Followers

January 19, 2013

:: Al-Fatihah ~ Ayah ::

Assalammualaikum

Selamat petang semua. Dah lama tak hapdet blog. Banyak cerita yang dikumpulkan, rasa nak diluahkan hari ni...cuma masa dan keadaan yg seakan-akan menghalang. Takpelah kan, insyallah...kita hapdet sikit-sikit pon boleh..ye tak...

Penghujung 2012, sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Hari yang sepatutnya aku pergi bercuti, bertukar menjadi saat paling memilukan dalam diri ni. Pagi sabtu 29 Disember 2012, ayah dimasukkan ke hospital sebab sesak nafas. Sebelum ni , aku pernah bagitau pasal ayah akan buat dialisis buah pinggang. Tapi saat dimasukkan ke hospital (Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang)  keadaan buah pinggang ayah dan semakin kritikal. Bayangkan perasaan mak , adik & aku waktu doktor hanya memberikan dua pilihan samada ayah akan ditebuk dileher, bagi membolehkan proses dialisis dilakukan yg hanya  10% peluang utk berjaya ATAU hanya diberi ubat penenang (dilihat seakan-akan tidur) sehingga menunggu saat utk PERGI.


Aku dah tak tau nak berkata-kata, hanya air mata ni je yang boleh menjawab segala pertanyaan doktor yang  memberikan masa tak sampai 10 minit untuk kami adik beradik berbincang demi nyawa seorang yg bergelar AYAH. Akhirnya, kami adik beradik meneruskan proses dialisis, yang mungkin ikhtiar kami yang terakhir utk ayah. Alhamdulillah, semua berlaku dalam keadaan baik walaupon kami faham setiap risiko yang bakal kami hadapi setiap kali proses rawatan dilakukan. Sekurangnya ikhtiar itu masih ada. Selama 3 malam , ayah dirawat di ICU, aku dan mak dah menganggap ruang menunggu sebagai rumah kedua kami. Alhamdulillah, dari hari pertama ayah di HTAR , saudara mara, jiran dan sahabat terdekat tidak putus-putus datang menziarahi. Setelah 2 malam berturut-turut dialisis dilakukan, ayah ada menunjukkan respon yang baik walaupon dia masih dalam keadaan lemah. Bayangkan, tangan ayah diikat ditepi katil. Untuk mengelakkan tangan dari mencabut segala wayar dan tiub yang berada didalam mulut sehingga dipindahkan ke wad biasa pada hari yang ke 4.


Hari ke 4, di wad biasa, ayah dah mula sedar sepenuhnya tapi masih dlm keadaan lemah. Proses dialisis dilakukan sekali lagi utk jangka masa 2jam. Akhir sekali, doktor mengesahkan ayah tidak boleh melakukan dialisis kerana keadaan antibodi yang amat lemah dan jika dilakukan hanya boleh menyakitkan. Akhirnya, 3 Januari 2013 kami sepakat membawa ayah keluar dari HTAR, kerana kami sedar tiada apa yang boleh dilakukan. Dari hanya memberi ubat penenang sekali lagi, kami membawa ayah balik dengan perasaan yang sukar untuk digambarkan. Rumah kami sekali lagi penuh dengan kedatangan saudara mara, sahabat handai dan jiran-jiran. Usaha kami membantu ayah tetap diteruskan, setiap detik dan setiap malam bacaan yassin dan Al-Quran tidak pernah putus. Hari terakhir, ayah menujukkan respon yang amat positif seakan-akan dia akan terus sihat seperti dulu. Tapi bagi aku, seakan menidakkan apa yang aku nampak ketika itu. Hati ni semakin tidak keruan. Mungkin disebabkan sudah ada tanda-tanda ayah akan pergi.

Akhirnya, ayah menghembuskan nafas pada hari Rabu, 9 Januari 2013, pada jam 0130 pagi disaat aku dan adik membaca surah yassin yang kali ini diajar oleh mak berhenti disetiap perkataan "MUBIN" dan berdoa .......

Semoga Allah Menyembuhkan Penyakit Ayah
Semoga Allah meringankan BEBAN Ayah
Di ampunkan Segala Dosa-Dosa Ayah
Sekiranya Allah ingin mengambil ayah ku, Kami REDHA.....

Alhamdulillah, ayah pergi dihadapan kami dalam keadaan yang amat tenang. Kami juga melihat sakaratul maut berlaku dihadapan kami dengan amat jelas. Bergerak dari bawah, sehingga keluar melalui ubun kepala.

Ya Allah, Besar sungguh kekuasaanmu. Sungguh Jelas dihadapan kami.

