Followers

July 12, 2011

::Rahsia Disebalik Senyuman::


SENYUM ..ada ke antara kita yang tak pernah tersenyum?? mesti takde kan...kalu tersenyum mesti ada sebab...idokla tersenyum manjangg jew..tu nanti org ckp berpenyakit lak..hahaha...sebenarnya ada byk rahsia disebalik senyuman ni.


KATANYA..
* Orang yang suka tersenyum lebar dikatakan orang yang suka berterus terang dan bersikap jujur
* Orang yang suka tersenyum dgn bibir tertutup dikatakan suka menyimpan rahsia dirinya. Orang 
  yang mempunyai senyuman begini dikatakan mengambil masa utk mempercayai orang.
* Orang yang suka tersenyum dgn bibirnya separuh terbuka dikatakan mempunyai sikap yang baik 
  dan suka bersosial tetapi tau batasannya.
* Orang yang suka tersenyum dgn bibir sebelah terjungkit keatas dikatakan dgn hanya senyuman 
  itu dia mampu menarik perhatian orang yang mengetahui rahsia senyumannya itu.


Tak kiralah bagaimana cara korunk tersenyum..Yang penting senyuman yang diberikan ikhlas dtgnya dari hati..Macam aku sekarang ni..sejak dua menjak ni...senyum sokmo...hahahahahah (opss..ni gelak erkkk)....yang penting senyuman tu mewakili hati yg tengah berbunga-bunga nih.... Adios!!





::Pagi Ku Keletihan::

Gud Morning....hehehe...leh mcm jew tajuk tu kan....tapi nie bukan citer kosong...aku memang letih gilew...bateri low sangat2 nih....dh mcm ayat syg sangat2....camtu la lebey kurang keseriusan bateri ni....to my pren, MSH a.k.a Maria...sowi la...aku x kelije...aku tau ko pon lotih gak...memandangkan aku bawu jew bangun...so aku ambik peluang mengemercgencykan cuti...hahaha....


Mane tak letih....g mandi pantai.....hehehe..kengkonon jew cam mandi....kan terel berenang pon...setakat mengharung ombak pantai kt tepi2 tu boleh lah..hahahahah....tp yg paling x best...ari sabtu aku gerak ke sane...roadblock, betol2 menyusahkan....bengang gilew....penat gak la kaki nie.......betol2 menyusahkan..rasanya kalau org xda darah tinggi pon...leh tiba2 ada la...hahahaha..


Pe pun percutian yg hebat aku dengan pren n .... (sape erkk) hahaha..tentula "abe me"......cyg sgt2....

July 8, 2011

::Happy Birthday "ZURAIDAH"::


Nama yang sama, tarikh lahir yang sama, orang yang berbeza...Ape2 pon Selamat Hari Lahir utk sahabatku "Zuraidah"....Semoga dipanjangkan umur...dimurahkan rezeki..diberi kesihatan yang baik..dan diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.




::Gud Morning::




Mulakan Pagi anda dengan senyuman....Semoga hari ini memberi seribu kebahagiaan untuk kita..




July 4, 2011

::100 Followers::

Hi...selamat malam semua...hari ni hepi sgt...akhirnya dapat gak 100 followers....hahahahha...tq pada sume yg sudi menjengah blog aku yg tak seberapa ni....lps ni rajin2 la singgah erkk....

Luv U ........Muaaaaaaaahhhhhhh!

July 3, 2011

::Mood Nak Bercuti::

Dah lama tak merapu kat sini.....hihihi....cpt2 la sikit minggu ni berjalan....dah tak sabar nak g bercuti nihhhh...tak g memane pon...dalam negara jew...hahahaha...cam bebaguih kan.....ape2 pon..wa hepi mau cuti...horeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!

July 2, 2011

::Tomok♥Rahayu~Noh Hujan♥Mizz Nina::


:Tomok♥Rahayu~Noh Hujan♥Mizz Nina::



 Dengan sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat.
Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.
Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11.  mstar




 Selepas lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh,27, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman,31.
Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang, dekat sini.
Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pukul 10.20 malam, Jumaat.
Manakal bapa Noh, Salleh Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Sdn Bhd, Datuk Adnan Alias bertindak sebagai saksi kepada kedua-dua pengantin.
Turut serta menyaksikan upacara akad nikah itu ialah ibu Nina, Puan Sri Arishah Tuanku Maamor dan ibu Noh, Dayang Soraya Abang Fadzail.  mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...