Followers

May 30, 2013

:: 7 Tanda Si LELAKI inginkan HUBUNGAN YG SERIUS ::





1. ANDA ADALAH KEUTAMAAN BELIAU

Jika anda adalah keutamaannya yang pertama, maka pastikan dia benar-benar mencintai anda. Jika dia meluangkan masa walaupun dia sibuk semata-mata untuk menghabiskan masa dengan anda, maka dia memang serius tentang anda.


2. DIA BERKONGSI SESUATU DENGAN ANDA

Lelaki biasanya tidak berkongsi hari-hari mereka terutamanya mengenai aktiviti harian mereka dengan semua orang. Jika teman lelaki anda memberitahu anda segala-galanya yang berkaitan dengan hidupnya, maka anda benar-benar istimewa dimatanya. Dia selesa dengan anda kerana dia mungkin mencari hubungan jangka panjang dengan anda.


3. DIA MENYOKONG ANDA

Jika dia menangis di hadapan anda, maka ini adalah serius. Lelaki jarang menangis atau berkongsi kesakitan mereka dengan seseorang dengan begitu mudah. Tetapi apabila mereka lakukan perkara ini, maka anda telah menjadi seseorang yang istimewa. Jika dia mahukan sokongan emosi dalam diri anda, maka dia serius tentang hubungan ini.


4. DIA BERCAKAP TENTANG MEMPUNYAI KELUARGA

Melainkan jika dia serius, tidak ada sebab dia akan bercakap tentang keluarga dan anak-anak. Jika  teman lelaki anda bercakap tentang perancangan keluarga dan anak-anak, maka dia melihat hubungan anda berdua sebagai hubungan jangka panjang. Jika dia menyebut tentang anak-anak , maka dia mempunyai gambaran lengkap mengenai anda dan dia bersedia bersama selama-lamanya.


5. DIA BERTINDAK BERTANGGUNGJAWAB DI SEKELILING ANDA

Jika anda tiba-tiba mendapati dia bertanggungjawab dalam menguruskan kerja dan wang, maka ini mungkin disebabkan oleh salah satu sebab, dia suka anda, dan itu adalah sebab mengapa dia bertanggungjawab dalam kehidupan. Dia cintakan anda, dan mahu anda tahu bahawa anda boleh bergantung kepadanya dengan kehidupan anda.


6. BERSIKAP PENYAYANG

Jika dia telah mula menjaga anda, maka dia adalah serius tentang anda dan hubungan anda berdua. Beliau juga mungkin mula menjadi pelindung anda, kerana dia tidak mahu kehilangan anda.


7. DIA MEMPERKENALKAN ANDA PADA KELUARGANYA

Jika teman lelaki anda rela memperkenalkan anda kepada keluarga dan kawan-kawannya, maka dia serius tentang anda. Dia pasti mencari hubungan jangka panjang dengan anda. Insyallah..

May 12, 2013

:: Selamat Hari Ibu ::


KEAJAIBAN DALAM HIDUP, ADALAH LAHIR DARI RAHIM MU,
SEORANG WANITA YANG TELAH MEMBERI KAMI CINTA DAN PENGORBANAN,

SELAMAT HARI IBU





:: Cerita PRU # 13 ::

Dah seminggu baru nak bercerita pasal PRU 13... hahahha...ok la kan....tahun ni, kali ke 3 aku mengundi di Sekolah Rendah Kampung Idaman, Pelabuhan Klang. Bangga tau, almaklumla dah masuk kali ke-3 aku mengundi....ada yang 50 tahun ke atas, baru nak mengundi..tapi ok la kan...dah ada kesedaran tuk mengundi....


Aku mengundi di saluran 4, beratur punya ramai...


Balik mengundi, jadi driver kat mak lak.....Mak mengundi kt DUN PANDAMARAN, so terpaksa la hantar ke SRK Tengku Bendahara Azman ..Kalau nak tahu, ni la sekolah aku masa darjah 1 sampai ke darjah 6. Bayangkan dah bape puluh tahun tak menjejak kaki kat sekolah ni...


 Terjumpa abg aku yg sulong plak.....


Depan rumah penuh bendera..



Semua dah tahu keputusan penuh pilihanraya di SELANGOR. 
Masih di bawah pakatan rakyat...Sesiapa pun yang menang, diharap dapat menjaga kemakmuran negeri dan negara.

Akhir Sekali...


 Tolonglah tengok sikit keadaan jalanraya sekitar Kampung Idaman, dah macam naik unta rasanya...Dok lubang sana, sini.....ahaks....

Tengkiyu...Terima Kasih

May 1, 2013

:: Serba Baru ::

Assalammualaikum

Gud Morning semua.. Mood pepagi baik...dok ngadap blog .. elok sgt la tu kan...satu keje pon tak buat hari nie..al maklum la...MOOD BERCUTI.... macam cuti lama sangat.... satu ari je pon....
Dari malam tadi dok mengejas  blog..dari blog header sampai le ke background....

Dan ini la hasilnya....


Blog Header ... tq nukilan gadis kampung ...dok belajar dari blog awk....hihihi...
ok la kan....baru dok belajar nak buat sendiri....


Pejam celik...Kita dah hampir setengah tahun...sekejap je...Bulan depan, 5.6.2013 genap setahun pemergian arwah Raez..rasa seperti semalam je arwah pergi...Arwah ayah pon dah hampir 4 bulan. Semoga roh arwah Ayah dan arwah Raez dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...

Okla.....Selamat bercuti untuk semua. 
Manfaatkan hari cuti bersama keluarga dan insan tersayang.

Dan...

Jangan lupa keluar mengundi 05.05.13 nanti.

Bye.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...