Arwah ayah meninggalkan aku seminggu sebelum ulangtahun kelahiranku yang ke 34 tahun.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH ARWAH AYAH
DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

AL-FATIHAH
TN. HAJI HUSIN BIN  HAJI IBRAHIM
03.11.1941 ~ 09.01.2013

December 25, 2012

:: Ayah ~ Part 1 ::


Assalammualaikum...

Mulai hari ni ..aku akan update segala yang berkaitan mengenai kesihatan ayah aku. Mungkin ada diantara follower ada pengalaman yang boleh dikongsi bersama. So, silakan ..okey..

Ayah aku , 3 November 2012 , genap 71 tahun...Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bersama ayah di usia emas ini. Ayah menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dan sekarang buah pinggang ayah disahkan menghadapi sedikit masalah dan perlu rawatan dialisis. Pada awalnya, dia tidak bersetuju dengan rawatan dialisis buah pinggang, tapi tidak sekarang. Minggu depan 2 Januari 2012 , akan ke hospital untuk ujian darah. Insyallah, semoga Allah permudahkan segala urusan kami.
Aminnnn.....



Ni masa bulan May 2012, ayah ditahan di hospital akibat hypoglycemia (kurang gula dalam badan)..

Masa ni la ayah disahkan menghadapi masalah buah pinggang dan perlu rawatan segera.
Masa ni dia masih boleh berjalan sendiri, tapi sekarang untuk mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini, ayah banyak menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Kalau nak buang air , ayah akan dipapah sampai kedalam toilet. 

Semoga ayah cepat sihat , walaupun tidak macam dulu...atleast CERGAS dan BERTENAGA...

Aminnnn.....


December 22, 2012

:: Termenung Ku Sendiri ::

Termenung Ku Sendiri...
Memendam Rindu tidak Menentu..


Haish....tak tahu nak buat ape ari ni...Cuaca kat luar HUJAN...Nak tido, meleborkan badan je kangg..hahahaha...la ni dok layan MAHARAJA LAWAK MEGA 2012... (lawak ke) hahaha...
kompom la lawak....lebih-lebih lagi tengok BOCHIL dari Say Who....
katenya... "DIO~DIO~DIO"........

Dah bape ari tak menghapdet blog.....idea kering kontang..tapi bila dah start merepek....sekali panjang plak entry ni jadinya kangg..hahahaha...takpolah kan...Hujung minggu , tak tau nak kemana...poket dok mengering...next week nak g jejalan ngan pren-pren...Harap-harap cuaca cantik....al-maklumlah sekarang ni musim hujan kan.....

Dah bape ari nie dok memendam rindu je...tak tahu la pada sape..huhuhu..
Yang pasti RINDU kat arwah n family kat seremban...Bulan 12 ni tak berkesempatan nak balik sana. 
Baru-baru ni call  mak kat seremban.....dari suara mak , cam mengharap aku balik sana je...
Insyallah, nanti tiez balik sana bulan depan ...Rindu Mak n family kat sana..

Banyak yg aku dok pikir dalam fikiran ni.....kesihatan ayah yang tak berapa baik...Awal bulan Januari nanti, ayah kene pegi hospital nak ambik darah. Maybe ayah akan wat dialisis buah pinggang.
Tapi kami adik beradik tak pasti lagi, sebab tengok keadaan ayah yang semakin uzur.

Tolong Doakan yang terbaik untuk keluarga kami DAN
Doa terbaik dari KAMI untuk anda SEMUA.....


December 14, 2012

:: Cuti OH Cuti ::


Cuti Oh Cuti...Nak mintak cuti kene tadah telinga , ceramah motivasi ala maki-maki, tapi sebab dah paham perangai bos...tak kisah la, dah fahammmmmmmmmmmmmm sangat-sangat...
Lps puas dia membebel....atleast mendapat gak cuti yg aku dan pren nak..hahahaha..

Nak masuk bilik hantar form cuti jadi kelam kabut...tu gara-gara bos pon nak cuti date yang sama...Menggelupur la gak...dah la Hotel dah berbayar..mane mauuuuuu kann...hahaha
Tengkiyu la bos..syg bangat-bangat....nak dapat cuti yang sama dengan pren memang susah coz dia partner aku kat department tu.....tapi nak buek camno kan..dah lama plak tak bercuti bersama....

Cuti pegi mane erk??? hahaha...Tungguuuuuuuuuu....nanti kita share cite ..
Okay....




December 11, 2012

:: Ciri-Ciri LELAKI yang BAIK ::


Jom kita berkongsi ciri-ciri lelaki yang baik...



1) Cuba membantu anda dalam keadaan apa sekalipun, walaupon pada hakikatnya mereka tidak mampu untuk membantu anda.

2) MENGHORMATI ANDA, walaupon anda berdua mempunya perbezaan pendapat dan berselisih faham, dan tidak sekali-kali merendahkan martabat anda sebagai seorang wanita dalam keadaan apa sekalipun.

