Followers

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

June 3, 2015

:: Fateen E-Day ::

Assalammualaikum..

Tinggal bape bulan je lagi utk adik bongsu mak len pak len nak bertukar status..Kongsi jap hari pertunangan dia tempoh hari. Untuk pengetahuan semua, Fateen ni, mak aku jaga masa umur dia 4 bulan lagi. Alhamdulillah, hubungan kami masih utuh, walaupon sekarang dia dah bekerja. Lagi pon, dia dok tak jauh dari rumah aku...

19.04.2015, hari pertunangan bersama Zariff . Kalau tak silap dia berkawan dari zaman persekolahan. Kira cam cinta monyet gak la...walaupon rasanya pernah off jap...tapi bak kata Datuk Kazim Elias
"Kalau Dah Jodoh"....

Insyallah bulan September 2015 akan berlangsung majlis pernikahan..
Untuk adik, Selamat menempuh alam baru .. tak lama je lagi....Banyakkan bersabar dalam alam pertunangan nih... (cehhh..nasihattttttt) ...





April 14, 2015

:: Kawen~Kawen~Kawen ::

Alhamdulillah...gamba kawen aritu dah siap hujung bulan lepas. Moh kita kongsi sikit detik-detik manis masa bercinta..ehhhhh..masa majlis berlangsung.. 

Majlis Nikah
6 Disember 2014,tepat Jam 240 petang, akhirnya status bertukar dari Cik kepada Puan. Alhamdulillah, majlis ringkas dan sempurna dengan izin dari Allah S.W.T.
Comel tak ????


Majlis Bersanding
7 Disermber 2014, dengan tema Pink+Grey ....

 IzzBizz Cakes
IzzBizz Cakes
Kek Kahwin ni sponsored by my BFF Hajjah Nieza Dean (Jaja)
Dan yang paling penting Dibuat khas oleh my BFFFFF , Nor Faizah (Pae) owner IzzBizz Cakes.
Cantik sangat-sangatttttt....

Mak dengan cucu-cucu perempuan..
Orang-Orang Kuat Majlis
Asben & Wife

Sahabat dari sekolah rendah (Aiza dan Julia)
Yang Berniqab tu la Jaja

Sahabat-sahabat dari Sekolah Menengah, 
Semasa majlis macam ni la baru ada kesempatan nak berkumpul dengan sahabat-sahabat lama dari zaman persekolahan dulu. Ada yang dah lama lost contact, tapi rasanya dengan adanya FB dan macam-macam kemudahan sekarang, ramai yang kita dapat contact semula. Betul tak.

Terima kasih diucapkan kepada semua, saudara-mara,sahabat,jiran tetangga yang datang meraikan majlis hari tu. Dalam gembira, pasti ada dukanya. Majlis berlangsung tanpa arwah ayah. Dan aku pasti, ayah tentunya gembira, anak perempuan kesayangannya kini sudah menjadi milik orang. Dan itulah hajatnya yang tidak dapat aku sempurnakan ketika hayatnya.

Sebelum kita tutup cerita, nak promote sikit...
Nak cantik macam aku .... kalau korang dok area lembah klang terutamanya port klang...
Alhamdulillah, sangat puas hati.... Tengkiyu Izza & Helmi Jebat..

Sebelum terlupa..
Tengkiyu Henna eren utk inai cantik nie...
 




Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke Jannah, dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. Insyallah..Aminnn...





January 14, 2014

:: Santai Hari Cuti ::

Seronoknya cuti hari ni...tapi esok dah setat keje...kenapa la tak cuti seminggu .. kan best...hahahaha..Agak melampau plak permintaan kannnn..Hari ni dari pagi dok memerap kat umah. Layan FB, TV... Ari ni plak ada orang nak datang. Sape?? tentula yang teristimewa...

