Ayu usaha puaskan Zaquan

HUBUNGAN cinta yang disulam sejak lebih setahun lalu akhirnya dimeterai dengan ikatan perkahwinan apabila mereka selamat diijabkabulkan pada petang Jumaat lalu di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Dengan sekali lafaz sahaja, Ayu Raudhah bergelar isteri kepada jejaka tampan, Zaquan Adha sekali gus menjadi permulaan episod suka duka kehidupan berumah tangga.
Menurut pelakon drama Nur Kasih ini yang lebih mesra disapa Ayu, beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
"Ayu akan cuba jadi isteri yang sempurna bagi memastikan perkahwinan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat," katanya usai majlis akad nikah.
Kata Ayu, dia dan Zaquan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan berharap ikatan perkahwinan itu dapat menjadikan hubungan mereka lebih matang.
"Ayu bimbang kalau tidak dapat puaskan hati Zaquan dan sebagai isteri, Ayu akan cuba memahaminya demi ikatan perkahwinan ini," ujarnya.
Ketika diajukan mengenai perbezaan usia di antara dia dan suaminya itu, Ayu berkata, ia bukanlah penghalang mahupun masalah besar yang perlu dibimbangkannya.
"Kami tidak pernah mempersoalkan tentang perkara itu dan walaupun Ayu lebih tua daripada Zaquan, Ayu tidak pernah nak mengarah Zaquan itu dan ini. meh sambung baca



Mestilah nak puaskan hati...kalu idak kanggg Zaquan lari.../wahaha

.:jejariku:.
apa pun ...marilah kita mendoakan mereka bahagia kekal..jgn jd mcm kembar dia ngan rita tu...
ReplyDeleteape cerita rita dgn aidil kan...harap2 dorang ok..
ReplyDeletesemoga bahagia sehingga ke akhir hayat ....amin
ReplyDelete