Followers

January 8, 2014

:: 2014~Azam Baru Status Baru ::

Assalammualaikum
Lama dah menyepi, hari ni baru berkesempatan nak menjengah kat sini. Sekali lagi, Broadband problem...huhu..tapi takpelah, dah ok...bolela update cite baru kat sini..ye tak??

Hari ni dah masuk minggu kedua di bulan Januari 2014. Sebelum berakhir 2013,status diri dah bertukar menjadi tunangan orang pada 28 hb Disember. Alhamdulillah, perkenalan singkat selama 10 bulan mengikat aku sebagai tunangan kepada Mr. Fiance. Majlis berlangsung dengan sempurna seperti yang dirancang.
Majlis pertunangan yang kecil-kecilan ni cuma dihadiri keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Maaf pada saudara mara dan sahabat yang tidak mendapat jemputan . Insyallah, akan datang tidak akan dilupakan.


Pelamin D.I.Y idea aku, hasil kerja tangan my bff. Nanti kita cite detail pasal pelamin ni ye.
Seksa ko...hahahahaha...yang pasti ramai yang puji. Siap tanye tempah kat mane...agak-agakla tempah. Sampai tercucuk jarum peniti nak lekatkan bunga kipas kat langsir tu....Hantaran pon my bff yang buat. Untong ada kawan yang kretippp ni...dia jer kesian dapat kawan cam aku..Bagi idea, kuar duit tu bole la...
kan prennnn.. Ada yang berminat??? leh pm...hahahaha

Hantaran dari Pihak Perempuan .. Kompom Pink warna pilihan
Hantaran pertunangan kami hanya 5 berbalas 7 dulang. Semua hantaran sekali lagi my pren punya hasil tangan. Simple dan cantik ...hahahaha..puji sendiri..Itu pon dah menyeksa diri rasanya. Tidur kami terganggu dek nak menyiapkan sirih junjung. Lastly, kasi belasah suda....janji ado!


Sekali lagi disini, nak promote bisness my bff IzzBizz Cakes
Kot sesape yang dok area shah alam,klang or port klang yang berminat nak menempah kek,cheese tart  bole   pm kat page dia ye....Untuk hari pertunangan ni, kek aku disponsor. Seronok gak ramai yang nak sponsor. Agak-agak kawin nanti ada yang nak menaja tak ?? hahaha..


Okla, kita layan gamba .....




Dua sahabat rapat yang setia bersama disaat susah dan senang ..


Bersama anak sedara yang semakin membesar...

my bff

flower gurl yang gedik gitu...

Akhir Sekali gambar dengan Mak.
Dalam suka, pasti ada dukanya. Walaupon hati ni berbunga bahagia, tapi masih ada rasa terkilan sebab tidak dapat meraikan majlis ni bersama arwah ayah. Seriang mana pon hati ni, masih ada rasa sedih kerana tidak menyempurnakan hajatnya semasa arwah masih bersama kami.

Al-Fatihah untuk arwah ayah.

Alhamdulillah..Semoga Allah permudahkan perjalanan kami seterusnya.
Amin ...

Mak & Adik ...










December 15, 2013

:: Kenangan SEMALAM~Dari Sahabat untuk Sahabat ::


Besar Impian . Ingin memiliki seseorang yang betul-betul memahami dan menyayangi diri setulus hati. Besar pengorbanan, sehingga sanggup melakukan apa saja untuk memuaskan hati seseorang tanpa mengira diri sendiri. Tidak pernah mengungkit apa yang dilakukan selama bersama. Hanya satu, agar dia tahu apa yang dilakukan ini, bukti kasih sayang yang tiada tolok bandingan.

Tetapi, kecurangan tetap ada. Bukan 1,2,3,4 tapi ada seterusnya. Setiap apa yang dilakukan seolah Allah SWT memberi tanda. Ada saja petanda yang diterima, hati ini hanya membiarkan sahaja untuk memberi peluang yang entah untuk kali yang keberapa.

Hati sahabat, sampai bila ingin berterusan begini. Untuk apa kita menyimpan perasaan sayang pada orang yang tidak pernah menghargai apa yang telah kita lakukan selama ini. Sampai bila, sahabat ingin terus menipu hati yang sakit dengan setiap perbuatan yang mengguris hati.


Selembut-lembut hati wanita, sampai masanya akan KERAS bila sampai waktu dan ketika.
Dan diingatkan, jangan sesekali kau datang berpaling seperti lelaki yang kurang waras,
menceritakan kekurangan si bunga baru dengan diri sahabatku. Apa yang kau dapat kini, adalah cermin keperibadian dirimu. Sekarang kau nikmatilah kehidupanmu bersama seseorang yang kau katakan tidak seperti sahabatku. 

