Followers

July 4, 2012

:: Al-Fatihah~Sebulan Pemergian nya ::

Assalammualaikum

Selamat pagi semua..Dah bape ari tak update cite kat sini....Semalam xbape nak sihat tapi sempat lagi nak uruskan hal berkaitan Tikar terbang Zam Zam Alakazam...

Hari ni, genap sebulan pemergian arwah Mohd Yusof Bin Abd Latif (Raez) . Diam tak diam dah sebulan arwah pergi meninggalkan kami. Alhamdulillah , aku disini semakin ok dan kuat. Pasti arwah juga gembira melihat keadaan aku kan. Yang pasti, kehilangannya amat terasa dan segala kenangan bersama tetap setia dihati sehingga akhir hayat aku. Kadang2 terasa spt tidak percaya arwah telah pergi kepada penciptanya. Bukan aku menidakkan hukum Allah, tapi aku terasa arwah spt dekat dgn diri ni. Walau ape pon aku tetap menerima takdir ALLAH. Mati itu pasti. Yang hidup pasti pergi. Hanya bila,bagaimana dan mengapa itu adalah rahsia Allah.

Dalam solat aku tak pernah tinggal untuk doakan kesejahteraan arwah di sana. Hanya doa sahaja hadiah  untuk arwah. Banyak aku fikirkan kalau lah arwah ada mesti dia bla..bla..bla..itu lah selalu yang aku ungkapkan. Tapi itulah hakikatnya Allah swt lebih menyayangi dia dulu. Doa aku tak pernah putus untuk arwah, Insyallah selagi masih hidup itulah hadiah aku untuk dia. Semoga Allah sentiasa membimbing dan tidak menarik nikmat untuk mengingatinya.

Ya Allah, sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada Arwah Mohd Yusof Bin Abd Latif.  Ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah dan terangilah kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
Al-Fatihah 



Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan memberi taufik dan hidayah agar kita menjadi orang yang lebih baik dan beriman kepadaNya. Ingat mati tidak mengenal usia, bila sampai masa yang DIA tentukan maka, kembalilah kita kepada pencipta Sekalian Alam. Allahuakbar

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...