Followers

January 8, 2014

:: 2014~Azam Baru Status Baru ::

Assalammualaikum
Lama dah menyepi, hari ni baru berkesempatan nak menjengah kat sini. Sekali lagi, Broadband problem...huhu..tapi takpelah, dah ok...bolela update cite baru kat sini..ye tak??

Hari ni dah masuk minggu kedua di bulan Januari 2014. Sebelum berakhir 2013,status diri dah bertukar menjadi tunangan orang pada 28 hb Disember. Alhamdulillah, perkenalan singkat selama 10 bulan mengikat aku sebagai tunangan kepada Mr. Fiance. Majlis berlangsung dengan sempurna seperti yang dirancang.
Majlis pertunangan yang kecil-kecilan ni cuma dihadiri keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Maaf pada saudara mara dan sahabat yang tidak mendapat jemputan . Insyallah, akan datang tidak akan dilupakan.


Pelamin D.I.Y idea aku, hasil kerja tangan my bff. Nanti kita cite detail pasal pelamin ni ye.
Seksa ko...hahahahaha...yang pasti ramai yang puji. Siap tanye tempah kat mane...agak-agakla tempah. Sampai tercucuk jarum peniti nak lekatkan bunga kipas kat langsir tu....Hantaran pon my bff yang buat. Untong ada kawan yang kretippp ni...dia jer kesian dapat kawan cam aku..Bagi idea, kuar duit tu bole la...
kan prennnn.. Ada yang berminat??? leh pm...hahahaha

Hantaran dari Pihak Perempuan .. Kompom Pink warna pilihan
Hantaran pertunangan kami hanya 5 berbalas 7 dulang. Semua hantaran sekali lagi my pren punya hasil tangan. Simple dan cantik ...hahahaha..puji sendiri..Itu pon dah menyeksa diri rasanya. Tidur kami terganggu dek nak menyiapkan sirih junjung. Lastly, kasi belasah suda....janji ado!


Sekali lagi disini, nak promote bisness my bff IzzBizz Cakes
Kot sesape yang dok area shah alam,klang or port klang yang berminat nak menempah kek,cheese tart  bole   pm kat page dia ye....Untuk hari pertunangan ni, kek aku disponsor. Seronok gak ramai yang nak sponsor. Agak-agak kawin nanti ada yang nak menaja tak ?? hahaha..


Okla, kita layan gamba .....




Dua sahabat rapat yang setia bersama disaat susah dan senang ..


Bersama anak sedara yang semakin membesar...

my bff

flower gurl yang gedik gitu...

Akhir Sekali gambar dengan Mak.
Dalam suka, pasti ada dukanya. Walaupon hati ni berbunga bahagia, tapi masih ada rasa terkilan sebab tidak dapat meraikan majlis ni bersama arwah ayah. Seriang mana pon hati ni, masih ada rasa sedih kerana tidak menyempurnakan hajatnya semasa arwah masih bersama kami.

Al-Fatihah untuk arwah ayah.

Alhamdulillah..Semoga Allah permudahkan perjalanan kami seterusnya.
Amin ...

Mak & Adik ...










5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. TQ CIkgu Belog.... #Diari Hati, tu peveret kaler...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...