Followers

June 9, 2011

::Akhirnya...GAMBIT MOHON MAAF::


KUALA LUMPUR: “Sekiranya saya melakukan kesalahan, saya mohon maaf,” kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang menimbulkan kontroversi kerana aksi mengghairahkan dalam klip terbabit.
Dia juga menjelaskan tidak berniat untuk memaki hamun peminat, blogger atau sesiapa pun dalam laman sosialnya mengenai isu berkenaan.

“Semua yang berlaku itu adalah salah faham kerana ‘bukan peminat’ yang menghuru-harakan keadaan dengan menyampaikan fitnah kepada blogger kononnya saya yang memaki hamun mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, dia hanya membalas kritikan bukan peminat yang tidak habis-habis mengkritik dirinya hingga membuatkanya rimas. Dia berkata, kini lebih 5,000 komen diterima daripada pengguna facebook yang melahirkan rasa tidak berpuas hati kepadanya termasuk daripada bukan peminat yang menghentamnya di paparan peminat laman sosial terbabit.

“Saya kesal menerima maki- hamun yang turut membabitkan ibu bapa dan percaya semua yang berlaku itu bertujuan menjatuhkan reputasi,” katanyajom baca metro


Berhati2 la lps ni....ini bukan AMMMMMAAAAAAREEEEEEKAAAAA!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...