Followers

July 15, 2011

::FARAH AF2 NIKAH::











PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, penyanyi Farah Diana Anuar, 26, (Farah AF2)sah bergelar isteri kepada usahawan Johan Johari, 26, di atas kapal Cruise Tasik, di sini, Jumaat.
Pasangan ini dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Datuk Sheikh Abd Aziz berwalikan bapa Farah, Anuar Ali dengan mas kahwin RM2,500 dan wang hantaran RM25,185 sempena hari lahir Farah.
Turut sama menyaksikan majlis tersebut adalah ibu Farah, Farizah Majid, ibu Johan, Salmah Sulaiman dan keluarga serta saudara-mara kedua-dua belah pihak.
Farah menerima tujuh hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan manakala Johan mendapat sembilan hantaran seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisansambung baca mstar online

Tahniah!! Nikah atas kapal lagi.......Cayalahh!!

::Spring - Sampai Hati::

::6ixth Sense - Menyesal::

::Demi Cinta (Kerispatih)::



Suka sangat lagu ni....pernah terjadi dlm hidup aku...huhuhu....Semua tinggal Kenangan...

July 14, 2011

::ARSENAL 4 ~ MALAYSIA 0::


ARSENAL 4 MALAYSIA 0
KUALA LUMPUR: Pasukan Arsenal menewaskan skuad pilihan Malaysia 4-0 pada perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu.
The Gunners berjaya meraih gol pertama seawal minit kelima permainan melalui sepakan penalti yang dilakukan oleh Aaron Ramsey selepas Jack Wilshere dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Mohd Aidil Zafuan.
Manakala gol kedua Arsenal dijaringkan oleh Theo Walcott pada minit ke-38.
Skuad kendalian Datuk K.Rajagobal gagal mencari sebarang jaringan biarpun beberapa percubaan jauh oleh kapten pasukan, Safiq Rahim dilakukan sehingga tamat separuh masa pertama.
Sementara itu, babak kedua perlawanan menyaksikan skuad kebangsaan cuba melakukan serangan, namun ternyata benteng pertahanan The Gunners sukar ditembusi.
Pasukan bimbigan Arsene Wenger sekali lagi mencuri perhatian lebih 53,000 orang penonton yang hadir apabila pemain gantian, Carlos Vela menambah satu lagi jaringan pasukannya pada minit ke-59. Mstar Online

July 13, 2011

::Poshheels.blogspot.com::

Jom kite shopping online...Puasa dh nak dekat nih....Kalu dah dekat nk pose tu...Dah tentu raya pon dah semakin hampir...


                http://poshheels.blogspot.com/



*shopping2 gak...pose korunk dh ganti ke blom?*

July 12, 2011

::Cicak Tokek::

Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan
sumber:mstar

PETALING JAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.
Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.
“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.
“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.
Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual. mstar online




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...