Followers

April 12, 2015

Bas Oh Bas


BAS OH BAS…..

Duduk berborak dgn akak opis waktu makan tetiba leh kuar cite pasal bas. Dulu, masa zaman sekolah, bas 
tycoon, express qiara,metrobus adalah yang popular sekitar tahun 90an dekat port klang. Masa tu tambang bas kalau dari depan BOMBA berhadapan SM(P) Raja Zarina, rasanya dalam 60sen kot.



 Lupa plak. Kalau nak sejuk  leh pilih bas express qiara or metrobus. Masa ni bas biasa memang tak pandang la. Lebih-lebih lagi bila munculnya bas tycoon. Rasa macam hebat sangat.Kengkonon bas tu la macam ala-ala moden… zaman tu la ye…hahahahah..moden sangat rasanya kalau compare dengan bas lama yang ado… Untuk aku, peluang menaiki bas cuma masa nak pegi tusyen kat Klang . Pegi sekolah pon arwah ayah yg  hantar. Bagi aku nak merasa berjalan sesuka hati memang takdela. Kecuali masa beraya dengan kengkawan sekolah .



Masa ada satu kes, pemandu bas merogol seorang wanita dekat area Bukit 
Tinggi,Klang (masa tu Bukit TInggi masih dlm pembinaan) ,kami bebudak sekolah 
ramai yang mula takut nak naik bas tersebut. Gila seram….rasa tak selamat 
jer..mesti korang semua ingat kisah ni lagi. Lebih-lebih lagi kami yang dok area
Pelabuhan Klang.

Sekarang, bila dah ada kereta , perkhidmatan bas terus tak digunakan.Pernah 
sekali nak merasa naik komuter pegi KL,tinggalkan kereta kat stesyen komuter
port klang. Balik dari KL beriya2 nak naik bas ke Klang. Sampai klang dah 
tercangak-cangak nak balik ke Port Klang. Tempat menunggu bas dah bertukar.
Orang pon ramai bertukar..hahahaha … Dah rasa macam menunggu bas kat 
Bandung & Jakarta jer…Lepas tu macam tempat dorang plak. Ibarat kita ni macam 
pelancong di tempat sendiri. Kalau korang bebudak klang,mesti paham ape yang 
aku rasa masa tu..hahahahha..Terus tobat takmo naik bas lagi..

2 comments:

  1. G sekolah naik bas sampai Staj.. Pastu kena jalan kaki smpai Rz.. Bapok jauh oii.. Budak2 skrg untung sgt.. Nak g mana2 naik keta.. Ekon depan muka..

    ReplyDelete
  2. hahaha..tau xpe...sib baik arwah ayah aku anto smpai dpn gate

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...