Followers

March 13, 2012

:: Sijil Peperiksaan Hilang ::

Disini ada sedikit info pada sesiapa yang kehilangan Sijil Peperiksaan . Untuk pengetahuan semua, masih ada cara untuk kita dapatkan salinan sijil tersebut ... Semoga info dibawah ni dapat membantu anda ....

1. Sijil atau pernyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Salinan Keputusan Peperiksaan dikeluarkan bagi menggantikan sijil atau pernyataan yang hilang atau rosak.
2. Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil ( sekiranya ada ) untuk rujukan.
3. Bayaran proses RM10.00 ( Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja ) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos ( Postal Order ) atau Kiriman Wang Pos ( Money Order ) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN’. Cek persendirian tidak diterima.
4. Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar. Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.

LAIN-LAIN1. Semua permohonan, sama ada untuk mendapatkan salinan keputusan atau terjemahan hendaklah menggunakan borang yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Borang permohonan boleh didapati daripada kaunter di aras bawah bangunan Lembaga Peperiksaan, Blok E11, Kompleks E Putrajaya, atau Jabatan Pelajaran Negeri ( Unit Penilaian Dan Peperiksaan ) atau di laman web LP.
3. Permohonan pernyata keputusan PMR bagi tahun 1998 ke atas dan permohonan salinan keputusan SPM bagi tahun 1994 ke atas boleh diperolehi dalam tempoh satu jam sekirannya pemohon datang sendiri ke Lembaga Peperiksaan.
4. Masa dua minggu diperlukan untuk memproses permohonan penyata keputusan PMR bagi tahun 1997 ke bawah dan permohonan salinan keputusan SPM bagi tahun 1993 ke bawah. Begitu juga bagi permohonan sijil SPMU atau SPM Kertas Julai.
5. Permohonan secara pos akan mengambil masa dua minggu untuk diproses (sekiranya maklumat lengkap). Masa dua minggu lagi diperlukan untuk proses pengeposan.
6. Kaunter permohonan dibuka setiap hari berkerja.
Isnin - Khamis :8.15 pagi - 4.30 ptg
Jumaat            :8.15 pagi - 12.30 t.hari
                      :2.45 ptg - 4.30 ptg

7. Permohonan melalui pos hendaklah dihantar ke alamat berikut :
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA
(U/P: UPMPD - UNIT KECIL SIJIL)
Tel: 03 - 88843526 / 3528


Nota*
1. Calon yang tidak pernah mengambil sijil asal tidak dibenarkan membuat permohonan salinan keputusan peperiksaan.
2. Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. Sijil asal boleh diperoleh daripada sekolah di mana calon menduduki peperiksaan atau di Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri.


Borang boleh download disini   Borang Permohonan .

4 comments:

  1. Assalamualaikum..nk tnya..kalau saya pegi sendiri kat lembaga peperiksaan untuk dapatkan balik sijil PMR, saya kena wat pembayaran RM10 secara tunai atau money order?tq

    ReplyDelete
  2. wsalam....kawan pernah buat,dia guna money order. kalau nak kepastian cuba call talian yg tertera kat atas tu..

    ReplyDelete
  3. okey...thanks for the info.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...