3) Pandai mengambil hati, membuat anda ketawa semasa anda dalam keadaan sedih atau sebagainya

4) Sedia menasihati dan berkongsi pandangan mengenai kebaikan dan keburukan anda. Selain itu mereka juga akan mengakui kesilapan diri sendiri dan cuba menyelesaikan masalah serta berjanji tidak akan mengulanginya. Sikap ini akan memberi peluang kepada pasangan untuk sering meluahkan pendapat masing-masing.

5) Tidak sombong dan merendah diri dan tidak memandang rendah keupayaan diri anda. Sentiasa menyokong apa yang anda lakukan sehingga berjaya

6) Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan diri anda dan tidak sesekali yang akan mengubah diri anda yang sebenar. Mereka akan menerima anda seadanya.

7) Mereka lebih tahu untuk menilai betapa berharganya diri anda dan bijak melayan anda sebaik mungkin

8) Mereka amat peka pada maklum balas anda, apa yang ada kata dan rasa.

9) Merekat tidak akan sesekali melupakan anda walaupun dirinya sudah berjaya. Setiap nasihat dan motivasi yang anda berikan amat mereka hargai.


:: Sweet~Smiles :: Sejujurnya, ciri-ciri diatas juga harus ada pada WANITA yang baik. Setiap apa yang kita lakukan dengan baik pastinya akan membuatkan pasangan rasa dihargai , dihormati dan disayangi.


December 7, 2012

:: M.U.S.I.B.A.H ::


Assalammualaikum

Pagi tadi dekat opis, ada seorang abg kehilangan duit gaji. Baru je kuar dari ATM machine, dia boleh tertinggal dompet kat atas mesin ATM kt bank. Mungkin tgh buat transaction lain, dia terus balik ke opis tanpa mengambil dompet kat atas mesin tu...huhuhu...Sampai je kat opis, baru dia teringat. Dan confirm la bila pergi balik kat bank tu, tak akan adanya DOMPET tu..

MUSIBAH.....atas kecuaian sendiri. Kesian dengan abg opis aku tu. Tapi benda dah nak berlaku, kecuaian tu cuma sebagai penyebabnya saja. Atas dasar perikemanusiaan, kami menghulurkan sumbangan ikhlas untuk mengurangkan beban yg ditanggung. Tapi, yang tak sedapnya...ada la sorang ni, nak menghulur jauh sekali.... lagi boleh cakap cenggini...

"Dia yg hilangkan duit dia, kenapa perlu kita bayar.... "

Masalah disini, bukan dia mintak duit dia hilang...Gunakan lah akal sikit, hulurnya tidak..lagi nak cakap camtu...ape punya bangsa pon aku tak tau....jangankan RM10, seposen pon tak tercampak...
Atleast, terbitkan lah sikit perasaan belas kasihan atau perikemanusiaan ...

Hari ni hari orang lain, esok lusa...kita tak tau......




December 6, 2012

:: Disember oh Disember ::


Sampai tutup-tutup mata...ape yg ko takut..hahahaha....


Assalammualaikum semua....dah sampai bulan Disember kan....pejam celik pejam celik, kita tinggal beberapa hari lagi sebelum 2012 melabuhkan tirai dan 2013 akan datang dengan azam, dugaan dan kehidupan yang baru. Tahun 2012, bakal aku tinggalkan dengan kenangan yang pasti tidak akan aku lupakan selagi masih bernafas di bumi Allah S.W.T.

Masih teringat lagi setahun yang lepas di bulan Disember, untuk pertama kali aku bawak arwah datang berjumpa keluarga dirumah....Kenangan oh Kenangan....

Jun 2012 - Bulan keramat, mengingatkan aku perginya seorang insan yang pernah bertakhta dihati. Masih jelas diingatan setiap kenangan aku bersamanya. Hurmmm, tak baik kan mengenang orang yang telah pergi. Aku yang masih hidup ini, akan meneruskan kehidupan ini dengan semangatnya. Aku tau, dia pasti gembira melihat aku yg semakin tabah dlm meniti kehidupan tanpa dia disisi. 

time kasih la bagi semangat...hahahahha

Januari, sekali lagi bersama arwah, untuk kali pertama dan terakhir menyambut ulangtahun kelahiran...hurm, terasa sangat-sangat ketiadaannya. Terima kasih Ya Allah, walaupon cuma sekali sahaja kesempatan yg kau berikan kepadaku, ianya cukup membahagiakan. Nampaknya usia aku akan meningkat lagi..hahahaha...cuma angka je kan, tapi walaupon angka....SEMAKIN HAMPIR~SEMAKIN BERDEBAR....

Semakin muda plak rasanya...hahahaha...tapi tetap comel....



. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...