Followers

May 29, 2011

::Elly Mazlein Bertunang::

Elly Mazlein Naik Kereta Kuda Di Majlis Pertunangan
Elly dan tunangnya, Azmi di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Ahad. - Foto SHAARI CHE MAT
KUALA LUMPUR: Pelakon Elly Mazlein menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.
Elly yang ditemani ibunya dan pereka kostum pertunangan, Eilla Faizshah dari Busana Cinta dijangka akan bernikah dengan pengarah filem Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, pada Februari tahun depan.
Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi melamar Elly pada Februari lalu.
Majlis yang berlangsung bermula pukul 11.30 pagi itu turut dihadiri oleh 100 jemputan yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
Elly dan bakal ibu mertuanya, Zaleha.
Sambil duduk di pelamin indah berkonsepkan ‘menyunting si dara di taman larangan’ rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, ibu Azmi, Zaleha Ahmad menyarungkan cincin di jari manis Elly.
Kedua-duanya berbalas lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung.
Elly memilih Azmi, duda beranak dua iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9, yang bercerai beberapa tahun lalu.
Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi, Relakan Cinta dan Kasih Berbunga Lalan


Aku bila Plak????? hahahaha...

May 23, 2011

::DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal::

DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal
PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.
Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.~~~~~>mstar


Diharap anda semua sentiasa berhati2....

::~Posh Heels~~::

Hi...Selamat Malam semua....meh sini, aku nk bawak korunk g shopping..kalau ada yg berminat.....contact2 la tuan punyer blog tu yer......Adiossss

May 22, 2011

::Marsya~~na inooo...na inoo::

Marsya Damia, anak sedara aku nih skrg umur dah 6thn....kalau dia tengok video nih....muka tersipu2 malu.....aku ambik video ni masa umur dia 2tahun lebih...dia ckp na inoooooo tu dlm bahse melayunya (nak tengok)...hihi...jom layan video nih.....wat suke suki hati jeww.....


::Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat::

Assalammualaikum

Salam Takziah kepada keluarga  mangsa tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa,Hulu Langat petang semalam. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dari ALLAH S.W.T. 
- AL-FATIHAH-





May 21, 2011

::Aku~Pren~Skuter::

Assalammualaikum

Petang tadi masa tengah sedap2 melayan blog, dapat call dari my prenss..ajak g betolkan skuter...macam la aku ni terel benar..padahal ajak g temankan jew...My pren dpt rembat mekanik mane ntah...aku pon tak berapa nk kenal sangat..tapi macam familiar gak lar muka mamat nih....tengok gaya dia belek skuter tu cam iya2 je la...dlm hati dok cakap..jangan start skuter trus terbang atas pokok ni udah la...hahaha (tiba2 teringat citer P.Ramlee) Tengok muka dia terkujat2 nak menyetat skuter rasa cam kesian lak....kang kalu aku tolong takut mamat ni takleh nak terima lak..hahaha....ape2 pon...Tahniah la....dia berjaya menyetatkan skuter tu dan hilang tanpa disedari....ghupe2nya dok bawak ke kedai lak tu...hihihi...patut la hilang sekejap...Paling aku tak leh terima mamat nie leh sound lak.."korunk ni suwey kot...lps korunk blah jer...trus leh idop skuter ni"...hahahhaa....kureng ajo lu prengggggg.....


iyew-iyew jerrr....

memandangkan malas nk menengok muka mamat tu terseksa bebenor nk mengidupkan skuter tu...aku dgn pren g pasar mlm...hahaha..de gak pekdahnya....kami berdua gak kenyang makan...hahahahaha


len macam jerkk....hahahaha

::Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia::

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia
PETALING JAYA: Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis.
"Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999.
"Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian seinggakan sampaikan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi.
"Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.
Malah Allahyarham yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.
Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombah dan dijangkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.


Al-Fatihah...semoga roh beliau dicucuri rahmat

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

May 20, 2011

::TAZKIRAH PAGI JUMAAT::Kala Jengking Neraka?::

Kala Jengking Neraka


Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari? 

"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang:-

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

::mane follower aku::

camne erk..sape dapat bantu nihhh..huhuhu...gara2 gatal tangan g create networkedblogs kt fb...senarai follower aku yg ramai2 tu...ilang.....huhuhuhu...camne nihhh???camne nk wat balik.....takkan nk kene BW lg.....nyesal rasanya........meh la ramai2 kan follower akuuuuu wahai sume prennnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!

