Followers

June 12, 2012

:: DIA~Pergi Tak Kembali :: Al-Fatihah...

Assalammualaikum...

Berat rasanya hati nie...tak tau camne utk aku memulakan kata-kata...05.06.2012 bersamaan 15 Rejab 1433H tarikh yang tidak akan aku lupakan untuk selamanya. Sudah tertulis dalam nota hidup kami, bertemu dan akhirnya berpisah. Sesungguhnya kuasa Allah tidak ada sesiapa pun yang dapat mengubahnya. Ajal maut , jodoh dan pertemuan telah ditetapkan ole NYA. Maka aku fikir, tak perlu bersedih bermuram durja sampai bila-bila. Aku harus redha dan bertawakal kepadanya dan percaya apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

04.06.2012 bersamaan 14 Rejab 1433H, insan tersayang telah ditimpa kemalangan. Hancur luluh hati ni bila melihat dirinya terkujur kaku diatas katil. Rupanya pertemuan kami pada 2 hari sebelumnya adalah yang terakhir. Memang ada sedikit rasa terkilan dihati, tapi Alhamdulillah .. Allah masih mengizinkan aku bersamanya sehingga nafasnya yang terakhir. Jujur, memang hati ini tidak dapat menerima apa yang berlaku. Bermacam2 bermain di minda.. Apa yang harus aku buat, bagaimana aku selepas kehilangan dia? Semuanya bercelaru didalam kepala. Ya Allah, sungguh besar dugaanmu buatku. Alhamdulillah, aku masih punya dua keluarga dan kwn2 yg tak putus2 memberi kata-kata semangat.

Kami bertemu untuk waktu yang singkat. Setahun dua bulan kami bersama, Ajal memisahkan kami. Kini dia hanya tinggal kenangan yg terindah buat diriku.

Ya Allah, berikanlah kekuatan utkku melangkah meneruskan hidup...

Sayang, semoga pa damai dan tenang disana.
Al-Fatihah..

wif luv..papa Raez...


****************************************************************
Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.


Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya.
Kita tidak akan bersama dengannya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya.
Kita tetap akan bersama dengannya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya, insya-Allah.

Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan sebaik-baik merancang adalah ALLAH S.W.T.

3 comments:

  1. Salam takziah n bertabahlah... ada hikmah sebalik tiap kejadian... keep on moving n update entry cause say dah follow u

    ReplyDelete
  2. FaizzTonel :: Luv U 2..
    Kesuma Angsana :: TQ..insyallah lps ni nk aktif update blog...huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...