Followers

May 12, 2011

::Bekas Isteri Datuk K::

Bekas Isteri Datuk K Milik Rayyan
Rayyan menunjukkan cincin yang disarungkan ke tangan isterinya, Tengku Zawyah pada majlis membatalkan air sembahyang. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN.
KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz bekas isteri Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham kini sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Rayyan Joseph King pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sini, Khamis.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 11.06 pagi oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali yang juga merupakan wali hakim kepada pihak pengantin perempuan.
Tengku Zawyah anggun dengan busana rekaan Calvin Thoo.
Pada majlis yang serba ringkas tetapi meriah itu, Tengku Zawyah yang anggun mengenakan busana rekaan Calvin Thoo berwarna putih gading menerima mas kahwin sebanyak RM501 beserta lima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.
Antaranya, set wangian, seutas gelang bertahta berlian, sepasang persalinan kain lace, al-Quran, sejadah, sirih junjung, coklat serta sebentuk cincin pada upacara membatalkan air sembahyang.
Tengku Zawyah turut menerima wang hantaran sebanyak RM38,888.88 yang merupakan angka kegemarannya.
Kedua mempelai yang berusia pertengahan 40 an ini telah mengikat tali pertunangan pada 26 Februari lalu.
Pasangan ini dinikahkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali

Anak-anak Tengku Zawyah
"

"Semoga Berbahagia"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...