Followers

March 13, 2012

:: Cara mengatasi Kebosanan di tempat kerja ::



Sumber info :: www.qimie.com
  
Memang di akui, kadangkala kita akan berasa bosan apabila berada di tempat kerja, tak kiralah sama ada kita berkerja makan gaji mahupun bekerja sendiri. Jadi macamana nak mengatasi kebosanan ini. Apakata kita berkongsi sedikit info atau tips untuk menghindari dari dibelengu masalah ini.
  • Apakata anda duduk dalam keadaan posisi yang selesa, pastikan tubuh rileks dan tidak tegang. Sandarkan badan anda apabila anda sudah merasa selesa.
  • Pejamkan mata selama sekurang – kurangnya satu minit. Pastikan jangan lama sangat anda memejam mata, nanti tertidur pula. Sebenarnya teknik memejamkan mata ini mampu untuk merehatkan mata
  • Jus Buah – buahan segar mampu mengembalikan mood dan energi seseorang. Buah yang terbaik adalah buah – buahan yang kaya dengan vitamin c, ini adalah kerana ianya mampu mengembalikan kesegaran minda dalam tempoh yang singkat
  • Tarik nafas perlahan – lahan, sekiranya berada di meja kerja membuat anda berasa tidak tenang. Berikan waktu agar dapat membuatkan fikiran kembali tenang.
  • Tidak salah rasanya jika anda mengambil langkah meninggalkan tempat kerja selama beberapa minit untuk mencari ketenangan. Atur langkah ke tempat rehat ataupun tempat yang boleh membuat anda santai di pejabat anda. Sebaik kembali ke meja kerja, pastinya semangat anda akan kembali segar dan berkobar kobar.


***Kalau bosan gak .. bukak drawer .. ambik bag .. kunci kete ~ ~ ~ ~ B.A.L.I.K ***

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...