May 17, 2011

::Harga Petrol RON95 Disemak Bulan Depan::

Harga Petrol RON95 Disemak Bulan Depan
IPOH: Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 pada bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.
Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.
"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepasmstar


Ägak-agak arr nak naik....huhuhu...gaji pon lom naik lagi....sume barang dah melambung2....hari tu RON97....lps tu gula lak naik.....lepas ni ape lagi nak  naik....kasi la naikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..

::Kaki Jasmin Hamid Melecur::

Kaki Jasmin Hamid Melecur
Jasmin Hamid
PETALING JAYA: Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu.
Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.
"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panas tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami.
"Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh dan air panas itu terkena pada kami. Sayalah yang paling teruk sekali terkena.
Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin.
Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Tambah Jasmin, lecuran pada kedua-dua belah kakinya itu membuatkan dia terpaksa berulang-alik ke klinik untuk membersihkan luka tersebut.
Malah katanya, dia turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana rasa tidak selesa dan sakit pada paha dan betis yang melecur itu.
"Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.
"Saya percaya kerana lecuran ini juga, ia akan meninggalkan kesan parut. Itu pun saya tak tahu bila kaki saya boleh pulih sepenuhnya.
Kesan lecuran di bahagian betis kaki kiri Jasmin.
"Saya risau, kerana masalah ini, penggambaran yang melibatkan babak saya itu
tertangguh dan pada masa yang sama tawaran-tawaran lakonan lain juga akan terganggu," ujarnya.
Dalam pada itu, Jasmin agak kecewa dengan kejadian tersebut kerana menganggap pihak produksi tersebut iaitu Summit Treasure Production leka dengan tugasan serta keselamatan ketika di set penggambaran.
"Mereka sepatutnya perlu berhati-hati. Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pelakon, inilah kali pertama insiden seperti ini berlaku terhadap saya dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka serta produksi-produksi di luar sana," tegasnya.
Bagaimanapun, jasmin belum memikirkan untuk melakukan sebarang tindakan terhadap produksi tersebut.

"SAKITNYERRRRRRRRRR"

May 12, 2011

::Bekas Isteri Datuk K::

Bekas Isteri Datuk K Milik Rayyan
Rayyan menunjukkan cincin yang disarungkan ke tangan isterinya, Tengku Zawyah pada majlis membatalkan air sembahyang. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN.
KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz bekas isteri Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham kini sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Rayyan Joseph King pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sini, Khamis.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 11.06 pagi oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali yang juga merupakan wali hakim kepada pihak pengantin perempuan.
Tengku Zawyah anggun dengan busana rekaan Calvin Thoo.
Pada majlis yang serba ringkas tetapi meriah itu, Tengku Zawyah yang anggun mengenakan busana rekaan Calvin Thoo berwarna putih gading menerima mas kahwin sebanyak RM501 beserta lima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.
Antaranya, set wangian, seutas gelang bertahta berlian, sepasang persalinan kain lace, al-Quran, sejadah, sirih junjung, coklat serta sebentuk cincin pada upacara membatalkan air sembahyang.
Tengku Zawyah turut menerima wang hantaran sebanyak RM38,888.88 yang merupakan angka kegemarannya.
Kedua mempelai yang berusia pertengahan 40 an ini telah mengikat tali pertunangan pada 26 Februari lalu.
Pasangan ini dinikahkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali

Anak-anak Tengku Zawyah
"

"Semoga Berbahagia"

May 9, 2011

::Harga Gula Naik 20 Sen::

Harga Gula Naik 20 Sen Mulai Selasa
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai Selasa.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi pada Isnin.
"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalamhal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perluditurunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini. meh sambung baca



"Kurangkan Manis dlm masakan...tambahkan Manis dlm senyuman"

May 7, 2011

:: JUST TO REMIND YOU TO BE MORE CAREFUL::


JUST TO REMIND YOU TO BE MORE CAREFUL 


Answer the phone by 
LEFT ear                      
Do not drink coffee TWICE a day
 
Do not take pills with COOL water
 
Do not have HUGE meals after 5pm
 
Reduce the amount of TEA you consume
 
Reduce the amount of OILY food you consume
 
Drink more WATER in the morning, less at night
 
Keep your distance from hand phone CHARGERS
 
Do not use headphones/earphone for LONG period of time
 
Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning
 
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping
 
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times

May 6, 2011

::Tazkirah Pagi Jumaat::Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Pula Yang Untung?::

Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Pula Yang Untung?
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.
s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namunmasih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...