2011~ Selamat Tinggal Sepi.
2012 kini~Bahagia Menanti......


~Adios~


January 8, 2012

:: myMetro~Jampi pejal payudara::

BAIK PUNYA...Kak Mah menunjukkan cara rawatannya untuk menjadikan wanita lebih cantik.


KOTA BHARU: Gabungan urutan ‘overhaul’, membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.
Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut ‘overhaul’.

Baca kt sini ~~~~> MyMetroJampi pejal payudara


P/S : Ini macam pon ade...phewwww

:: Daftar sebagai Pengundi ::


Dah daftar sebagai pengundi ?? Dgr2 pilihanraya akan diadakan tak lama lagi..
Mengundi ni satu kewajipan..tak kira lah mana parti2 yg korunk sokong waima parti tupperware sekali pon.. Ini adalah wajib pada rakyat Malaysia berumur 21tahun ke atas..Sebagai rakyat yang prihatin , korunk kenalah mendaftar coz 1 undi dari rakyat Malaysia menjadi penentu masa depan negara.

Jangan dok gebang citer politik macam2..dok ke sane sini ,sertai perhimpunan nak sokong mcm2...tapi bila time pilihanraya dok umah tido.....ghupenya mendaftar pon tidak..hahahaha....ape pon tak boley....

apa2 yang korunk xpaham or tak tau camne nk mendaftar.
layari spr.gov.my .

Kalau malas nak mendaftar..jgn jadi warganegara MALAYSIA.

~Adios~

p/s : aku dah pernah mengundi taw...

:: Zaman Sekolah Dolu~Dolu ::

ade arrow ijo tu "aku"


Musim hangat ke sekolah dah bermula..Umur pon dah semakin meningkat..tiba2 leh plak teringat zaman sekolah2 dulu...Kalu diberi peluang, aku nk repeat masa sekolah rendah berbanding menengah...sebab ape erkk...hahaha...leh main2 cam bebudak...hahaha..
Aku mendapat pendidikan awal di SRK Tengku Bendahara Azman (1) Port Klang atau nama glamernya T.B.A (Nama paling tragis Tembak Bontot Anjing)..hahah..kuang ajow tol...kt sini la aku kenal dengan kawan2 yang  sampai sekarang ni masih berhubung ..kebanyakkannya melalui facebook. Kalau nak citer pasal kenangan masa sekolah rendah yang masih aku ingat sampai hari ni ~

1~ Aku belajar di kelas pertama (MELOR) dari tahun 1 sampai 6 (senang citer~pandai sebenornya) hahaha..
2~ Masa darjah 3 pernah kena cubit kt perut dgn Cikgu B.I , Puan Normala (Salah sebut hari) 
3~ Darjah 4, pernah dpt hadiah lima jari dari guru kelas (tapi tak ingat sbb ape, sampai menangis cikgu tu,almaklumla...dia cyg aku)
4~ Darjah 5, gara2 wat bising..satu kelas didenda berdiri atas kerusi..yg malangya , ade sorang kwn kecelakaan (wahh..cam indon) gara2 bersandar kt kt tingkap..berdarah-darah....
5~ Darjah 6, mewakili sekolah dlm sukan Bola Jaring...kira aktif arr....paling lasyattttt..hahahaha

Kalau nak diceritakan pon tak ingat sangat sebenornya..tapi yg tu antara yg terbaik la..
lom lagi masuk citer pasal cinta monyet..hahaha (kelakar~) dan paling best...sampai sekarang aku masih ingat lagi keputusan perperiksaan masa darjah 1 sampai 6...Report card pon simpan lagi tau...sayang tol aku kt kenangan masa sekolah rendah nie....

Dan dari sekolah rendah ni juga la, aku bertembung dgn my pren dalam bas...dgn muka ala2 poyo , almaklumlah bukan dari sekolah yang sama...kalu sama dah jadi G.B.S (Geng Bas Sekolah)
hahahaha.....Kalu nk citer pasal sekolah menengah, kene re-cap balik memory nie...

January 7, 2012

:: Selepas 7 Hari Melangkah Tahun 2012 ::

Assalammualaikum

Mata nie dok terkebil-kebil dari tadi..nak tido tak bole lak...abe cyg dah selamat beradu..leh plak sms soh kejutkan awal pagi...dah kompom aku pon lambat bangun..hahahaha..Alang2 dah tak boleh nak lelap mata ni, rasanya baik aku menambah entri2 yg sedia ada...

Selepas 7 hari melangkah 2012...apa yang korunk rasa?? Kalau aku, rasanya menghitung hari nak menambah umur...hahaha....yang keberapa?? suke ati la kan...Di usia baru yang akan datang, aku cuma mengharapkan diberi kesihatan yg baik utk aku meneruskan kehidupan..dimurahkan rezeki..dan dipermudahkan segala urusan yang melibatkan "KISAH HATI".....

Harap gak 2012 nie aku ringankan jari nak menari kt sini....korunk pon rajin2 la jengah...almaklumla...dah lama benar menyepi...lps nie nak kena aktif balik ...

Okla....Selamat Malam.....Bubye


January 6, 2012

:: Wajah2 tua Mereka ::

Terbaca kt beautifulnara.com.....hihihihi...ape2 pon, 
AARON AZIZ ttp HENSEMMMM
 walaupon dah tua...hahahaha


1. Aaron Aziz

2. Hans Isaac

3. Nora Danish

4. Fasha Sandha

5. Redza Minhat

6. Fazura


January 5, 2012

:: Rindu ::

Assalammualaikum....

Rindu gile nk hapdet blog.....lps nie nk aktif semula....sabar erkk....yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...