Followers

February 18, 2011

Tazkirah Pagi Jumaat::Air Mata Nabi Adam

Assalammualaikum

Air Mata Nabi Adam
Tahukah anda semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah S.W.T.

Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam  itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pohon cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata "Sedap sungguh air ini".

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud ..

"Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minuman yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu"









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...