Hari ni, hari rajin sedunia..Nak jadi bakal isteri kena la rajin-rajin ke dapur. PROJEK MEMIKAT BAKAL SUAMI...hahahaha

UNGKEP AYAM

Sejak dua menjak nih....rajin lak diri nih masuk dapur..Makan tengah hari ditaja oleh Cik Yatie yer hari ni..hahahaha

Kobis masak Lemak, Ikan Masin bulu ayam & TEMPE

Tukang rasa katanya SODAP..tak taulah amik ati ke ape...tapi mmg SODAP kot..hahahah
Resepi UNGKEP aku google jer..tapi my bff udah bagi resepi yang betulnya.
Aku tambah-tambah gak ape yang patot ditambah..janji SODAP..

RESEPI::
Daging Ayam ikut suka... (hahahah)
2 Ulas bawang besar (Kisar)
4 Ulas bawang putih (Kisar)
Cili api (ikut Suka kalau nak Podeh) - (Kisar)
1 sudu Ketumbar,Jintan Manis, Jintan Putih (Ditumbuk)
Sedikit air untuk melembutkan ayam
Gula
Garam

** Campurkan semua bahan dalam kuali**
**Renihkan sehingga daging ayam masak**
**Tambahkan gula/garam sebagai perasa**
Siap .....


January 10, 2014

:: Al-Fatihah ::


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ayahanda Hj Husin Bin Hj Ibrahim.
Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

03.11.1941~09.01.2013

AL-FATIHAH

"Kenangan Abadi yang tidak akan dilupakan seumur Hidup "

January 8, 2014

:: 2014~Azam Baru Status Baru ::

Assalammualaikum
Lama dah menyepi, hari ni baru berkesempatan nak menjengah kat sini. Sekali lagi, Broadband problem...huhu..tapi takpelah, dah ok...bolela update cite baru kat sini..ye tak??

Hari ni dah masuk minggu kedua di bulan Januari 2014. Sebelum berakhir 2013,status diri dah bertukar menjadi tunangan orang pada 28 hb Disember. Alhamdulillah, perkenalan singkat selama 10 bulan mengikat aku sebagai tunangan kepada Mr. Fiance. Majlis berlangsung dengan sempurna seperti yang dirancang.
Majlis pertunangan yang kecil-kecilan ni cuma dihadiri keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Maaf pada saudara mara dan sahabat yang tidak mendapat jemputan . Insyallah, akan datang tidak akan dilupakan.


Pelamin D.I.Y idea aku, hasil kerja tangan my bff. Nanti kita cite detail pasal pelamin ni ye.
Seksa ko...hahahahaha...yang pasti ramai yang puji. Siap tanye tempah kat mane...agak-agakla tempah. Sampai tercucuk jarum peniti nak lekatkan bunga kipas kat langsir tu....Hantaran pon my bff yang buat. Untong ada kawan yang kretippp ni...dia jer kesian dapat kawan cam aku..Bagi idea, kuar duit tu bole la...
kan prennnn.. Ada yang berminat??? leh pm...hahahaha

Hantaran dari Pihak Perempuan .. Kompom Pink warna pilihan
Hantaran pertunangan kami hanya 5 berbalas 7 dulang. Semua hantaran sekali lagi my pren punya hasil tangan. Simple dan cantik ...hahahaha..puji sendiri..Itu pon dah menyeksa diri rasanya. Tidur kami terganggu dek nak menyiapkan sirih junjung. Lastly, kasi belasah suda....janji ado!


Sekali lagi disini, nak promote bisness my bff IzzBizz Cakes
Kot sesape yang dok area shah alam,klang or port klang yang berminat nak menempah kek,cheese tart  bole   pm kat page dia ye....Untuk hari pertunangan ni, kek aku disponsor. Seronok gak ramai yang nak sponsor. Agak-agak kawin nanti ada yang nak menaja tak ?? hahaha..


Okla, kita layan gamba .....




Dua sahabat rapat yang setia bersama disaat susah dan senang ..


Bersama anak sedara yang semakin membesar...

my bff

flower gurl yang gedik gitu...

