Followers

March 20, 2012

:: Mengatasi perasaan M.A.R.A.H ::

 

M.A.R.A.H~ amarah timbul disebabkan oleh pelbagai faktor, lazimnya dikaitkan dengan peristiwa atau sesuatau yang berlaku yang memberikan ancaman kepada diri seseorang individu.

CARA ATASI ATAU KAWAL PERASAAN MARAH
Seperti yang dinasihatkan dalam Islam, salah satu cara ialah mengubah posisi. Jika semasa marah sedang berdiri, ubah kepada kedudakan duduk (boleh juga berbaring atas katil, boleh terus lena..). Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

‘Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring’ –Riwayat Muslim–

Berwuduk boleh dijadikan senjata dalam menghadapi perasaan marah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
‘Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk’                –Hadis Riwayat Abi Daud–
Minum air jika bukan dalam keadaan berpuasa. Jika berpuasa, jawabnya batallah puasa hari tu..

Mendiamkan diri ketika marah. Ini kerana jika mulut berbicara dalam keadaan marah, sudah pasti pelbagai kata sama ada kesat atau pun tidak keluar dari mulut.

Berlindung kepada Allah dari syaitan. Maka bacalah doa-doa, ayat Al-Quran atau pun zikir-zikir yang membantu diri tenang dan jauh dari bisikan syaitan

Berfikiran positif. Sebagai contoh, marahkan pemandu yang memandu dengan tidak berhati-hati, buat kesimpulan bahawa dia sakit perut tu..

Bawa bertenang. Boleh lakukan aktiviti menarik nafas atau aktiviti yang boleh melegakan diri sendiri.
Senyuman dikatakan mampu meredakan kemarahan, maka dengan itu senyum lah. Jangan terlebih sudah.

Belajar menyampaikan kemarahan secara positif, jangan memekik atau bertindak melebihi batas.

Luahkan perasaan yang berkaitan dengan marah dan selesaikan masalah dalam keadaan yang sesuai.
Belajar kwal perasaan marah ni tak rugi, kita juga yang beroleh keuntungan.. marah yang ditonjolkan memang boleh diberi kemaafan, tetapi kesan akibat marah itu belum tentu dapat disembuhkan

Setiap pada kita pasti mengalami perasaan marah..bohongla kalau ada yang terlalu sabar sehingga sebesar kuman pon tak marah...kan...kan...kan...Kawal perasaan marah kita, kerana ia akan merosakkan satu perhubungan. Takut bertukar jadi angry bird plak...hihihi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...