Followers

June 19, 2013

:: Hyper Act. - Hanya Aku [OFFICIAL VIDEO] ::



Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat [*]

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku



Lagu ni semakin popular....Sefofular drama Teduhan Kasih di TV3

:: Kata-Kata Indah~Untuk Si PENIPU ::

Sekadar Berkongsi...Takde kene mengena dengan yg hidup atau yg mati...
Sharing is Caring...






:: 10 Cara utk ATASI si CEMBURU BUTA ::




Alhamdulillah, Kenyang makan tengah hari ni....dok melayan blog... terjumpa satu artikel kat wanista ...

Teringin nak share dengan semua...pasal CEMBURU BUTA ..


Cemburu tandanya sayang, tapi dek cemburu buta, sayang boleh melayang.

Manusia mempunyai sebab berbeza untuk menjadi cemburu dan orang kata cemburu buta itu boleh membunuh dan selalunya perasaan cemburu itu disertakan dengan perasaan amarah. Bunuh emosi atau lebih teruk bunuh secara fizikal. Ya, perasaan cemburu itu normal tapi kalau sudah cemburu yang teramat, itu adalah tidak normal dan boleh mengganggu hubungan. Apabila kita cemburu, kita bimbang jika pasangan mungkin mencari orang lain yang lebih menarik dan lebih baik dari kita. Tetapi lama kelamaan pasangan akan rasa rimas, risau dan cuba mengelakkan diri dari si dia yang suka cemburu buta.  Jika anda adalah seorang yang cemburu buta, sesuatu perlu anda lakukan agar hubungan anda dan pasangan bahagia dan ada persefahaman. Langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu buta.

1. Cari punca sebenar
Anda harus mencari punca sebenar apa yang menyebabkan anda berasa terlalu cemburu terhadap pasangan anda. Adakah anda kurang percaya kepada pasangan kerana sikapnya sendiri? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri. Jangan buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Jika anda memang mempunyai sifat panas baran, anda perlu menenangkan diri sebelum bersemuka dengan pasangan.

2. Beri masa
Beri diri sendiri masa untuk mengatasi sifat cemburu dalam diri. Jika anda memang seorang yang cemburu, anda tidak boleh berharap untuk berubah dalam sekelip mata.

3. Minta maaf
Mungkin pada mata si dia jika anda selalu meminta maaf jika suka cemburu buta, perkataan maaf yang datang dari mulut anda itu mungkin tidak berharga lagi. Tapi ia cukup baik dari anda ego untuk meminta maaf. Jika anda meminta maaf, ia bermakna anda sedar perbuatan anda itu salah dan cuba untuk tidak melakukannya lagi.

4. Komunikasi
Luahkan perasaan anda dan mengenai masalah cemburu anda bersama-sama dengan pasangan.Berkomunikasi bukan bermaksud anda boleh melenting sesukahati tetapi sebaliknya berbincanglah dengan elok dan elakkan dari rosakkan perhubungan anda berdua.

5. Elak salahkan pasangan
Elakkan dari menyalahkan pasangan jika berlaku perselihan faham antara kamu berdua. Anda mempunyai pilihan untuk menyelesaikan dengan cara baik tanpa melibatkan perasaan cemburu buta.  Anda bertanggungjawab dengan perasaan anda sendiri. Menyalahkan pasangan tidak akan menyelesaikan masalah.

6. Sentiasa berfikiran positif
Sekiranya anda berfikiran positif, mungkin perasaan cemburu itu dapat diatasi dan dikawal. Tetapi anda harus ingat untuk tidak sewenang-wenangnya  mempergunakan kepercayaan yang telah diberikan kepada anda. Jika disalahguna, mungkin perasaan cemburu buta itu akan makin bertambah dan mungkin kepercayaan itu akan hilang terus!

7. Ubah diri menjadi lebih baik
Tak rugi jika anda mempunyai azam atau motivasi diri untuk ubah diri sendiri menjadi lebih baik. Minta pertolongan atau nasihat dari pakar jika anda benar-benar ingin buang sifat cemburu buta di dalam diri. Dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan kesabaran yang lebih tinggi.

8. Kurangkan sifat marah
Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan si dia yang menyinggung hati anda dan membuatkan anda cemburu. Selain dari menarik nafas dalam dalam, anda boleh mandi, solat atau buat aktiviti yang dapat mengurangkan rasa marah dan cemburu anda.

