Followers

January 14, 2014

:: Santai Hari Cuti ::

Seronoknya cuti hari ni...tapi esok dah setat keje...kenapa la tak cuti seminggu .. kan best...hahahaha..Agak melampau plak permintaan kannnn..Hari ni dari pagi dok memerap kat umah. Layan FB, TV... Ari ni plak ada orang nak datang. Sape?? tentula yang teristimewa...

Hari ni, hari rajin sedunia..Nak jadi bakal isteri kena la rajin-rajin ke dapur. PROJEK MEMIKAT BAKAL SUAMI...hahahaha

UNGKEP AYAM

Sejak dua menjak nih....rajin lak diri nih masuk dapur..Makan tengah hari ditaja oleh Cik Yatie yer hari ni..hahahaha

Kobis masak Lemak, Ikan Masin bulu ayam & TEMPE

Tukang rasa katanya SODAP..tak taulah amik ati ke ape...tapi mmg SODAP kot..hahahah
Resepi UNGKEP aku google jer..tapi my bff udah bagi resepi yang betulnya.
Aku tambah-tambah gak ape yang patot ditambah..janji SODAP..

RESEPI::
Daging Ayam ikut suka... (hahahah)
2 Ulas bawang besar (Kisar)
4 Ulas bawang putih (Kisar)
Cili api (ikut Suka kalau nak Podeh) - (Kisar)
1 sudu Ketumbar,Jintan Manis, Jintan Putih (Ditumbuk)
Sedikit air untuk melembutkan ayam
Gula
Garam

** Campurkan semua bahan dalam kuali**
**Renihkan sehingga daging ayam masak**
**Tambahkan gula/garam sebagai perasa**
Siap .....


January 12, 2014

:: Sana Sini DENGGI ::

Selesai je majlis kenduri aritu, mak dijangkiti deman denggi. Mulanya ingat sekadar demam otot biasa. Almaklumlah, beberapa hari sebelum majlis dia sibuk mengemas. Berulang sekali kali lagi kejadian bermalam di hospital seperti tahun lepas. Platelet darah turun mendadak sehingga 28. haishhhhhhh, lepas bagi mak makan sup ketam platelet naik la sedikit demi sedikit...Alhamdulillah, selepas 4 hari 3 malam , kami pulang kerumah.
Sekarang ni nak carik pucuk betik untuk menambahkan khasiat dalam badan. Pucuk betik katanya sangat berkhasiat untuk orang-orang yang dijangkiti demam denggi.

Kalau nak tahu, kawasan perumahan aku boleh dikatakan ramai yang telah dijangkiti demam denggi.

Nasihat untuk semua, tolong jaga kebersihan kawasan rumah untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.


Tempat pembiakan nyamuk aedes


Nyamuk Aedes








January 10, 2014

:: D.I.Y Project #2 :: Engagement ::

Seperti yang telah dijanjikan, hari ni nak cite pasal Pelamin D.I.Y yang my pren ilhamkan.
Walaupon simple tetapi sangat puas hati . 
Ramai yang bertanya, sewa pelamin dari siapa..Agak-agak la ye...tengok pon dah tau, pelamin tu D.I.Y

Sebelum ni aku da cite serba sedikit kat sini D.I.Y Project #1


Kain langsir putih nie, mak yang punye...memang da banyak koleksi ..so rembat jer.
Idak la banyak belanja ye tak...sume under bajet...Terbaikkk


Kain jersey warna biru ni beli kat Pesona Indah,Klang. Aku sukat ikut kain putih tu
Rege, RM12.60 untuk 6 meter. Kain jersey ni orang dok guna wat tabir kat khemah orang kawin tu..


Tengokla, berapa gigihnya my pren sampai menonggeng2....hahahahaha
Bunga kipas tu kami lekatkan kat langsir guna jarum peniti.
Last minit baru nak cari, terbeli jarum peniti yang rasa macam nak diasah je bagi tajam.
Sampai tercucuk-cucuk tangan dibuatnya. 

"Kegigihanmu, Meruntun Hatiku " ... hahahahaha


Memula ingat nak lepaskan je kain biru tu, tapi bile dicongak balik, pren cakap "baik kita ikat"...
Baikk Boshhhh!!

Tambah bunga untuk cantikkan pelamin HANGAN ku.....


Lampu besar tu satu adik aku yang punya. Lagi satu aku beli kat Ikea, harga dia RM 39.90.
Tak termasuk mentol (RM19.90/pc). Tanglung Biru tu kami beli kat GM Klang (RM3.50/pc).
Tanglong besar plak kami beli kat Daiso,Sunway Pyramid (RM5.00/pc).

