Followers

June 19, 2013

:: 10 Cara utk ATASI si CEMBURU BUTA ::




Alhamdulillah, Kenyang makan tengah hari ni....dok melayan blog... terjumpa satu artikel kat wanista ...

Teringin nak share dengan semua...pasal CEMBURU BUTA ..


Cemburu tandanya sayang, tapi dek cemburu buta, sayang boleh melayang.

Manusia mempunyai sebab berbeza untuk menjadi cemburu dan orang kata cemburu buta itu boleh membunuh dan selalunya perasaan cemburu itu disertakan dengan perasaan amarah. Bunuh emosi atau lebih teruk bunuh secara fizikal. Ya, perasaan cemburu itu normal tapi kalau sudah cemburu yang teramat, itu adalah tidak normal dan boleh mengganggu hubungan. Apabila kita cemburu, kita bimbang jika pasangan mungkin mencari orang lain yang lebih menarik dan lebih baik dari kita. Tetapi lama kelamaan pasangan akan rasa rimas, risau dan cuba mengelakkan diri dari si dia yang suka cemburu buta.  Jika anda adalah seorang yang cemburu buta, sesuatu perlu anda lakukan agar hubungan anda dan pasangan bahagia dan ada persefahaman. Langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu buta.

1. Cari punca sebenar
Anda harus mencari punca sebenar apa yang menyebabkan anda berasa terlalu cemburu terhadap pasangan anda. Adakah anda kurang percaya kepada pasangan kerana sikapnya sendiri? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri. Jangan buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Jika anda memang mempunyai sifat panas baran, anda perlu menenangkan diri sebelum bersemuka dengan pasangan.

2. Beri masa
Beri diri sendiri masa untuk mengatasi sifat cemburu dalam diri. Jika anda memang seorang yang cemburu, anda tidak boleh berharap untuk berubah dalam sekelip mata.

3. Minta maaf
Mungkin pada mata si dia jika anda selalu meminta maaf jika suka cemburu buta, perkataan maaf yang datang dari mulut anda itu mungkin tidak berharga lagi. Tapi ia cukup baik dari anda ego untuk meminta maaf. Jika anda meminta maaf, ia bermakna anda sedar perbuatan anda itu salah dan cuba untuk tidak melakukannya lagi.

4. Komunikasi
Luahkan perasaan anda dan mengenai masalah cemburu anda bersama-sama dengan pasangan.Berkomunikasi bukan bermaksud anda boleh melenting sesukahati tetapi sebaliknya berbincanglah dengan elok dan elakkan dari rosakkan perhubungan anda berdua.

5. Elak salahkan pasangan
Elakkan dari menyalahkan pasangan jika berlaku perselihan faham antara kamu berdua. Anda mempunyai pilihan untuk menyelesaikan dengan cara baik tanpa melibatkan perasaan cemburu buta.  Anda bertanggungjawab dengan perasaan anda sendiri. Menyalahkan pasangan tidak akan menyelesaikan masalah.

6. Sentiasa berfikiran positif
Sekiranya anda berfikiran positif, mungkin perasaan cemburu itu dapat diatasi dan dikawal. Tetapi anda harus ingat untuk tidak sewenang-wenangnya  mempergunakan kepercayaan yang telah diberikan kepada anda. Jika disalahguna, mungkin perasaan cemburu buta itu akan makin bertambah dan mungkin kepercayaan itu akan hilang terus!

7. Ubah diri menjadi lebih baik
Tak rugi jika anda mempunyai azam atau motivasi diri untuk ubah diri sendiri menjadi lebih baik. Minta pertolongan atau nasihat dari pakar jika anda benar-benar ingin buang sifat cemburu buta di dalam diri. Dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan kesabaran yang lebih tinggi.

8. Kurangkan sifat marah
Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan si dia yang menyinggung hati anda dan membuatkan anda cemburu. Selain dari menarik nafas dalam dalam, anda boleh mandi, solat atau buat aktiviti yang dapat mengurangkan rasa marah dan cemburu anda.

Doa Menghilangkan Rasa Marah :
A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.
Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”

Doa Menghadapi Orang Sedang Marah :
La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab’a wa rabbul ‘arsyil ‘azimi, la ilaha illa anta ‘azza jaruka wa jalla sana’uka.
Artinya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arsy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.”

9. Jangan bandingkan dengan orang lain.
Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain dan seksa diri sendiri dengan perasaan yang negatif. Kalau anda sibuk dengan sikap cemburu buta yang negatif tu, bila masa pula anda nak merasa kemanisan kasih sayang dalam satu-satu hubungan? Bina keyakinan terhadap diri sendiri dengan mengenal pasti kelebihan yang ada pada anda dan yakinlah dengan keistimewaan yang anda ada.

10. Belajar dari kesilapan.
Sebenarnya emosi negatif mempunyai peranan dalam kehidupan kita, dan salah satu pengajarannya adalah ia mengajar kita bagaimana untuk menjadi seseorang yang lebih baik dalam memperjuang dan mengatasi sikap cemburu buta.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...