Followers

July 12, 2013

:: Itukan Rahsia Allah ::

Assalammualaikum..

Selamat sudah hari kedua kita berpuasa. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan hari-hari seterusnya. Dalam siri penjelajahan blog ke blog, terusik hati ni bila terbaca berkenaan JODOH. Kalau ada followers yang setia  mengikuti catatan perjalanan hidup aku disini, pasti ada yang mengetahuinya.


Siapa yang tak nak hidup berdua, sekarang ni pon berdua gak...tapi dengan mak la..hhahahaha..
Aku banyak belajar melalui pengalaman, adakalanya aku jadi fobia. Memang mudah pada mereka untuk bertanya bilakah lagi hendak BERDUA?? Alhamdulillah, setelah aku menempuh pengalaman yang mungkin tidak akan aku lupakan sepanjang hayatku. Aku telah ditemukan dengan seseorang yang sangat menyayangi diri aku seadanya. Dulu, aku hampir menjalin ikatan pertunangan dengan seseorang. Tapi , atas kehendak dari NYA, insan yang aku sayang telah pergi dahulu menghadap Allah S.W.T. Perit pengalaman yang aku lalui. Cukup sukar digambarkan dengan kata-kata (huhuhu..dah meleleh air mata ni).


Aku tidak pernah melupakan si DIA yang telah pergi. Bukan senang nak melupakan. Walaupun ada pengganti disisi.. Tak semudah itu aku hilangkan segala kenangan aku dengan arwah. Peritnya aku alami, bukan seperti orang yang putus cinta. Bergaduh, berpisah tapi masih lagi dilihat depan mata.Kebahagiaan yang aku ada direntap secara tiba-tiba. Sukar, aku gambarkan saat aku disisinya, menemani sehingga nafasnya yang terakhir.

Hurm...PERGILAH SEPI, diharapkan selepas ini dibukakan pintu rezki, dan dipermudahkan segalanya untuk aku dan si dia . Doakan kami. Bagi aku, JIKA KITA BERUSAHA UTK SESUATU YANG KITA RANCANG, ALLAH AKAN MENENTUKAN JALAN YG TERBAIK UNTUK KITA.
INSYALLAH...

Jangan merancang, tapi duduk...tiada usaha.....bagaimana Allah ingin memberi sesuatu kepada kita tanpa usaha ??  BETUL KAN...

FIKIR-FIKIRKAN....

"Ketika Allah inginkan dua hati bertemu, Dia akan menggerakkan kedua-duanya dan tidak hanya salah satu"



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...