Tanglong besar tu kami letakkan atas lampu tidor IKEA (my pren punya). So, ni la hasilnya selepas dipasang segala lampu yang ado...

Esoknya, abg sepupu datang katanya nak bawak pallet. Boleh buat tapak Pelamin. Asalnya, kami cuma nk letak carpet dan kerusi je. Tapi ada plak yang memberi idea dan menghulurkan props, Alhamdulillah....
Menambah perasa, akak aku dapatkan kain bulu warna putih untuk alaskan tapak pelamin.

Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...Akhirnya
Ni Hasilnya .....


Alhamdulillah, berkat pertolongan my pren dan yang paling penting cetusan my idea  (hahahahha) maka siap sudah pelamin yang kami dok google selama ni. 

Kalau nak tau berapa Bajet ::

Kertas A4 (warna) - RM8.80
Kain Biru - RM12.60
Lampu Ikea - RM39.90
Mentol - RM39.80
Tanglong Besar - RM10.00
Tanglong Biru - RM7.00
Rama-Rama - RM7.00
Bunga - RM11.00

Jumlah :: RM136.10

Ok la kan, nama pon D.I.Y.
Benda tu semua bole digunakan semula untuk majlis akan datang.



:: Al-Fatihah ::


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ayahanda Hj Husin Bin Hj Ibrahim.
Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

03.11.1941~09.01.2013

AL-FATIHAH

"Kenangan Abadi yang tidak akan dilupakan seumur Hidup "

January 8, 2014

:: 2014~Azam Baru Status Baru ::

Assalammualaikum
Lama dah menyepi, hari ni baru berkesempatan nak menjengah kat sini. Sekali lagi, Broadband problem...huhu..tapi takpelah, dah ok...bolela update cite baru kat sini..ye tak??

Hari ni dah masuk minggu kedua di bulan Januari 2014. Sebelum berakhir 2013,status diri dah bertukar menjadi tunangan orang pada 28 hb Disember. Alhamdulillah, perkenalan singkat selama 10 bulan mengikat aku sebagai tunangan kepada Mr. Fiance. Majlis berlangsung dengan sempurna seperti yang dirancang.
Majlis pertunangan yang kecil-kecilan ni cuma dihadiri keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Maaf pada saudara mara dan sahabat yang tidak mendapat jemputan . Insyallah, akan datang tidak akan dilupakan.


Pelamin D.I.Y idea aku, hasil kerja tangan my bff. Nanti kita cite detail pasal pelamin ni ye.
Seksa ko...hahahahaha...yang pasti ramai yang puji. Siap tanye tempah kat mane...agak-agakla tempah. Sampai tercucuk jarum peniti nak lekatkan bunga kipas kat langsir tu....Hantaran pon my bff yang buat. Untong ada kawan yang kretippp ni...dia jer kesian dapat kawan cam aku..Bagi idea, kuar duit tu bole la...
kan prennnn.. Ada yang berminat??? leh pm...hahahaha

Hantaran dari Pihak Perempuan .. Kompom Pink warna pilihan
Hantaran pertunangan kami hanya 5 berbalas 7 dulang. Semua hantaran sekali lagi my pren punya hasil tangan. Simple dan cantik ...hahahaha..puji sendiri..Itu pon dah menyeksa diri rasanya. Tidur kami terganggu dek nak menyiapkan sirih junjung. Lastly, kasi belasah suda....janji ado!


Sekali lagi disini, nak promote bisness my bff IzzBizz Cakes
Kot sesape yang dok area shah alam,klang or port klang yang berminat nak menempah kek,cheese tart  bole   pm kat page dia ye....Untuk hari pertunangan ni, kek aku disponsor. Seronok gak ramai yang nak sponsor. Agak-agak kawin nanti ada yang nak menaja tak ?? hahaha..


Okla, kita layan gamba .....




Dua sahabat rapat yang setia bersama disaat susah dan senang ..


Bersama anak sedara yang semakin membesar...

my bff

flower gurl yang gedik gitu...

Akhir Sekali gambar dengan Mak.
Dalam suka, pasti ada dukanya. Walaupon hati ni berbunga bahagia, tapi masih ada rasa terkilan sebab tidak dapat meraikan majlis ni bersama arwah ayah. Seriang mana pon hati ni, masih ada rasa sedih kerana tidak menyempurnakan hajatnya semasa arwah masih bersama kami.

Al-Fatihah untuk arwah ayah.

Alhamdulillah..Semoga Allah permudahkan perjalanan kami seterusnya.
Amin ...

Mak & Adik ...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...