Followers

September 18, 2012

:: Kisah Aku~Part 4 ::

Assalammualaikum

Salam tengah hari.....dah pertengahan bulan september rupanye....baru nk menghadpet...adoiyaiii..bersarang la blog nih...hahahaha...Hari ni 18 September bersamaan 2 Zulkaedah, tamat sudah open2 house sempena ari raya.  Menjelang minggu terakhir syawal, aku masih berkesempatan pulang ke seremban untuk majlis tahlil arwah yang ke 100. Sekejap je kan....pejam celik...dah 100 hari arwah meninggalkan kami.

Alhamdulillah, akhirnya selepas 100 hari, arwah hadir dalam mimpi. Walau cuma sekadar mimpi, sekurangnya hilang rasa rindu padanya. Dalam mimpi, arwah cuma memerhati diri ni dari jauh, kemudian pergi menghilangkan diri. Menitis air mata nie, tak tau nak gambarkan perasaan ni camne masa tu. Syukur sangat2 , doa aku selama ni dimakbulkan ALLAH. Walaupon impian tuk hidup bersama tidak kesampaian, aku tetap bersyukur kepadanya, mengenali arwah dan sekarang kasih syg tu beralih pada family  baruku di Taman Permai 2, Seremban.

Semoga aku bertemu kembali senyumanku yang telah pergi bersamanya.

Semoga Allah membuka pintu hati ni utk seseorang yang membahagiakan diriku DUNIA dan AKHIRAT.

Insyallah.





:: SweetSmiles~Sedang Menghargai Seseorang didpn Mata ::



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...