Followers

November 30, 2013

:: Sepi Sekejap ::

Salam semua,
Lama dah menyepi kat sini....hampir berabuk kot blog ni..hihiihi
Sepi sekejap kerana kebizian melanda diri.
Alhamdulillah, sekarang sedang menghitung hari, bakal dirisik seseorang yang disayangi.
Insyallah, diharap followers semua dapat mendoakan agar segalanya dipermudahkan oleh NYA.

Macam-macam aktiviti yang dibuat selama dok sepi ni. Semalam, sempat buat suprise party untuk hari lahir mak yang ke 62 tahun. Tiada apa yang diharapkan selain dari mendoakan Mak dikurniakan umur yg panjang, kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kebahagiaan didunia dan akhirat.


Kek dan pulut kuning ni akak ipar yang buat.
Sodap... hadiah dari menantu untuk mentua..hahaha




Mak dengan cucu-cucu kesayangan......

Nak share dengan korang semua, kek bawah ni hasil kerja tangan IzzBizz Cakes
Projek dengan kawan...

Sesape yang nak teringin nak order , khususnya yang duduk di area Port Klang, Pandamaran, Bandar Putera, Bandar Puteri, Klang, Shah Alam atau yang berdekatan boleh la contact kami.









November 17, 2013

:: Selamat Hari Lahir S.A.H.A.B.A.T ::


Ucapan khas untuk seorang Sahabatku Nor Faizah @ pae, Selamat Hari Lahir, Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat, Insyallah..

Mengenalimu, sebagai seorang SAHABAT yang setia bersama disaat sukar dan senang. Terima Kasih menjadi SAHABAT yang sedia mendengar keluhan rasa hati, yang sememangnya ada masa menyakiti hati. Semoga ikatan persahabatan kita kekal sehingga akhir nyawa. 

Kami mengenali sejak Sekolah Menengah lagi. Kebetulan kami satu kelas masa tingakatan 4 dan 5. 
Mungkin keserasian yang kami ada, menyebabkan dia antara salah satu SAHABAT yang paling rapat dihati.

18 November, bertambah lagi USIAMU.....

"HAPPY BIRTHDAY PREN"...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...