Akhir Sekali gambar dengan Mak.
Dalam suka, pasti ada dukanya. Walaupon hati ni berbunga bahagia, tapi masih ada rasa terkilan sebab tidak dapat meraikan majlis ni bersama arwah ayah. Seriang mana pon hati ni, masih ada rasa sedih kerana tidak menyempurnakan hajatnya semasa arwah masih bersama kami.

Al-Fatihah untuk arwah ayah.

Alhamdulillah..Semoga Allah permudahkan perjalanan kami seterusnya.
Amin ...

Mak & Adik ...










December 15, 2013

:: Short Trip ~ Nilai Springs Golf Club & Resort Hotel ::


Asalammualaikum..
Selamat pagi. Live update dari Nilai.
Dok dalam bilik menahan kesejukan membuatkan aku masuk toilet tanpa segan..hahahahaha
Short trip bersama adik n family, sponsored by adik ipar ke Nilai Spring.

Dalam hati dok counting days...SHeram lai aii kan...
Semoga dipermudahkan segala urusan kami..
Ape-ape pon....

Kita ENJOYYYYYYY dulu....





November 30, 2013

:: Sepi Sekejap ::

Salam semua,
Lama dah menyepi kat sini....hampir berabuk kot blog ni..hihiihi
Sepi sekejap kerana kebizian melanda diri.
Alhamdulillah, sekarang sedang menghitung hari, bakal dirisik seseorang yang disayangi.
Insyallah, diharap followers semua dapat mendoakan agar segalanya dipermudahkan oleh NYA.

Macam-macam aktiviti yang dibuat selama dok sepi ni. Semalam, sempat buat suprise party untuk hari lahir mak yang ke 62 tahun. Tiada apa yang diharapkan selain dari mendoakan Mak dikurniakan umur yg panjang, kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kebahagiaan didunia dan akhirat.


Kek dan pulut kuning ni akak ipar yang buat.
Sodap... hadiah dari menantu untuk mentua..hahaha




Mak dengan cucu-cucu kesayangan......

Nak share dengan korang semua, kek bawah ni hasil kerja tangan IzzBizz Cakes
Projek dengan kawan...

Sesape yang nak teringin nak order , khususnya yang duduk di area Port Klang, Pandamaran, Bandar Putera, Bandar Puteri, Klang, Shah Alam atau yang berdekatan boleh la contact kami.









October 19, 2013

:: AidilAdha 2013 ::

Assalammualaikum...

Baru berkesempatan nak update malam ni..bukan takde mood..tapi kebizian melanda...
Sebelum tu, nak ucapkan Salam Aidiladha untuk semua follower...
Maaf, terlewat sedikit..takpe kot.....

Ni yang nak cerita nih....tahun ni agak meriah sikit sambutan Aidiladha...seperti biasa, masak sekadar makan-makan untuk sekeluarga...tapi mengalahkan raya pose..hahaha..
Dalam pada tu, teringat arwah ayah..kalau arwah masih ada, tentu ayah yang mula merancang nak membeli apa yang nak dimasak tuk raya nih...

Kalau korang terus layan gambar kat bawah ni, kompom terkeliur kot...hahahaha..
Masak dari petang senin sampai pagi esoknya...masih masak...masak..dan masak...

Juadah tuk kali ni...
1. Nasi Impit
2. Ketupat
3. Rendang ayam pencen
4. Ayam masak merah
5. Jelatah (timun & nenas)
6. Nasi beriyani
7. Kuah Kacang
8. Kuah Lodeh

Meriah tak....????? amik ko......dah macam open house kat umah..
Kebetulan my uncle yang sejak dari raya pose tak berkesempatan nak datang beraya, kali ni dapat join sekali menikmati juadah yang.........betul-betul mengorbankan diet...hahaha




 Ketupat ni..akulah yang menganyam....(leh caya ke).. hahahha

Nasi Beriyani..



Ayam masak merah & Jelatah...

Rendang ayam pencen....mavelesssss..


My sister dok masak nasi...

Pakteh & Family....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...