Doa Menghilangkan Rasa Marah :
A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.
Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”

Doa Menghadapi Orang Sedang Marah :
La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab’a wa rabbul ‘arsyil ‘azimi, la ilaha illa anta ‘azza jaruka wa jalla sana’uka.
Artinya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arsy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.”

9. Jangan bandingkan dengan orang lain.
Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain dan seksa diri sendiri dengan perasaan yang negatif. Kalau anda sibuk dengan sikap cemburu buta yang negatif tu, bila masa pula anda nak merasa kemanisan kasih sayang dalam satu-satu hubungan? Bina keyakinan terhadap diri sendiri dengan mengenal pasti kelebihan yang ada pada anda dan yakinlah dengan keistimewaan yang anda ada.

10. Belajar dari kesilapan.
Sebenarnya emosi negatif mempunyai peranan dalam kehidupan kita, dan salah satu pengajarannya adalah ia mengajar kita bagaimana untuk menjadi seseorang yang lebih baik dalam memperjuang dan mengatasi sikap cemburu buta.




June 18, 2013

:: Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree ::






Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





June 15, 2013

:: Kasih Ayah ~ Selamat Hari Bapa ::

34 tahun dulu, kelahiran aku amat dinantikan (kata arwah ayah) ... Anak perempuan sulung dalam keluarga .. Akhirnya termakbul impian arwah ayah untuk dapatkan anak perempuan. Aku lahir kt umah je, rumah flat dekat pandamaran, port klang .

J18....tingkat 1...

Arwah ayah ni tegas pon ada..garang pon ada...kelakar pon ada....semua adalah.. Tapi yang lebih garang rasanya MAK kot...hahahaha...nak mintak apa-apa dari ayah selalunya melalui mak...tak tahulah kenapa...TAKUT kot.....Ingat lagi, dulu....aku selalu cium ketiak ayah.. WANGI ..hahahaha..

comel tak budak tecik tu....hihi

Walaupon aku ada seorang adik...arwah ayah tetap panggil aku sebagai ADIK...tu tandanya, aku ni memang manja dengan arwah....Bila dah besar ni pon, ayah tetap panggil ADIK...Bila arwah dah pergi, terasa rindu semua saat-saat bersama..Mungkin disebabkan aku masih single dan masih menetap dirumah family, so hubungan antara anak dan ayah ni rapat. 

Dalam hati ni, rindu nak tengok tv bersama.....Ejek Mengejek bila ada game bola antara SELANGOR vs N.SEMBILAN.....bersorak bile LEE CHONG WEI menang game badminton....
Semua dah tinggal kenangan...


Walaupon arwah ayah tiada lagi.. Ayah tetap dalam hati kami sekeluarga..
5 bulan dah berlalu, tapi rasa seperti semalam arwah ayah tinggalkan kami...
Terasa sunyi sangat...

Kepada semua, hargailah insan yang kita sayang, di saat mereka masih ada.



" Ayah dan Ibu, itulah permulaan kami..dapat melihat Bulan dan Matahari "..


Al-Fatihah...








June 12, 2013

:: Demam Teduhan Kasih ::



Kan dah kukata...jangan sesekali terjebak....Dah terTONTON...  "DEMAM" pulak...
Kompom korang semua pon sama kan...Paling tak tahan tengok Ady putra berlakon...Bila lah nak dapat lelaki yang SEROMANTIK tu...hahahaha....

Drama adaptasi dari sebuah novel hasil karya MARISSA. Sinopsis drama ni mesti semua dah tau kan.
Sekarang balik keje dok mengejar cite ni.. Kadang-kadang bengang plak dengan iffa ni...baik bebenor sampai leh percaya kat kaklong dia yg gile tu...Sib baik la tak sempat minum air tu tadi....

Zarina Zainuddin ~ Rasa nak kutampal mulut dia....tak pernah tengok dia berlakon mulut SELEBOR tu...



Jangan lupa layan episod seterusnya....kalau tak sabar, beli je novel ni....macam aku...hahahaha





June 10, 2013

:: Birthday oh Besdei ::


Semalam  sambut besdey my kazen , niece n nephew...sambutan bajet & suka-suka...kek sponsored dari abg sedara....sodapp...sampai licin kami keje kan..hahahaha





Baju Hitam ~ Nama glamer baby... 09/06
Akak aku ~ 20/06
Yana ~ 10/06
Izzat ( Yang dok pegang pisau tu ) ~ 12/06


L.I.C.I.N



Selamat Hari Lahir utk Akak, Yana, Baby n Izzat... Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki..Diberi kebahagiaan dunia dan akhirat..

Aminnnn...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...