Si bunga baru, ambillah dia. Sejujurnya sahabatku terlepas dari seseorang yang amat menjengkelkan.
Lelaki yang setia mencari sesuatu yang baru tanpa memikirkan hati yang perlu dijaga.
Kuatkanlah hatimu seperti sahabatku. 
Semoga bahagia ada bersama kamu.


P/s :: Untuk stalker ... TQ berjaya skodeng blog aku ... tak perlu nak cari sangat sape dia, kalau ko nak tau ... dia tak pernah nak mencari dan mengenali siapa diri ko .. Takde apa yang nak dikesalkan,  Alhamdulillah , dia terlepas dari seseorang yang huhhhhhhhh! Tolong nasihat pada lelaki tu, jangan cuba menghubungi dia, memujuk semula untuk bersama... Belajar untuk menerima kegagalan dari sikap buruk dia sendiri.
Peace!

:: Short Trip ~ Nilai Springs Golf Club & Resort Hotel ::


Asalammualaikum..
Selamat pagi. Live update dari Nilai.
Dok dalam bilik menahan kesejukan membuatkan aku masuk toilet tanpa segan..hahahahaha
Short trip bersama adik n family, sponsored by adik ipar ke Nilai Spring.

Dalam hati dok counting days...SHeram lai aii kan...
Semoga dipermudahkan segala urusan kami..
Ape-ape pon....

Kita ENJOYYYYYYY dulu....





December 2, 2013

:: SweetSmiles #3 yrs ::

'


Diam-diam dah masuk 3 tahun blog ni. Yang sedihnya, hari ni baru aku sedor...hahahahaha...
Ape punya tuan tanah la kannnn..Tu bermakna Tuan Tanah semakin bz dengan urusan-urusan diluar.
Rasa bangga dengan blog ni, sebab ada gak yang bertanya...ini blog baru aku ke?
Penat lak menjawab....TIDAK..

Ni la blog yang aku tatap, aku luahkan segala tentang kehidupan aku selama 3 tahun dialam maya.
Wahhhh ... hebat ayat....hahahaha

Alhamdulillah, tabung nuffnang aku pon semakin masyuk..
Biar banyak sikit. Sampai masa kite kuarkan....

Doa dan harapan aku pada Blog ni, agar ia tetap menjadi antara sahabat setia pada diri ini, tempat meluahkan segala tentang susah senang kehidupanku. Semoga blog ini menjadi teman rujukan pada follower yang setia datang bertandang.

Happy Birthday "SweetSmiles"

December 1, 2013

:: D.I.Y Project #1:: Engagement Dais ::

Assalammualaikum..
Dah masuk bulan Disember, seram sojuk lai aiii.....
Preparation untuk hari yang ditunggu....

Ekceli dah banyak aku buat bersama my pren...
Hasil idea bersama...harap-harap tidak menghampakan...
Janji puas hati...ye takkk...


Terjumpa lak yang sama dengan ilham kami....hahahah
Ilham la sangat kannnn



Tengoklah hasilnya nanti...
Kerja keras kami selama beberapa hari kat opis...
Curik masa lunch untuk mengadap benda nie...
Done!

Allhamdulillah....




:: Baru, Baru dan Baru ::


Bulan terakhir 2013, teringin lak nak wat header baru...
Sekali dah tukar, kira azam baru la ni...sebelum tahun 2014.. ye tak??
Harap-harap lepas ni rajin la jejari temban ni menghapdet..
Okla...

Gud Nite semua..

Salam Hari Pertama di Bulan DISEMBER ...

November 30, 2013

:: Sepi Sekejap ::

Salam semua,
Lama dah menyepi kat sini....hampir berabuk kot blog ni..hihiihi
Sepi sekejap kerana kebizian melanda diri.
Alhamdulillah, sekarang sedang menghitung hari, bakal dirisik seseorang yang disayangi.
Insyallah, diharap followers semua dapat mendoakan agar segalanya dipermudahkan oleh NYA.

Macam-macam aktiviti yang dibuat selama dok sepi ni. Semalam, sempat buat suprise party untuk hari lahir mak yang ke 62 tahun. Tiada apa yang diharapkan selain dari mendoakan Mak dikurniakan umur yg panjang, kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kebahagiaan didunia dan akhirat.


Kek dan pulut kuning ni akak ipar yang buat.
Sodap... hadiah dari menantu untuk mentua..hahaha




Mak dengan cucu-cucu kesayangan......

Nak share dengan korang semua, kek bawah ni hasil kerja tangan IzzBizz Cakes
Projek dengan kawan...

Sesape yang nak teringin nak order , khususnya yang duduk di area Port Klang, Pandamaran, Bandar Putera, Bandar Puteri, Klang, Shah Alam atau yang berdekatan boleh la contact kami.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...