Followers

July 31, 2011

::Selamat Menjalani Ibadat Puasa::


Esok,Insyallah seluruh rakyat Malaysia beragama Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Semoga puasa kali ini akan meningkatkan kesabaran kita dalam mencari rezeki dan ibadah. Dan dijauhi dari hasad dengki manusia, membuka hati-hati mereka dari sifat tamak dan ego yang berpanjangan.Semoga kita saling bermaafan di bulan yang mulia ini. "SELAMAT BERPUASA"


July 28, 2011

::Kelayakan Piala Dunia 2014::


Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2014
Malaysia 1~Singapore 1
(Singapore Menang dgn agregat 6-4)


Malam ni penuh wall kt FB dok citer pasal Bola..mcm-mcm citer.....nie blom lagi citer kat paper sok pagi....confirm 3 ari x benti2 dok citer kekalahan HARIMAU MALAYA di tangan Sang SINGA...Sib baik Apex jaga gawang mlm ni..kalu idak...makin membolos lar...hihiihi...ape pon Tahniah utk Singapura...utk Harimau Malaya, cuba lagi..

July 23, 2011

::MALAYSIA 3~Singapore 5::




Tahniah Singapore...Pujian Untuk Malaysia..walaupon kalah, kita masih ada peluang kedua di BUKIT JALIL..Perubahan yg positif di masa kedua...Teruskan SEMANGAT HARIMAU MALAYA di BUKIT JALIL 28/07/2011

July 22, 2011

::Cerita Seram::

Slmt Malam Semua..sekadar berkongsi pengalaman my pren...satu mlm web cam dgn dia..dok bz berblog...my pren tertido.....tiba2.......xyh kuteruskan cerita....korunk tgk la sendiri.....



July 21, 2011

::Pikir Dulu Sebelum Wat::


Betol kata Dia . . . Kene pikir Dulu. . .Kadang2 ape yg aku wat x pnah nak pikir samada org suka atau tidak. . Pelajaran terbaru tuk aku awal2 pagi ni . . Ingat Jangan wat lagi . . Ermm makin tak leh tido la aku malam ni. . . huhuhuhu

::CUACA PANAS::

Cilok dari mane erkk. . . Jomm Kita Kongsi2 . .

cid:image001.jpg@01CC1FB0.1ADDA420







CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA!  
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya
akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.

RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun,
kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan,
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.







GEJALA
CUACA PANASMELAMPAU


cid:image002.jpg@01CC1FB0.1ADDA420


CARA-CARA
MENCEGAH & MENGURANGKAN
KESAN TERHADAP KESIHATAN

cid:image003.jpg@01CC1FB0.1ADDA420

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.


Sakit kepala

Keletihan

Lemah tumpuan

Pening

Lemah otot–otot atau kekejangan

Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).



1.


2.


3.

4.

5.

6.

7.

8.


Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan

Hadkan aktiviti luar

Kerap berehat

Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda

Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.

Pakai topi atau payung yang besar











ELAKKAN!
cid:image004.jpg@01CC1FB0.1ADDA420

PETUA-PETUA
JIKA MENGALAMI MASALAH
BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS




1.



2.


3.


Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan
gula yang tinggi.

Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.

Bersenam dalam cuaca panas



1.

2.

3.

4.

5.

6.


Keluar dari kawasan yang panas

Tanggalkan pakaian yang ketat

Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan

Gunakan kipas untuk sejukkan badan

Minum air setiap 15 minit

Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal









July 15, 2011

::FARAH AF2 NIKAH::











PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, penyanyi Farah Diana Anuar, 26, (Farah AF2)sah bergelar isteri kepada usahawan Johan Johari, 26, di atas kapal Cruise Tasik, di sini, Jumaat.
Pasangan ini dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Datuk Sheikh Abd Aziz berwalikan bapa Farah, Anuar Ali dengan mas kahwin RM2,500 dan wang hantaran RM25,185 sempena hari lahir Farah.
Turut sama menyaksikan majlis tersebut adalah ibu Farah, Farizah Majid, ibu Johan, Salmah Sulaiman dan keluarga serta saudara-mara kedua-dua belah pihak.
Farah menerima tujuh hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan manakala Johan mendapat sembilan hantaran seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisansambung baca mstar online

Tahniah!! Nikah atas kapal lagi.......Cayalahh!!

::Spring - Sampai Hati::

::6ixth Sense - Menyesal::

::Demi Cinta (Kerispatih)::



Suka sangat lagu ni....pernah terjadi dlm hidup aku...huhuhu....Semua tinggal Kenangan...

July 14, 2011

::ARSENAL 4 ~ MALAYSIA 0::


ARSENAL 4 MALAYSIA 0
KUALA LUMPUR: Pasukan Arsenal menewaskan skuad pilihan Malaysia 4-0 pada perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu.
The Gunners berjaya meraih gol pertama seawal minit kelima permainan melalui sepakan penalti yang dilakukan oleh Aaron Ramsey selepas Jack Wilshere dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Mohd Aidil Zafuan.
Manakala gol kedua Arsenal dijaringkan oleh Theo Walcott pada minit ke-38.
Skuad kendalian Datuk K.Rajagobal gagal mencari sebarang jaringan biarpun beberapa percubaan jauh oleh kapten pasukan, Safiq Rahim dilakukan sehingga tamat separuh masa pertama.
Sementara itu, babak kedua perlawanan menyaksikan skuad kebangsaan cuba melakukan serangan, namun ternyata benteng pertahanan The Gunners sukar ditembusi.
Pasukan bimbigan Arsene Wenger sekali lagi mencuri perhatian lebih 53,000 orang penonton yang hadir apabila pemain gantian, Carlos Vela menambah satu lagi jaringan pasukannya pada minit ke-59. Mstar Online

July 13, 2011

::Poshheels.blogspot.com::

Jom kite shopping online...Puasa dh nak dekat nih....Kalu dah dekat nk pose tu...Dah tentu raya pon dah semakin hampir...


                http://poshheels.blogspot.com/



*shopping2 gak...pose korunk dh ganti ke blom?*

July 12, 2011

::Cicak Tokek::

Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan
sumber:mstar

PETALING JAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.
Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.
“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.
“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.
Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual. mstar online




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...